Hati-hati yang berdetik..

13 Ogo 2009

..muhasabah diri..

salam sejahtera untuk semua..





..keluar dari kelas dengan geram dan sebak berselirat di hati..
mungkin sy, anak-anak itu..jua mereka adalah sama. kecelaruan dan kehangatan beberapa hari ini dengan bebanan tugas dan sesuatu membuat fikiran sedikit terganggu. walau sedalam mana nafas ditarik dan dihela, rasa kesal yang bermukim di hati tidak mampu mengundang keceriaan seperti masa-masa dulu. lantas terdetik di hati...adakah kesukaran pada hari ini lantaran masih ada dosa-dosa lalu sy kepada mak dan abah yang sy terlepas pandang lalu terlupa meminta ampun..?...
mungkin kah kerana sy terlalu alpa dengan nikmat-nikmat yang pernah diberi olehMu sebelum ini sehingga sy tenggelam dengan ego sendiri...
terasa diri amat kerdil...

...harus sy mohon maaf dari mak..
...harus sy mohon ampun dari abah..


..mudah dan lancarkanlah segala urusan dan tugasan dalam menjalani kehidupan di bumiMu ini...


..terlalu banyak memory indah sewaktu masih bergelar sahabat..
namun memory itu hanya mampu dikenang kini, kerana sy tidak mampu lagi untuk mengulanginya
dan menerima kamu sebagaimana dulu...
biarlah ia kekal abadi di hati...

9 ulasan:

ONE ZABA berkata...

tanda-tanda raya semakin dekat la tu...musim bermaaf-maafan.

moga segalanya dipermudahkan.

azza_irah berkata...

cikgu 1...
tq..

eheksss....tak sabar tggu nak pose...nak berbuka pose .. nak g terawikh...adeh...syahduuu...nak balik kg....

IMANSHAH berkata...

Firman Allah Ta'ala:
"Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu-bapanya, ibunya telah mengandung dia dengan susah-payah dan melahirkannya dengan susah-payah pula; mengandung dan menyusuinya selama 30 bulan." (al-Ahqaf: 16)

azza_irah berkata...

imanshah..
tkasih..
rindunya kat mak..

Brahim Nyior berkata...

Salam Azza, moga selalu dirahmati. Allah beri nikmat kepada kita, tapi kita jarang mensyukurinya sehinggalah kita kehilangannya, baru kita tahu nikmat itu sangat bernilai..

Cikgu Nort berkata...

jika hati bercelaru...bau tangan ibu menghapuskan keperitan kalbu...senyum kelat terukir dibibir ayah menenggelamkan segala payah....

Rashid berkata...

Salam azza,

Terlalu sibukkah azza ..
Azza, sesibuk manapun .. jgn lupa jaga kesihatan k. Kerja dan bebanan kerja memang tak akan habis. Ia akan sentiasa bersama kita. Cuma jadikan kerja itu sebagai suatu tugasan yang menggembirakan hati dan dapat berikan kepuasan pada diri.

Memang benar, bebanan tugas dan cabaran akan mudah dilalui apabila kita sentiasa dalam doa mak dan ayah…

Saya doakan yang terbaik buat azza dan suami ..

Moga sentiasa tenang .. damai ..

Blog Eazy Izzuddin berkata...

sentiasa muhasabah diri...
=)

Whitetulip Tales berkata...

Salam kak azza...

Begitulah kehidupan ni kan kak..ada masa senang dan ada masa susah. ada masa tawa, ada masa duka. hidup takkan sepi tanpa semua tu. Yang penting, sentiasalah bermuhasabah diri akan kesilapan yang telah kita terlepas pandang..hanya Allah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...wallahu a'lam.