Hati-hati yang berdetik..

16 Okt 2009

Azza : Tiada Impian Indah..



Secebis KASIH membuat kita SAYANG..
Seucap JANJI membuat kita PERCAYA..
Seguris LUKA membuat kita KECEWA..
tetapi satu ungkapan MAAF..
membuat kita LEGA dan terasa DIHARGAI..


..biarlah kita bersahabat biasa-biasa sahaja,
asalkan persahabatan kita kekal luar biasa..



..hati kita umpama kaca..jangan biar ia retak..



12 Okt 2009

11 Hari Berpoya-poya..

Salam sejahtera untuk semua..


11 hari tanpa abang ..
11 hari mengurus segalanya sendiri..

terima kasih pada teman, sahabat dan kenalan..
yang tak jemu menemani kala sunyi..
yang tak berkira membantu kala kesukaran..
yang tetap bersama tanpa mengira waktu ..
yang sentiasa ada dan hadir saat perlu atau betah jalan sendirian..

tiada kata yang dapat diungkapkan..
jutaan kasih kekal di minda, jiwa dan hati..

alhamdulillah abang dah kembali..
namun 11 hari sy bergerak sendiri..
mengurus itu dan ini..

jangan dibiar lama-lama ..
sebab 11 hari macam-macam yang terjadi..
11 hari sy bergerak ke merata tempat..
abang jangan terkejut..
sebab 11 hari juga menghasilkan macam-macam perkara baru...
ehekkss..

biar gambar yang melatari bercerita bagaimana sy habiskan masa selama abang tiada..


isteri awk melaram untuk jamuan hari raya Khas...
ingat kisah baju raya dan Ariani Butik di malam raya..?
hikss...




isteri awk melaram lagi untuk mesyuarat dan jamuan raya sekolah..



kegatalan kembali menyerang isteri awk...peha dan tapak tangan yang merenyam..


isteri awk pening kepala menyiapkan data..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~edisi gediks dan berpoya-poya~

isteri awk pergi buat facial dan beli eyeshadow baru..



isteri awk makan2 lagi selepas jamuan raya..kasut tu macam comei la bang...
(taknak beli asalnya...tapi kasut coklat sy dah pudar warnanya..ehekkss..)
terapi yang sungguh-sungguh berkesan..



berpoya-poya di Black Canyon Coffee..
bonus untuk diri sendiri sebenarnya setelah minda sgt letih menatap angka-angka..




081009..berbuai-buai di Marry Brown..
setelah sy menghabiskan duit untuk benda2 yang .....rahsia...ehekkss..
satu lagi terapi yang sangat afdhal..



gedik2..macam comei kan kebaya maroon dan hitam itu..
(abaikan sy yang makin tembam..)




hiksss...sangat-sangat comei pink itu...hati isteri awk sangat2 teruja..
kebaya labuh dan tergantung dlm almari..kebaya pendek masih dlm perhatian di Jusco..




rombongan Cik Kiah ke Kulim..Kedai Kemboja..akhirnya..
meriah sungguh baju ni bang..kira baju raya haji ek...


sebenarnya terpulang kepada kita bagaimana untuk menghabiskan masa yang terluang.
juga bagaimana untuk memberi bonus pada diri kita setelah penat bekerja seharian.
apa salah nya berbelanja atau memanjakan diri sendiri.
itu satu terapi yang cukup berkesan..kerana kadangkala dalam menjalankan tugas seharian minda juga fizikal kita terganggu atau terjejas dengan beberapa perkara yang mungkin menyedihkan, mengecewakan atau membuat hati rasa terkilan.
jadi pujuklah hati..
lain orang lain caranya...



cukup dah ya bang 11 hari..
itu baru ke Sarawak kan..
waktu awk ke Karabi, Thailand nanti..
turn sapa pulak ek nak teman sy shoping dan berpoya gediks-gediks....
hikksss..





abang..
berhati-hati di lapangan..
doa dan restu mengiringi tiap langkah dan perjalanan..

untuk teman..
terima kasih utk masa, tenaga, ruang dan peluang yang terguna sepenuhnya..
mahu terus kekal di hati, minda dan rasa..



8 Okt 2009

Khamis : 081009..Impian Indah Terabadi..

Salam sejahtera untuk semua,

..putih dan pink di hening Khamis : 081009..


Tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.


Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.
Wahai Tuhan yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami ke arah mentaatiMu....


Sebulan yg lepas, sy berdebar-debar menanti saat ini.
terbayang di mata situasi dan suasana indah dan harmoni pada petang ini, petang Khamis.
Sy menanti kehadiran 'dia'.

Namun apa daya..
Kita hanya mampu merancang, Tuhan Maha Mengetahui.
Sy terpaksa akur pada kekangan (menurut 'dia') yang tidak boleh dielak lagi.
Mungkin 'dia' punya alasan yang begitu kukuh dan penting dari pertemuan kami yang dicadangkan oleh 'dia' sendiri sebulan yang lalu d TII.

Masih terngiang suaranya yang ceria dan teruja bercerita satu persatu mengatur episod pertemuan kami pada petang ini.
Mendengar suara 'dia' yang excited, tempias nya turut terkena sy.
Hati rasa berbunga, dia bakal berdiri di depan sy seperti dulu, sy mampu menatap 'dia' ..berjalan beriringan disisinya..

Namun ketentuan Tuhan tidak dapat ditolak.
Hakikatnya petang indah ini sy rasai seorang diri di TII.
'Dia' membatalkan pertemuan kerana punya urusan yang penting dengan orang-orang yg juga sangat penting disana.
Tidak membolehkan 'dia' hadir mewarnai petang sy.

Kecewa dan terkilan sebenarnya.
Namun bila difikirkan kembali, sy kembali kepada Qada-qadar Ilahi.
Setiap yang dijanjikan Allah itu adalah yang terbaik.
Mungkin ini bukan masa terbaik dan tepat untuk satu pertemuan, mungkin di lain ketika.
Namun jika ditakdirkan tiada lagi pertemuan pun, sy turut redha..



Impian indah yang abadi di hati..




Kerana sy mula akur,
kita mampu menyusun ayat-ayat indah..
kita mampu memberi seribu harapan..
dan kita juga tega utk membuat hati insan lain turut berduka..
sy redha dalam rasa terkilan..




4 Okt 2009

27 Sep 2009

Mak : Mak Anakmu Kerinduan..

salam sejahtera untuk semua..


Selamat Ulang Tahun Mak..
27 September 1954..

menyayangimu seumur hidup...
merindui kasihmu sepanjang hayat..


Lega dan debar si ibu di hari perkahwinan anak sulungnya 9 tahun yang lalu..




Mak..
Penenang Hati..
Penyejuk Hati..
Penghibur Hati..
Pengadu Hiba..




M.A.K...

Mak.. Anakmu.. Kerinduan..



sebak dan sesak..moga mendung cepat berlalu..
terasa hendak kembali pulang memeluk Mak..mengadu hiba di hati..




17 Sep 2009

Lebaran Hadir : Azza Balik Temu Mak...



backdated 17 september 2009...




salam sejahtera untuk semua..




Lebaran hadir ..

baru 3 minggu lepas sy pulang ke TM untuk menyambut awal puasa di kampung. kali ini sy pulang lagi. pulang untuk sama-sama menyambut Lebaran yang bakal menjelma 2 hari lagi. pulang untuk menyulam sayang..mengayam kasih bersama tersayang..

kepulangan di hari lebaran di nanti oleh setiap insan. rasa tidak bermakna berhari raya tanpa orang2 tersayang disisi. sedaya mungkin kita berusaha untuk merealisasikannya. namun jika terdapat jua halangan dan kekangan dari kita beraya bersama, perlulah diterima dengan redha dan sabar. mgkin raya kali ini bukan lagi masanya...insya Allah jika diberi ruang dan peluang, pasti tangan insan itu dapat kita kucup di saat takbir bergema.

sy dan abg ambil keputusan bertolak ke kampung pada hari Khamis malam Jumaat setelah pengumuman berkenaan Cuti Khas pada hari Jumaat diumumkan. seperti kepulangan pada lebaran lalu, jua cuti2 biasa, pasti penuh bonet kereta dengan pelbagai buah tangan untuk keluarga, terutama untuk anak buah. erm..sy benar2 rindukan mereka..




dan seperti jua 13 tahun yang lalu..sy melalui laluan yang sama. merentasi Lebuhraya Timur Barat(LTB) yang memberi fenomena yang cukup menyejukkan mata. menyaksikan gunung ganang biru berbalam. memandang sayup ke bawah lembah dan lurah di sepanjang jalan. dengan pohon hijau merimbun, awan membiru dan udara yang nyaman, perjalanan sejauh 6 jam dulunya(kini hanya 4 jam lebih) tidak pernah membosankan. penat tidak terasa, apatah lagi bila memikirkan lokasi yang dituju sedang menanti orang2 yang sy sayangi. sy pasti sesiapa sj yang pernah melalui jalan ini akan terasa sendu dan syahdu apatah bila bila memandu berseorangan di waktu subuh dan senja..sangat mendamaikan..


gambar yang sy pinjam dari episod lalu : ingin sekali ku sentuh awan..

sesungguhnya jalan ini adalah jalan kenangan. terlalu banyak memory/kisah/teladan/pengajaran/iktibar yang dihimpun sepanjang lama 13 tahun sy melalui LTB berulang dari Penang-Kelantan.
dan akan sy lalui lagi dan lagi dari TM ke BM...
selama masih mencari rezeki di Pulau Mutiara ini.
dan meredah pulang selama sy masih bergelar Anak Mak...


saat-saat indah menyiapkan juadah berbuka bersama tersayang..


bak nostalgia dulu-dulu memadu kasih..

..burung merpati terbang seribu, hinggap seekor di atas dahan, hendak mati di hujung kuku, hendak bertanam di tapak tangan..


Azza mengucapkan..
selamat pulang ke kampung halaman..
menemui keluarga tersayang..
merai syahdu lebaran..
menyulam kasih melerai rindu..



Getar Gema Takbir...

Salam sejahtera untuk semua..



Teman..
Bukan 1 tapi beribu,
Bukan sementara tapi selama nya,
Bukan untuk dimusuhi tapi disayangi,
Bukan untuk dilupai tapi diingati,
Bukan hanya disini tapi di mana-mana,
Bukan setakat ini tapi hingga ke hujung nyawa...

Salam Lebaran buat teman yang bertandang di laman hati ini...


~~~~~~~~~~~~~~~
..sy bertolak ke kampung halaman malam ini..
moga perjalanan ini lancar dan dilindungi Allah demi untuk menemui Mak dan Abah sempena takbir yang bakal bergema beberapa hari lagi..
salam 1 Syawal untuk semua..
Maaf zahir batin..


..getar gema takbir menandakan rindu di hati yang tak pernah terlerai..