Hati-hati yang berdetik..

29 Jun 2008

buasir..

petang td seorang teman memberitahu kemungkinan dia terkena buasir kerana terdapat simptom2 seperti buasir. dia bertanyakan aku tanda2nya. aku kurang arif. jadi setelah explore depan laptop ni..aku terjumpa satu artikel ni berkenaan buasir. aku harap artikel ini dapat membantunya mendapatkan sedikit info berkenaan buasir. langkah berjaga, harap2 syak dia itu tidak benar seperti yang disangka. aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk dirinya.
ini artikalnya...

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

• Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

• Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

PENYEBAB UTAMANYA

• Sentiasa duduk
• Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
• Cirit-birit
• Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
• Batuk yang teruk
• Bersalin
• Mengangkat berat

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:

• Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
• Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
• Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
• Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

RAWATAN

Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.

• Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas.
• Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh mengecutkan buasir.
• Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.
• Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.
• Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.
• Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
• Koagulasi Inframerah- sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
• Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
• Terapi laser- pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.

Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.

BILAKAH ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

PENGURUSAN SENDIRI

• Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
• Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
• Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas(harap jgn degil) atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
• Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
moga info ini dapat mententeramkan hatinya dan memberikan dia kepastian..
..sentiasa doakan yang terbaik utk dirimu..

hukuman di hujung minggu...

salam hujung minggu...
malasnya nak turun dari katil arini. tekak rasa kering...pedih..macam nak demam aku rasa. macam2 yang datang bertubi2 sepanjang 2 hari di umah. hanya Tuhan yang tahu apa yang jadi sepanjang hujung minggu ni...seketika rasa bahagia...seketika tercalar hingga ku rasa nak pejam mata ni rapat2...nak ku lena biar semua hilang dari fikiran. biar hati ini tidak lagi terganggu ..biar lena ku memberi sedikit rehat kepada tubuh dan hati ini...sebab aku rasa penat sgt2...

dari semalam laptop ini tak ku tutup. window semalam masih tertera hingga saat aku tulis entry ini. aku pun tak tahu kenapa aku harus biarkan begitu, hati terguris setelah dibuai seketika. tgk di cermin mata masih bengkak. petang2 nnti hilanglah kut. lebam kat lengan pun dah mula nampak..semalam terkena besi masa angkut kotak..yang amat berat kotak2 buku, album n segala bagai kat stor tu. punya usaha nak amik kebaya dlm kotak...adehh...macam badut pun ada rasanya pusing kiri kanan...tepi...ermm..aku dah tak mcm dlu...lemak bermaharajalela...

bangun2 terus kemas kebaya2 yang bersepah di lantai...sb semalam aku umpama boneka kut...mencuba baju dari sepasang ke sepasang yang lain...menuruti perintah hati..yang akhirnya bila ku lihat di cermin..aku terluka sendiri..

aku selusuri blog2 yang selama ini menjadi bacaan kala aku bosan di rumah. kala aku sendiri bila hubby tiada. macam2 coretan...macam kisah yang boleh ku jadikan teladan. banyak manfaat sebenarnya blog sebegini. selain berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada, ini juga tempat meluahkan segala yang terbuku di hati. tiada siapa yang berhak menghukum kita sebenarnya.

menyentuh tentang menghukum,...siapalah kita utk menghukum seseorang. benar atau salah, buruk atau baik..tiap satu punya alasan tersendiri. tiap org punya pendapat dan pandangan yang berlainan, situasi yang berbeza. kita memandang bulan yang sama, menjunjung langit yang satu, namun situasi dan keadaan kita tetap tak sama. hukuman yang diberi sebenarnya boleh menjarakkan dia dari kita secara tidak langsung...diam2 tanpa kita sedari. mungkin mulut kita berkata tidak, tetapi sebenarnya itulah yang sedang kita lakukan. menolak dia hingga rapat ke dinding dimana dia tiada lagi peluang utk memperbaiki diri, membetulkan kesalahan, membina semula emosi2 yang ada dlm jiwanya. secara tak sedar..kita membunuh jiwa dia, merobek hati dia...sehinggakan kita boleh buat dia tersungkur rebah kerana tiada sokongan emosi dan moral. sebaik mana pun kita...setinggi mana pun pelajaran kita..sekaya mana pun kita..kita tetap insan biasa. Tuhan tetap menerima taubat umatNya yang mahu membetulkan kesilapan. peluang diberi supaya kekurangan dan kekhilafan diri dapat diperbaiki. siapalah kita utk sewenang2nya menjatuhkan hukuman pada org yang sama2 tercipta dengan kita oleh Yang Maha Kuasa. kadangkala hati menguasai fikiran. kadangkala kita berfikir dan dia berfikir dari sudut yang berbeza. jika kita rasa kecewa, letakkan kekecewaan itu sebagai penguat semangat, sebagai pendinding hati, agar kita dan juga dia sama2 boleh perbaiki diri, bukan saling mencari silap itu dan ini..

ermm..tak tahu nape aku tertarik psl menghukum..terpanjang lak menaip dari asalnya tak tahu nak tulis apa. mgkin aku pernah dihukum dan aku pernah menghukum. kita insan biasa. melakukan silap dan tersungkur adalah pengalaman yang berharga yang tak ada jual di pasar borong. tersungkur memang sakit, boleh berdarah kaki dan lutut..tapi ubat nya tetap adakan. sapu lah ubat, urutlah kaki tu..lama2 ia akan sembuh jua...

cakap psl kaki...

pagi ni nak buat air nescafe...tertumpah air panas atas kaki. adehhh...pedihnya. cuai betul aku. rasa nak nangis pun ada bila ingat aku sorang diri. cari minyak gamat tak jmpa, amik ubat gigi sapu di kaki. panas n pedih ku rasa. dah sejam sejak entry ni kutulis, kaki ku yang putih kerana bersalut ubat gigi tu masih panas dan pedih. kak tirana kata bubuh garam halus, hilang pedih katanya. takpe lah, dah ku sapu ubat gigi, rasa betul kut petua yang ku dengar dari mana ni psl sapu ubat gigi. ni lah kaki ku yang berbedakkan ubat gigi. pedih mak...rasa nak balik jmpa mak. aku rindukan mak..sb hanya mak yang fahami kita dalam dunia ni..

hehee..gamba kaki berkarat yang dh disuper impose kanan kiri depan blakang..gini le hasilnya..penuh ubat gigi..tu aku dah lap2 sket...tempek sedetikhati situ...nampak comei kan..hiksss...tapi pedihhh...

aku tertarik ngn blog resepi kak tirana...yummyyy...ada beberapa resepi yang ku kira menarik dan boleh dicuba. tapi bila pulak aku rajin ke dapur ni..hehee...baru nak berazam dan mula virus malas datang....adehhh...

aku nak makan apa arini...semalam seharian tak makan nasi...makan hati kenyang kut..hehee...membodohkan diri...hasilnya...terluka sendiri..


daaaaa....sengaja tempek gamba ni kat bawah...amik dr blog sis Tirana lagi n lagi.....dia pun beli buat koleksi..lum sempat explore katanya..hehe..aku nak g cari buku ni nnti. banyak sebenarnya minat yang telah lama ku tinggalkan sejak aku sebuk ngn duniaku sendiri. rupanya bila tersedar aku dah banyak berubah...nak ku selongkar balik stor tu..mencari bahan2 dulu yang boleh ku jadikan pengisi masa senggang jua merawat hati yang ...barangkali tercalar...? ntah..tak tahu...tak daya nak pk apa2..


..biarlah demam, dah lama tak dimanja...

28 Jun 2008

hatiku bergetar lagi..


baru semalam kita bermimpi bersama
mengayam rindu mengait kasih
mencuit rasa hati berbunga
tanda bahagia melingkari jiwa


membelah sebak mengasak hatimu
bergelut getar berselirat tersisih
menjejak hatimu memagari rindu
sebentar cuma hilang seperti dipipih

ada rindu yang bergenang di pelupuk mata
ku sapu seketika sebelum ia bercucuran lagi
aku perlu merehatkan jiwa ini seketika
memejamkan mata agar aku terlena
pasti kepedihan ini turut lena bersama senduku

dingin subuh buat hati ni terasa sayu
sayup2 azan subuh buat aku tersedar dari mimpi yang panjang
segera aku membasahi diri mendinginkan hati
moga segala keresahan pergi bersama air yang mengalir


berteleku di sejadah mengadap yang satu
muhasabah diri mengapa diri ini jadi pilihan
aku di uji bukan sekali
betapa aku terlalu leka mengejar duniawi
lupa seketika di mana bumi ku hirup udaranya
bahawa ujian datang tanpa mengenal siapa pun diri


maya ini ku lusuri dan ku pasrah
ku buka jendala di kala kabus memutih
cahaya mentari yang telah berserakan
membisik lembut melirih di jiwa

..kadangkala menggenggam bintang di langit lebih mudah dari menggenggam sebuah hati...

27 Jun 2008

andai kau tahu..

seandainya kau tahu..
luka terbelah kerana tulus sayangku padamu..
parut bernanah kerana cintaku yang dalam..
pedih menyiksa kerana kerasmu buatku lemah..

andai kau tahu perit di jiwa..
andai kau tahu dalam nya luka
andai kau tahu apa yang ku jaga
andai kau tahu susahnya aku
andai kau tahu siapa di hatiku..

getar di jiwa adalah rindu padamu..
sebak di dada adalah sayang padamu..
pedih di hati adalah cinta yang ku tahan..
terkasar bicara kerana aku mahu jadi milikmu..

andai kenangan lalu tiada erti
andai sayangmu pudar di hati
andai cintamu telah hanyut pergi
kabarkan lah padaku
biar hanya berpesan pada angin lalu
kerana aku perlu tahu
untukku bersedia agar tidak rebah kali kedua..

hanya tuhan tahu segalanya..



..penat..terlalu penat..

Sepi memelukku...

Bisikku pada bulan

Kembalikan temanku

Kekasihku,

Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku

Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku

something nice right..
ada sesuatu yang dalam di situ..
sesuatu yang mencengkam..
aku nak ajak hubby tengok..
kena pk taktik memujuk...
sebab dia cukup liat kalau cite melayu..
cite mat saleh n cina dia no 1..
pas tonton aku bg komen..
tapi memandangkan kebizian hubby...aku tak tahu bila leh g tgk..
skrg kat perlis smpai isnin..balik dr perlis cabaran mutiara seminggu...
pastu ke labuan pulak smggu..
ermm..kekadang terdetik...aku nak buat lemah longlai...itu ini sume nak dia yang buat..
taknak buat sndiri dah..
bukan mengeluh..cm terkadang terasa penat..
abang...kita balik kelantan nak...
terasa nak transfer ke kelantan..biar dekat ngn family ..
mgkin aku terlalu independent slama ni...

aku dan sesuatu..

balik dari skolah semalam, ku lihat sesuatu milikku yang telah lama hilang dari pandangan mata ini terletak elok di atas pc. ermm...hatiku berdetik...dah lama tak kulihat sesuatu itu..aku agak terseksa akhir2 ini. mgkin hubby yang memahami kesengsaraan yang ku tanggung kut, berusaha mendekatkan jarak aku dan sesuatu itu. terima kaseh abang...luka dan pedihku kau sentiasa ada...


agak lama sesuatu itu menghilangkan diri dariku..berbulan rasanya. kadangkala aku terpaksa bulatkan mataku bila aku rasa terseksa...

sesuatu itu merajuk kut sb aku salu tak amik berat psl dia...aku salu letak dia merata2...aku salu pk kan dia bila aku perlukan dia je...aku salu berlagak aku boleh hidup tanpa dia...

dan kini dia kembali..
terima kasih abg..
terima kasih utk dia..
kerana kembali menceriakan hidupku..
kerana kembali menjernihkan pandanganku yang agak kabur....
inilah sesuatu itu...
*
*
*
*
*
*
*
*
hiksss....



dia istimewa..

sejak mula mendekati mereka..hati ni bagai tersenyum2. walaupun kadang2 perit jugak tekak ni menjerit tapi hati tetap tenang. melihat telatah mereka yang manja dan suka dibelai, hati yang marah segera jadi sejuk. lupa seketika apa2 yang terbeban di fikiran. setiap hari ada saja yang menangis, ada yang cakap tak berhenti, ada yang moody smpai ke balik, ada yang panjat turun meja tak kenal erti penat...tapi inilah sebenarnya terapi yang aku dapat bila di sekolah. sebab tu sejak kebelakangan ini aku makin lambat balik ke umah selepas skolah. tak ada apa yang boleh ku buat..bila seorang diri mula la fikiran menerawang pk bukan2. jadi kan lebih baik aku kat skolah dari melayan hati yang masih tercalar ni..


berbalik pada anak2 istimewa ni...aku nak postkan gambar wei kang kat sini..
wei kang yang gebu n menggeramkan hati ku...eeii...rasa nya dalam satu ari pipi wei kang tak pernah tak merah. sume guru termasuk aku tak boleh kalau tak cubit pp nya...geramm..


dia lah penyeri, dialah terapi utk kami di kelas khas. pernah ayah dia apply cuti seminggu sb nak g johor...sunyinya hidup tanpa wei kang. walaupun berlainan agama dan bangsa..tapi dia tetap sama di sisi Tuhan...dia tetap punya perasaan seperti kanak2 normal yang lain..apatah lagi dia kanak2 istimewa yang suci dan bersih dari hasad dengki di dunia ini. ternyata selama bersama mereka..hatiku sentiasa tersenyum bila tercuit dengan keletah anak2 istimewa ini...




..dah lama hati ni tidak tersenyum..

26 Jun 2008

terima kasih..

terima kasih..
atas mimpi indah
terbuai diri
bila sentiasa dilindungi..
terima kasih..
atas hangatnya cinta
yang tak pernah berkurang
membuat diri begitu bahagia
terima kasih..
atas dalamnya rindu
yang selalu tersemat di kalbu
membuat aku ceria selalu
terima kasih lagi..
untuk sekian kali
kerana meninggalkan luka
yang amat dalam dan bisa
yang akan ku bawa selagi hayat
terima kasih lagi..
untuk sekian kali
kerana buat aku percaya selama ini
diri ini begitu disayangi..
..berserak rindu yang ku kumpul dulu..

hati yang berdetik..

ku buka lembaran semalam
ku serak awan menghitam
ku hirup udara nan nyaman
rupanya disitu pernah ku anyam angan

ku lewati denai semalam
ku tepis kenangan yang kelam
ku hidu wangian selepas hujan
rupanya disitu ku semai rinduan

meniti indahnya warna pelangi
terasa hati dibawa pergi
bila mentari menyusur awan
terang cahaya pelangi pun hilang

andai mampu ku miliki semalam
kan ku siram jernihnya kasih
biar tenang hati mu yang rawan
lena beradu dalam pelukan

namun kini tiada bererti
rajukku panjang tiada bertepi
diam mu jua cukup ku fahami
bahawa aku bukan lagi dihati..
..kan ku bawa jauh rindu ini..

sedetik hati berdoa..


The secret of life is to make the best
Of whatever comes along
Make every day fresh and new
Go in search of knowledge and experience

Let ur questions and
Your answers reconcile
Do ur best to remember
That the best kind of learning curve
Is an educated smile

Share ur magic with the people
Who share ur memories
Let ur feelings run deep

Be in touch with the people
Who live in ur hearts
Be a caring person who plays for keeps

To really know what success means, earn it
Don’t rely on same elevator to get u there
The higher the floor you want to reach
The more important it is to take the stairs

The easiest lessons to remember
Are the ones you learn the hard way

Appreciate the little things
That make each day
Unique and special

Hv a beautiful day


..doaku moga kamu dan kamu dan kamu baik2 saja..

24 Jun 2008

my pinky..


my pinky...

kasut ni la yang aku tak jmpa cari pagi tadi...pink ala2 pepel..bukan pink sgt pun..
nak sesuaikan ngn baju ala2 pink gak..kena la match kan..nnti cam bangla lak org tengok cikgu g skolah kasut biru baju ijau...buat si comei yg nak tgk kasut akak tu..ni la my pinky...

ni lak baju yg aku pakai g skolah rini..ala2 pink pepel...
tapi ni bukan gamba rini...gamba ni masa kat tganu..baju je sama..


ni lak kasut ala2 batik...leh la pakai ari khamis kan..kan kena pakai baju batik..hiksss..

..terengganu penuh kenangan..

pagi yang dingin..

salam pagi..
sejuknya hari ni..dari semalam bersambung ke hari ni...hujan turun tak berhenti. moga hari yang dingin boleh menyejukkan hati dan menenangkan fikiran kita. semalam mmg sejuk sgt..hujan sepanjang malam buatkan aku tertangguh2 nak bangun pagi tadi. tambahan pulak hubby sampai dari perlis kul 3 pagi smlm, dengan mata berpinar2 aku bangun angkat cal, hubby dah depan pintu. pagi ni cam liat sikit nak bangun...alarm kul 5.55am aku matikan n pejam mata balik. sedar2 dah kul 6.37...apa lagi..yang jd mangsa adalah hubby...
bang.. idupkan keta..
bang.. tolong masukkan laptop dlm beg..
bang..mana kunci sy..
bang..grill masih kunci..
bang..kasut pink sy mana..
bang...cepat2 nak salam...lewat dah ni...
sememangnya..aku bertuah...alhamdulillah..
..hujan membawa seribu erti..

23 Jun 2008

mata hati yang penat..

~WHATEVER YOU ARE,BE A GOOD ONE~
..abraham lincorn..
aku dah nak tido. mata penat seharian kat skolah n balik umah ngadap laptop n tengok tv. mata perlu rehat, badan perlu rehat n hati aku jua perlu rehat. nak iron baju n kemas mana yang patut, pastu landing time sementara tggu hubby smpai tengah malam nnti. harap aku boleh lena sekejap sblm hubby ketuk pintu sebab nnti aku kena bangun jugak utk buatkan dia air n segala bagai. lagipun mata semak n pala pening pk nak punggah barang dlm stor bila mak mentua nak mai nnti. lagipun aku mnantu pompuan dia sorang...erkkk...kena tunjuk rajin sket. walaupun dia tak kisah tapi aku kisah n hubby kisah. gitu la tiap kali sdara datang bertandang sure hubby yg kelamkelibut sebuk kemas itu ini...bini dia...? nengok jee...
aku tido dl..hubby balik kang bincang mana nak campak barang yang dah melimpah ruah smpai ke luar tu. penatt....
..hatiku yang penat..

ketentuan...

Petang yang indah...haruman rumput sesudah hujan terasa jauh di menusuk ke jiwa aku. balik dari sekolah mata mengantuk yang amat, tambahan bila dari semalam hujan tak berhenti turun. orang kata bercerita pada alam lebih mudah dimengerti berbanding berbicara sesama insan...betul ke...hehee...aku tak pasti. namun apa yang pasti...petang ni aku nak keluar ke laman menjenguk tunas2 bunga yang ku semai.
indah ciptaan Tuhan...melihat tunas yang masih muda dan lembut mengingatkan aku pada asal kejadian kita..mengingatkan aku pada mak...rindunya hati. cuti sekolah bulan 8 lambat lagi..terasa nak balik bercerita pada mak yang anak dia rindu teramattttt sekarang ni.
berbalik pada tunas yang ku semai...cepat lah kau membesar...aku tak sabar2 nak lihat ia mengeluarkan daun dan berbunga. sawi n kangkung di tepi rumah yang ditanam hubby pun dah agak besar. hehee..lepas ni aku tak perlu beli sayur lah. nak masak kutip je tepi rumah..mudah kan..berbudi pada tanah. aku tengah tunggu projek hubby nak tanam cili merah menggunakan sistem fertigasi. tak tahu bila nak mula. aritu beriya2 potpet pada aku tentang rancangannya. tapi dah beberapa bulan aku tengok rumput yang makin tinggi...cili ntah ke mana. sebuk dia mengalahkan menteri..minggu ni 4 hari di perlis ..bulan depan ke labuan. aku jugak kat umah sorang2.
semalam hubby cal bgtau mak dia jadi datang next week..hahaaaa....kita kena kemas umah banggg....sejak pindah ke umah ni pinggan ada 2 3 je kat luar...periuk kuali sume serba serbi hanya cukup utk aku berdua. nampaknya aku kena bertungkus lumus la mengelearkan sume barang dalam stor tu n kuarkan mana yang nak pakai...
alahai ...penatnya bila memikirkan nak kemas barang dalam stor. tu la akibatnya kalau sayang nak buang, sume benda aku nak simpan, sudah2 lambak dlm stor. sampai kan hubby kata aku ni macam muzium bergerak. sume benda aku angkut bila pindah..ehhh...ye ke awk...nasib sy tak angkut pakwe2 lama sy pindah skali..hehee...
ok....nak mandi...nak tgk cite cina lak....
lagu kat bawah ni takde kena mengena ngn semaian bunga atau cili merah...cuma aku suka lagu ni...terasa sesuatu...sesuatu??...aku je yg tahu...
seperti kata seorang teman tadi...
luka di hati masih ada..
parut masih di jiwa..
nanah masih memutih..
hati menangis dalam diam..
kerana dia pergi tanpa pesan..
Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu
Ku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu
Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapa
Pendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini
Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu
Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa
tetap bertahan..

hujan..



sedari semalam tak ku lihat matahari
kini mega mendung kembali bersatu
hati seakan resah mendengar guruh di langit
mengundang gerimis bertamu di jiwa
angin yang berpupuk semakin kencang
menanti hujan turun membasah bumi
mungkin ini rahmat Ilahi
menyedarkan aku diri ini bukan sendiri
jika benar hujan satu petanda
panas juga kekadang menyakitkan
muhasabah diri memujuk hati
bahawa aku pasti bangun kembali
..pujuk hati memulih semangat..

22 Jun 2008

malam ini..

semilir angin lembut mencecah kulit
selembut itu ku rasa kasihmu dulu
sedingin air mengalir di pergunungan
sesejuk itu sayangmu meresap di jiwa
suram petang diri mu makin menghilang
kelam malam aku meraba mencari bayang
terbit mentari yang tinggal hanyalah jejak
siang menjelma...aku tersedar kau tiada lagi...
kita biasa tipu manusia lain...
tapi kita takkan tipu hati sndiri...

Jangan Ada Benci..

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati


Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku


Jangan ada benci...tiba2 mata terpejam...akal jauh menerawang menimbang mana satu yang baik mana satu yang akan disesali. memang tiada benci kerana waras masih menguasai..cuma terkadang bahang kebencian ntah dari mana yang panas membakar dalam diam. mata terpejam lagi...hujan diluar belum reda mencurah bumi..


hujan dihati..

21 Jun 2008

malam minggu...

salam..

sebenarnya dari awal aku cuba mengelak dari menjadikan blog ini bersifat terlalu peribadi. tapi makin hari makin sukar. makin hari semakin ia bersifat peribadi aku rasa. aku sengaja tidak private kan blog ini kerana pada anggapan ku ia bersifat umum dan sesiapa saja boleh membacanya. aku dah punya blog peribadi sendiri, diari hatiku yang ku simpan kemas di sanubari ini...segala baik buruk aku, suka duka pedih dan gembira yang tidak mampu aku kongsi dengan sesiapa. tiap bait ayat yang ku titipkan disitu dengan sepenuh perasaan luhur dari hati ini. nampaknya jika aku tidak dapat mengawal jari ini dari menaip sesuatu yang peribadi disini, blog ini terpaksa juga aku privatekan. sebab bukan semua perkara dapat kita kongsi dengan orang lain dan bukan semua orang akan memahami apa yang kita rasa walau telah berkurun lama kita mengenali dia.
..masih bertahan..

bicara di tengahari..

Salam tengahari..

Aku berpeluang untuk bersembang ngn seorang teman arini. Terdetik hati mendengar tiap bait bicara nya. Tersedar aku dari sesuatu..

Kekadang dalam menggapai bintang aku lupa tapak aku berpijak..
rupanya dah terlalu jauh aku menapak tanpa menoleh melihat siapa aku dulunya..

Trima kaseh teman..
nasihatmu ku jadikan landasan agar aku tetap di jalan yang lurus dan diredhai Ilahi..

ramai org kata jika semua dh ditetapkn Allah watpe kita berdoa..
jika kita renung2kn...di situ kebesaran Allah...
jika kita perhatikn betul2...hidup kita ni cam flowchart

conthnya kn...
kat dpn irah ada air...jika irah minum hilang dahaga ..jika x minum rasa haus ..
kesimpulannya..
kita sentiasa diberi peluang menentukn jln idup kita berdasarkan...pilihan2 yg kita wat ..
kita gi restoran pn kita ada pilihan nk pilih lauk apa...
inikn pula soal kehidupan kita..Allah maha kaya...
cuma samada kita tau atau tidak menggunakan pilihan2 dan peluang2 yg Allah beri..
kitaorg penah berciter pasal iblis...cara pengurusan kerja dia..
x mustahilkn teknologi iblis lagi canggih dr manusia...
kot2 skrg dia duk dlm 1 bilik aircond dpn dia ada pc yg lengkap semua data peribadi manusia ..dan jin..

sbb iblis sendiri kata dia x nk sujud pd nabi adam sbb spesis ni (manusia) yg telah memusnahkan alam. jdi iblis dh penah tengok teknologi yg amat canggih.
skrg kn dh mula nmpk satu2 bukti saintifik. manusia dh mula jumpa banyak sistem alam semesta lain yg sama dgn sistem semesta dunia kita. bahkn jika kita halusi tul kat quran ada sebut yg ada beribu2 sistem alam semesta seperti dunia kita ni. so kita kena ler gunakn idup ni sebaik2nya.
ni ada satu petua org2 tua...
jika kita takut sangat2 atau kena musibah pelik2
amalkn selawat nabi atau kalimah syahadah..
sbb iblis expert al-quran...tpi bab nabi muhammad iblis x suka ..
bila dgr nama nabi muhammad je dia blah...dia boring sgt2...



benar...
kita punya banyak peluang dan pilihan...
tanya hati dan akal jalan mana yang harus kita lalui agar hati sentiasa berada
dalam ketenangan dan kedamaian..

..peliharalah hati ini kerana aku tak daya utk lihat ia berderai lagi..

20 Jun 2008

terima kaseh teman...







terima kaseh teman..
kerana tetap menemaniku..
tetap di sisi ku..
walau sekian lama aku alpa kerana mengejar mimpi yg akhirnya aku sesali..
kredit utk shah...timekaseh bg gambar ni..
so nice...tapi hati aku tak tenang..

ku pendam seribu duka..

11.21pm...20 jun 2008...

tercalit duka dari secebis kisah sepanjang berkelana di bumi Tuhan...

..dibuang hanya kerana aku sayang kamu..

~...entry ni dah aku pindahkan ke diari di hatiku...~

8.51pm..22 jun'08

16 Jun 2008

~xxxxxx~

~entry ini telah aku pindahkan ke diary hatiku~
3.31pm...24jun'08

1.52pm...

  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • N..

3.42pm...





*
*
*
*
*
*
*
*

...sedetik hati terhenti disini..

...xxxxxxxx

mengimbau kenangan lalu...

salam..
aku smpai umah kul 10 lebih malam ni...mata dah layu2 je ni.. tapi terasa jugak nak on laptop..tgk mana2 yg patut. tetiba idea datang n aku rasa nak gak post malam n... ujung minggu yang mengimbau kenangan lalu... gamba2 aku masukkan esok... sepanjang ari duk ngadap laptop..petang baru hubby kata ...jommmm... hehee..berjaya gak misi aku...
dari kul 10.30 aku ajak dia g sedim...akhirnya kul 4 baru dia kata yes...sedim kensel..tukar g pulau...takpe...sb baru 3 4 ari lepas aku terpikir nak ajak hubby ke padang kota. so bersiap ala kadar...ronda2 pulau.
lama dah tak ke pulau...tempat bermanja merangkap tempat suka duka. sebab tu lah aku sayang nak tinggal penang...banyak betul kenangan kat sini. rasa nya selagi terdaya aku n hubby akan duk sini...tgk esok2 dah tak larat nak redah hway grik tu baru lah pk kan nak balik tukar kelantan... so...kul 4 dari umah..terus ke padang kota...
wahhhh....dah banyak berubah rupanya. baru sedar yang dah lama aku tak jejak kaki ke sini. landskap makin cantik...bunga2 makin pelbagai jenisnya...dan yang paling aku tak lupa haruman bunga tanjung di sepanjang pantai...errmmm..mengimbau kenangan lalu... duduk di benteng yang disediakan membuatkan aku terasa damai sangat. banyak kenangan kat sini...suka duka sepanjang merantau di penang ni dari zaman study hingga lah bekerja mencari rezeki. kul 7 mula melusuri jalan2 yang menjadi tempat aku menapak dulu... esok aku postkan gamba2 nya... kena taip cepat2 sb dah 12 lebih...nak kena tido..hehee...esok skolah....so.. 2 b cntinue...
16 jun 2008.... janji smlm nak masukkan gambar..tapi aku takkan masukkan dah. biar lah entry ni begini... nak bhenti lukakan hati orang... cukuplah. bye...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
arini....21 jun..pepagi lagi aku update entry ni. hajat hati taknak masukkan dah gambar...tapi peristiwa semalam menyedarkan aku. untuk apa diikut rasa hati...baik aku hidup sendiri..
ni antara gamba yg sempat aku snap...
berterabur caca marba...malas nak susun elok2...

landskap yang semakin cantik..

mercu tanda kat nak masuk pdg kota..sblh tu menara jam...


malam di penang street...kenangan..


komtar...kebanggaan penang suatu ketika dl..kini sepi...

btempat au n hubby suka lepak dulu2...huhuu..

dari tepi benteng..kl malam bangunan ni bercahaya indah..


nostalgia...aku penah lepak sini smpai pagi...hiksss

atas jambatan...ujan lebat..

masih ramai anak2 kemboja berkeliaran minta sedekah..

petang yang indah di padang kota...

tggu hubby g solat kat masjid negeri..

erkk...apa kaitan hbag buruk aku disini..adehh...

1996-2008 aku bertapak di penang...lum penah skali pun nasi kandar cecah di lidah ku...huhuuu..

kenangan itu mematangkan kita sebenarnya..


15 Jun 2008

bosan..

salam..

arini seharian benar2 membosankan..
hubby ada program pulak..aku tak tahu nak buat apa kat umah..
surf internet klik sana sini tak smpai sejam..dah mula rasa tensen..msg hubby ..
___________________________________

aku..
abg..duk wat apa..

hubby..
orientering...pasni flying fox..
aku..
lambat lagi ke..

hubby..
dlm kul 4 abis la..duk wat apa..

aku..
cepat la balik..bosan..

hubby..
dalam kul 4 eh..
___________________________________________

adehh...
dia tak tahu ke wf dia bosan setengah giler kat umah...balik la cepatttt....
last2...kuar depan belek bunga..sampai tengahari..
benih bunga daisy yang aku semai semggu lepas dah mula tumbuh..hepy rasa nya.
sb aku dah lama tak menanam bunga. dulu masa di kuarters penuh depan umah, tapi sejak pindah ke umah tinggi sume bunga bg pd kawan2 n cikgu skolah tu. aku hanya amik pasu nya saja..masa kt umah tinggi pasu sampai takde tempat aku nak simpan..hehee..

dan sekarang..bila aku dan hubby berhijrah ke umah bawah balik...aku berazam utk melunaskan hobi aku yang tergendala tu..ehhee..

rasa puas tengok bunga2 tu kembang di pagi hari..tengok daun2 keladi ijau mendamaikan ditiup angin. gamba lum boleh amik sb sume masih dlm proses pembesaran dan aku masih dalam proses mencomei kan laman hati aku tu. nanti ekk...

bila hubby balik ptg td..dada aku rasa sesak...macam tersekat susah nak bernafas. dia suh aku baring tapi niat hati aku nak ajak dia kuar jalan. terpaksa tunda lagi la nampak nya niat nak kuar...bosan tul duk umah rini..

pas mgrib hubby tanya nak makan apa...dia g beli...mekaseh...sb sntiasa baik ngn aku.
dada aku masih rasa sesak...tapi aku nak gak kuar..aku kata aku tringin nak makan tomyam kat tempat biasa tu...n nak minum horlick ais dia...

sbnrnya aku nak kuar..hehee..taktik..sb dah seharian aku terperuk kat umah rini...bosan betul.
tapi akhirnya hubby mengalah...bawak jugak aku kuar dengan syarat kul 10pm sb dia nak tgk tv..oraittttt....hehee...ok je asal aku leh kuar...heheee...

so...menu aku malam ni....
tomyam campur..sambal n horlick ais..
hubby cam biasa la....nasi paprik..tak penah jemu...

gamba tomyam takde..malas bawa hp..lagipun aku tau takde sesapa nak cal aku tgh2 malam..
so gamba aku je sblm naik keta...


my persona...keta hubby parking luor..tak muat...

abih la sehari yg membosan kan..esok tak tahu lagi...tapi hubby ada..dia takde prgram esok... so aku takkan keseorangan...

14 Jun 2008

terlewat..

..kadangkala perkataan terlambat atau terlewat itu sangat melukakan..

semasa kita berhenti dari berfikir...kita sebenarnya terlepas satu peluang...

aku..

..kita tidak dapat berbuat apapun untuk mengubah masa lalu. Tapi kita bisa mengendalikan masa depan dengan berbuat kebaikan mulai hari ini...




mata terbuka di subuh hari..
melihat sinar mentari...
ceria alam seakan mengerti
hati merajuk takkan terpujuk


aku terlupa cerita semalam..
semua bagai mimpi..
ku toleh kiri dan kanan
aku dengan diri ini lagi..


melihat dia setia disisi..
seteguh karang sedalam lautan
menemani ku kala duka bertandang
menerima dan memaafkan
walau tak terhitung silap ku lakukan..


maafkan kealpaan diri..
melupai alam kala asyik di buai mimpi
sentuh lah aku kala ku di awangan
agar tak jauh mimpi ini bawaku terbang...


12 Jun 2008

something nice...

sesuatu yang aku nak kongsi...

tersentuh hati ..

tersenyum bibir..

oleh anak kurang upaya..

tapi hati sebesar dunia..

moga hidup mu dilindungi sentiasa...



..something nice..

11 Jun 2008

warna...


aku tertarik dengan apa yg aku baca masa aku surfing td...
sekadar berkongsi..
BIARPUN tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.


Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.


Putih mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan, rasa rendah diri, sifat ringkas, kemurnian, masa muda, kelahiran, musim sejuk, salji, kebaikan, kemandulan dan perkahwinan.


Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.


Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.


Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.


Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.


Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.


Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.


Jingga/Oren - Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian.


Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.


Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.


Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.


Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.


Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.
warna apa yg ada di hati anda...
sy semestinya kuning n hijau..
apa jua maksudnya..tetap menceria dan mendamaikan hati ni...
ada yg berkata hijau tanda cemburu...errmm...cemburu ke saya...?..

airmata..

di suatu petang..

bening di mata mu..

tergenang mutiara..

buat aku terharu..

buat aku terkedu..


di suatu malam..

gelak tawamu..

riang nada mu..

jarak waktumu..

ruang di hatimu..

buat aku keliru..

spt aku tiada disisi..


setitis airmata seribu erti..

setitis airmata seribu peri..

di mana aku kala santai mu..

di mana aku kala senyum di bibir mu..

di mana aku kala dia di mata mu..


9 Jun 2008

terima kaseh..


pasrah...

sezaman bersama..
selaut sayang..
segunung rindu..
namun kini..
semua hambar..
sekelip mata hilang..
sekelip mata pudar..
kerana..
sedikit kealpaanku..

8 Jun 2008

i'll let u go if u say so..

salam...


teringat aku pada satu pantun lama...

apa diharap padi seberang, entah kan jadi entahkan tidak.
apa diharap kasihnya orang, entah kan jadi entah kan tidak.

moralnya...
sayangi lah diri sendiri..
utk apa dirayu jika orang dah benci..
utk apa ditagih janji yang memang belum pasti..
hiduplah untuk diri sendiri..
kerana kata hanya mainan bibir..
bukan satu amanah utk dijaga...
mgkin dulu hanya satu mimpi..
yang terlarik tatkala sunyi melanda hati..

aku benar2 suka ayat ni...

i'll let u go if u say so...

utk apa dipaksa2 lagi jika hati dah tak sudi kan..




...sekelip mata sy boleh berubah jika sy merasakan diri tak lagi dihargai..

bersantai di hujung minggu..

Selamat berhujung minggu…

Aku terdorong utk menulis entry tentang santai di hujung minggu…

Ke manakah destinasi anda di hujung minggu ini. Setelah seminggu bergelumang dengan beban tugas dan segala macam kerenah di pejabat, inilah masa yang paling sesuai untuk anda bersantai, berehat dan melupakan segala-gala yang menyesakkan dada anda di pejabat atau dijalanan sepanjang bertugas. Habiskan masa di hujung minggu ini bersama orang2 penting dalam hidup anda..bersama orang2 tersayang. Lupakan segala yang lain..

Kemana anda bersama keluarga di hujung minggu ini…
Disini terdapat pelbagai pilihan untuk anda merehatkan diri di hujung minggu di samping orang2 tersayang.

@ Air terjun utk mandi manda
@ Laut juga untuk mandi (anak2 pasti enjoy bina istana pasir..cm syg istana itu sementara)
@ Pasaraya ..sesuai utk golongan wanita…cuci2 mata setelah lama mengadap pc di pejabat
@ Taman bunga…sesuai utk pasangan berkasih..jgn kena tangkap dah la ya..
@Ziarah saudara mara dan rakan taulan…(baru smlm aku pegi..)
@ Memandu kereta tanpa arah…juga boleh dikategori kan sbg bersantai…
@ Outdoor…berbasikal, berkayak…
@ Mengadap laptop….boleh hilangkan stress juga kan…
@ Di rumah bersama tersayang…juga aktiviti bersantai yang paling hebat kurasakan…

Banyak lagi alternative sebenarnya. Semuanya bergantung kepada masa dan budget anda. Samada di kotaraya, pinggir bandar, masuk hutan, keluar negeri atau sekadar di laman rumah…

Juga bergantung sesesak mana fikiran anda untuk melegakannya..hehe…
Kalau rasa fikiran n mental terlalu penat….lupakan semua yang ada di sekeliling anda selama ini…cuba jangan ingat apa2 lagi tentang sesuatu barangkali, orang barangkali yang buat anda sesak. Anda perlu ruang untuk diri anda bukan…nah inilah masanya…

Jangan lupa juga matikan hp ya…supaya anda dapat luangkan lebih masa bersama orang tersayang tanpa gangguan dan panggilan telefon dari lalat2 yang mengganggu kedamaian anda selama ini.

So…slamat beristirehat..
Slamat berhujung minggu..
Slamat bersantai..


Moga isnin anda tidak menjadi isnin blues lagi yang tempiasnya akan mengena pada semua orang di sekeliling anda. Bawakan mood santai anda yang hebat itu ke pejabat nanti….semoga anda semua sentiasa ceria…


Aku di hujung minggu ini…
> Menyiapkan tugasan skolah..esok skolah balik dah..saat ini..
> Mengemas rumah pagi td bersama suami
> Teman suami ke pejabatnya membuat kerja
> Mengadap laptop..saat ini..
> Laman hati ini..
> Ptg nnti…mgkin aku nak menguruskan bunga2 di laman sambil suami memcuci kereta… hebat juga bukan…tanpa perlu mengeluarkan wang…malah badan bertambah sihat dah fikiran bertambah segar..lupakan hal2 yang menyesakkan dada….

memory di hati..

lagu yang paling aku suka sejak kecil lagi... pertama kali dgr sewaktu aku skolah rendah di johor..

Ku cari Damai Di Hati

Mengapa kau tergamak sungguh

Memperdaya harapan ini

Tunas kasih yang aku semai

Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta

Manis kata di bibir saja

Lembut lidah mengukir janji

Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap

Bila kau berubah sikap

Ku sedar siapa diri ku

Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia

Di samping kekasih baru

Andainya engkau kecewa

Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri

Yang mencari damai di hati

Airmata basah di pipi

Tak mungkin dapat membasuh luka



memory yang dekat di hati..

mengintai wajah dari serak cahaya rembulan..

abadi kenangan terpahat di hati..

semarak kasih bersemi abadi..

ermm..

s t c d...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
terpulang...

pertemuan seribu erti..

Pertemuan seribu erti…

Ptg tadi aku dan suami mendapat pelawaan dari seorang teman lama semasa sama2 berkhidmat sbg warden dl..


C’mail dah cal bgtau anak2 nya ada dirumah, dia dah k’milah kuar skjp.
Ingtkan ada kenduri doa slamat atau apa2…bila sampai je hanya kami. Aku buka je pintu keta..terus diterpa oleh anak2 nya…ayid, udin dan izati bersalam cium tgn..akish masih tido dia atas..
Terdetik di hati..rasa terharu…sejak baby ku kenali...dah besar rupa2 nya anak2 ini..
Dah lama juga rupanya aku tidak bertemu mereka kerana setahun yg lalu aku tiada di penang. Mendengar celoteh udin dan ayid buat aku dan suami trasa spt mereka begitu dekat di hati..


Pelukan erat k’milah dan senyuman mesra c’mail begitu menyentuh hatiku…terasa spt saudara sendiri. K’milah mberitahuku sewaktu memasak didapur, c’mail sengaja menjemput kami datang semata2 kerana nak bersembang spt dulu2….kerana dah terlalu kami tak jmpa lantaran tuntutan tugas saban hari.

Terlalu banyak suka duka yg sama2 kami lalui sepanjang di Al****. Segala pengalaman manis dan pahit sepanjang kerjaya di Al**** benar2 buat kami menghargai persahabatan ini. Benarlah pendapat sesetengah org..kadang2 sahabat lebih jauh baiknya dari saudara sndiri..

Aku benar2 bangga dapat mengenali dua insan ini yang langsung tiada talian darah denganku tapi mempunyai hati yang cukup besar dan murni.
Semoga persahabatan ini kan berkekalan hingga ke akhirnya..
aku n anak2 yang menyentuh hatiku...



Jika boleh menggapai pelangi…pasti indah warna pelangi itu ku saluti ke hati kalian…

7 Jun 2008

sakit kepala..

dah 2 hari aku sakit kepala. niat di hati nak siapkan soalan ujian bulanan..tertangguh dari semalam. isnin skolah dah buka...soalan belum siap. kat luar pulak ujan lebat..kain di mesin belum bersidai..aku gagahkan jugak mengadap laptop...akhirnya terburai isi perut. muntah lagi...
salu sgt kalau sakit pala aku akan muntah...lemah rs badan. suami suruh aku tido je tapi aku tahu kl aku tido pun sakit takkan hilang...
sakit di pala buat hati aku pun sakit..pedih...
ni aku amik dr satu laman farmasi...
moga dapat kita jadikan panduan bersama..

Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan.

Jenis-jenis Sakit Kepala

Sakit Kepala Yang Tegang
Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.

  • Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.

  • Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.

  • Bentuk migran lain yang lebih jarang

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

Sakit Kepala Berkelompok
Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

Penigkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.



Faktor-faktor Pencetus

  • Stresv Corak tidur yang berubah

  • Alkoholv Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh

  • Cahaya yang terang

  • Kelaparan

  • Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat

  • Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej

  • Kesan pengunduran dari kopi (kafein)

  • Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmasi anda

  • Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga

  • Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap


Pengendalian

  • Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya

  • Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).

  • Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).

Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.

Berjumpa dengan doktor jika

  • sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.

  • Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.

  • Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.

Tabiat Baru

  • Belajar untuk beristirehat

  • Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.

  • Senam selalu dan jadilah bertenaga.

  • Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.

  • Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.

  • Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.

  • Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.v Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.

  • Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.







....tapi aku jarang nak ikut...