Hati-hati yang berdetik..

21 Ogo 2011

: Terlunas Sudah Sayang..




As Salam dan salam sejahtera;




Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya




Alhamdulillah pada petang tadi tepat jam 5.15 petang, abang telah menyempurnakan Rukun Islam ke tiga iaitu kewajipan zakat fitrah bagi tahun ini. Seperti tahun sebelumnya, abang membayar zakat fitrah di Jaya Jusco Bandar Perda. Senang dan mudah bagi kami di sini, shopping keperluan raya di Jusco, singgah sekejap menunaikan kewajipan yang dituntut.

Abang mengeluarkan zakat fitrah sebanyakRM14.00 pada tahun ini untuk dua orang. Bagi negeri Pulau Pinang harga zakat fitrah ialah RM 7.

Sebenarnya zakat ini lebih elok dan afdal di bayar di tempat di mana kita mencari rezeki. Kami mencari rezeki di Pulau Pinang, jadi selalunya di sinilah tempat abang membayar zakat sebelum kami bertolak pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran.

Walaupun zakat fitrah ini lebih afdal lagi dilewatkan sehingga dekat Syawal, tapi mungkin kita akan terleka apabila lebaran semakin menjelang dek sibuk dengan persiapan dan segala keperluan raya. Akhirnya kewajipan zakat tertinggal begitu sahaja.





Alhamdulillah...selesai sudah kewajipan tuntutan agama..

sekarang...jum lah kita shoppinggg....hikss...


~kasut kegemaran itu tetap merah..tapi yang baru berwarna kuning..(sudah berubah saya..?)



..dimana pun kamu..sy tetap mendoakan yang baik-baik saja..

..kerana DIA Maha Mengetahui..


Published with Blogger-droid v1.7.4




20 Ogo 2011

: 7 Hari Mencintaimu..





Enaknya sendu mengulit cinta
Rebah terselam didada jiwa
Cumbui debar penuh bermakna
Rangkullah aku...dalam hangat rintikmu..

~hujan rahmat di bumi BM 20 Ramadhan..
..alhamdulillah..



Nota :
Saya kembali digoda. dan sememangnya saya tergoda. Apakan daya, saya hanya insan biasa. Hati sangat rapuh dan mudah patah apabila 'dihidang' dengan yang 'enak-enak' malah terlalu indah untuk ditatap oleh jiwa. Akhirnya...sewaktu keluar berbuka puasa dengan teman blogger Cek Lala Manis...kalahlah anak Adam ini dalam menahan nafsunya setelah hampir 2 tahun cuba memejam mata dari memandang semua ini.



7 Hari Mencintaimu..
sesungguh nya..
hanya Tuhan yang tahu betapa aku kian kalah dalam usaha membendung hati..





...hanya rintik hujan yang mengerti..





Published with Blogger-droid v1.7.4

18 Ogo 2011

: Lamaran Hati...





As Salam..




Saya terima.
Iya, saya terima Lamaran Hati itu.

Jika Lamaran ini satu peluang dan pembuka jalan, Alhamdulillah, syukur padaMu.
Jika Lamaran ini satu ujian, juga Alhamdulillah. Anugerah untuk diri dalam bentuk peluang dan ujian.

Terima kasih untuk Lamaran. Terima kasih pada teman.
InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya kerana ia juga adalah peluang dan impian saya sedari kecil. Hanya anganan kosong seorang budak kampung. Hanya mimipi seorang murid biasa di sekolah rendah luar bandar di Seberang Takir. Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Sekolah Menengah Agama Tok Jiring dan sekolah Menengah Teknik Terengganu.

Berbalik kepada Lamaran Hati...
Menerima lamaran maksudnya saya kena 'mencanai' balik minda, memanjakan kembali jari jemari ini untuk terus menari dan menari. Semangat ini yang saya rasa dah lama 'mati' untuk suatu tempoh, perlu dihidupkan kembali. Kembali mencari embun untuk menghangatkan lagi akal dan jiwa yang sedikit tepu.

Mungkin ini peluang. Mungkin ini juga kesempatan terbaik yang DIA berikan setelah sekian lama saya tenggelam seolah hilang inspirasi. Siapalah kita untuk menidakkan nikmatNya, sedangkan DIA lah Pengatur Terbaik sekelian alam. Allahuakbar..kerdilnya diri ini.

Sesungguhnya Ramadhan ini satu penghijrahan.
Sesungguhnya Ramadhan ini satu rahmat.
Jika ini yang ditentukan, saya akan sahut. Saya akan bergerak. Saya akan berpindah dari sifat dan sikap lama yang telah membuatkan diri saya 'mati' dalam hidup, hati 'beku' dalam berbunga dan idea 'tepu' dalam ilham yang kian bertepuk.

Ayuh...bangkit Cikgu Azza...
Mungkin DIA hendak saya berhenti beranganan, kembali ke dunia nyata. Lakukan sesuatu untuk diri, terus berhenti dan berhenti untuk berharap seperti lagu Sheila On7 Berhenti Berharap (smileeee...)
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu


Sesekali hati terbuai. Ingin rasanya kabar ini dikongsi bersama seorang teman rapat satu ketika dahulu. Saya sangat pasti, jika beliau mendengar kabar ini, spontan reaksi positif yang saya terima :

Tahniah.
Awk memang anak murid Munsyi Dewan.
Kalau beliau tahu mesti beliau bangga.

Sangat pasti kan. Sebab Munsyi Dewan yang dimaksud kan adalah guru Bahasa Melayu saya sewaktu Tingkatan 5 dahulu di salah sebuah sekolah di Terengganu. Cikgu Nawi...kerana beliau lah saya semakin berani bermain kata. Masih terbayang setiap kali waktu rehat, saya akan menahan dan mengganggu beliau di kelas semata-mata untuk dibetulkan tatabahasa dan bertanya satu perkataan ajaib untuk dimasukkan ke dalam pengenalan karangan (sebagai markah bonus katanya). Dan akhirnya, ajaran beliau menyebelahi saya apabila saya mendapat A1 dalam penulisan Bahasa Melayu, dan mendapat A dalam Bahasa Melayu SPM.

Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU ..! ..kerana anda saya mahir berkeluk bahasa kini, kerana anda saya berani meluah bertinta indah, kerana anda sastera budaya warisan kita itu saya junjung sentiasa dijiwa...dan kerana anda juga saya bergelar CIKGU AZZA kini..
(..err..kerana juga....wajah anda sangat kiuttt cikgu...~)



..sy harus mencanai minda mulai saat ini..
dan rindu..?
biar saja ia begini..




14 Ogo 2011

: Menjala Cinta..


As Salam dan Salam Sejahtera..



Sebenarnya, saya sangat jarang masuk ke dapur.
bagi sesiapa yang pernah mengikuti 'zaman' blog ini dahulu, tentu sudah arif hal ini. Saya hanya masuk utk kek keladi sahaja...hehe..

juga utk puding-puding dan tempahan. Selain itu...semuanya tunjuk-tunjuk di kantin sekolah dan di kedai2 berhampiran.

Ahh..rindunya pada zaman itu. Zaman kek keladi. Bila agaknya 'kegemilangan' kek keladi akan kembali. Bukan tiada permintaan dan pertanyaan, tetapi entah mengapa sejak berpindah masuk ke Teratak AzzaKhairul 3 tahun yang lalu, sy amat berat utk kembali merenyahkan diri depan oven dan keladi layer demi layer.

Bagi yang telah pun membuat tempahan (tahun lepas), bila mood saya kembali katanya, sabar ya...doakan Azza kembali segar dengan keunguan layer keladi bersalji itu. Isk..saya sendiri yang terbayang-bayang...



Kali ini sebenarnya saya nak kongsikan satu acuan Roti Jala atau Roti Kirai (di sesetengah tempat). Saya belajar buat roti jala ini dari Bonda...sejak zaman anak dara dengan kuah kari ayamnya. Bila berkahwin, MIL perkenalkan roti jala dengan kuah kuzi..errm..manis-manis masam kismis. Kini saya ada dua resepi warisan, juga dengan alat kirai tradiosional yang Bonda dan MIL gunakan sejak zaman dahulu.

Masa berubah, begitu juga kita. Teknologi kian berkembang dan kita semakin kreatif berfikir untuk memperbaiki dan membuatkan sesuatu itu menjadi lebih baik.
akhirnya...tadaaa...



Botol Muncung utk menggantikan alat kirai tradisional. Wah...sangat mudah dan lebih bersih kerana adunan roti jala tidak lagi meleleh-leleh di tepi ceper. Jala nya juga menjadi lebih halus dan cantik. Malah jika anda rajin, boleh menjadikan roti ini 2 warna seperti yang saya tengok di kebanyakan blog resepi. Satu kuning~satu hijau, satu kuning~satu merah. Makin menarik, makin menguja kan.

Semuanya bergantung kepada minat dan inisiatif anda. Oleh itu, apa lagi....selamat mencuba...!





Nota :
Semakin bahagia melihat ramai teman-teman blogger lama kembali aktif..alhamdulillah..
sy rindu kalian..


..hujan malam membawa rindu ini kembali melatari hati..



13 Ogo 2011

Jum dating...




Sungguh hati digamit rindu tiap kali datang ke pulau (panggilan utk Puau Pinang). Jiwa rasa bergetar tatkala kaki terjejak ke sini.
10 lebih tahun menjadi warga pulau...bukan sedikit kenangan tercipta.

Suka duka bergelar siswi..mencari seringgit dua menyara hidup di kilang-kilang sebelum mendapat pekerjaan tetap...memulai hidup baru bergelar isteri....sehingga lah abang diserap ke JPN...semuanya bermula disini.
Rentetan kehidupan yang sukar digarap dengan kata..tapi dikumpul melalui pengalaman yang tidak ternilai.

Melewati jalan kenangan lalu...hati dipagut pilu.
..ternyata sy sangat emosional dalam bab ini. Sahabat, teman juga kekasih hati..menjadikan saya bermelankolik kembali. 4 tahun menganyam kasih di USM...menjadikan kampus itu sebati dan abadi d hati...

Isk..agaknya sy terlalu rindu daerah sibuk dan tidak pernah mati ini. Terbuai saja kenangan lalu pasti tubir mata ini akan tergenang.

Genggaman erat jemari abang sesaat tadi sewaktu kami menyusuri Bazar Ramadhan Gelugor ...melewati bas stop Gelugor...kedai Anikawan (berebut tiket bas balik kg) membuatkan hati bagai tidak percaya...sudah berbelas tahun sy tinggalkan daerah cinta ini.

...sebenarnya saat ini kami di meja makan G9..dan sebenarnya inilah point utama entry ini ~Nurul Ikan Bakar~ berhampiran Marin Batu Uban. Dating time, pasti skali di bulan puasa ini ialah menanti saat berbuka. Salah satu lokasi deting dedulu...hehe..sejak mula2 menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara ini.

6.57pm sekarang...selamat berbuka kawan-kawan...

Nota~ bagi yang ingin menikmati ikan bakar yg sgt2 best disinilh...boleh lah cal no ini utk membuat tempahan berbuka......0125625536....

Mmuahhhss semuaaa...


Published with Blogger-droid v1.7.4



Terkedu..


Sejujurnya....sy terkedu.
Menyelinap di hati sejalur rasa pedih.
Hati tertanya..mengapa harus begini...


Rupanya ujian Allah ini pelbagai bentuk...redha kan aku ya Allah...



Published with Blogger-droid v1.7.4

2 Ogo 2011

..r.i.n.d.u....






rindu nya...
sungguh saya rindu..
hati membara..
jiwa rasa bergelora..
namun ketentuan DIA..
siapa kita dan saya utk menidakkan..

rindunya....




...salam Ramadhan untuk semua..
yang dekat dan jauh..
yang rapat dan renggang..
yang akrab dan senggang..
moga kamu baik-baik saja..
hanya doa dari kejauhan..
kerana TUHAN itu Maha Mendengar..
DIA tahu bisikan saya, bisikan kamu juga mereka..
mudah-mudahan...saya, kamu dan mereka tenang-tenang saja..

amin...



...sungguh... sy rindu..