‘..betul betul betul..’
Dengan suasana yang benar2 kekampungan, hati sangat2 tenang sebenarnya menonton animasi ini. Ayam melintas tanpa tengok kiri kanan, angsa berbunyi tanpa henti, kereta lembu, sawah bendang jua kelip-kelip yang cantik membuatkan hati terbuai seketika terimbau kenangan zaman kecil dulu di kampung. Ditambah kepetahan berbicara dan kecomelan Upin&Ipin(dengan rambut 'tercotek' di tengah2) membuatkan filem animasi yang bagai satu fenomena baru di Malaysia ini benar2 hidup. Memang kita patut berbangga kerana ianya dihasilkan oleh rakyat Malaysia dengan bajet RM4 juta berbanding dengan Madagascar yang menelan belanja lebih kurang RM540 juta!
Bawalah family anda menonton, selain menghilangkan bebanan kerja dan mengeratkan lagi ikatan yang sedia terjalin.. ia juga sebagai terapi kerana anda pasti asyik tersenyum dan kerapkali akan mengekek ketawa…tapi sediakan tisu jua..kerana salah seorang guru tadi mengalirkan airmata tatkala menyaksikan babak akhir Oopet...
Seharian yang mengujakan bersama mereka. Panggung itu kami yang punya sebab ia ditayangkan awal dari masa biasa dan hanya dibuka utk kami. Begitu istimewa kan…panggung yang memuatkan 100 lebih hanya dimonopoli oleh anak2 istimewa ini yang mewujudkan pelbagai bunyi, aksi dan kadangkala sesuatu yang tak masuk dek akal..hehee..
Si Wei Kang golek sakan di lantai. Mulut tak henti duk ‘ee aa…ee aa…’ sejak dari sekolah lagi. Agaknya seronok sgt melihat wajah sendiri di lantai yang licin berkilat. Nasib baik juga kerana ayahnya ikut sama. Aiman pula dengan lagak manjanya pantang nampak cikgu free datang nak memeluk… seorang lagi murid awal2 sewaktu di sekolah lagi asyik duk main cikucakkk.. Masitah namanya. Masa nak gerak keluar kelas tadi lagi dia dah siap berdukung bila diminta berjalan tak mahu. Sengaja menggulungkan diri di sofa, sy dukung keluar, akhirnya bergolek di kaki lima kelas. Atas persetujuan ramai, namanya digugurkan, dihantar balik…adeh..
Sy duduk di tengah2 antara Aliff dan Aiman. Sedang berdebar menyaksikan Upin&Ipin dan geng dikejar 'sesuatu' ..terdengar suara halus di belakang sy...
...cikgu..anis cantik tak cikgu...
adeh...
namun cukup menghiburkan hati...menenangkan dan menyelesakan...
istimewa di mata istimewa di hati..











