Hati-hati yang berdetik..

6 Apr 2015

~ kembali ~

 ehhh..

Tetiba .. terlog in.
Jemari menari.
Hati terusik.
Debar sebu.
Kembali terlintas pasword kanvas hati ini.

Alhamdulillah.

Didatang dan ditunjukkan jalan dengan pelbagai cara.

daaa...

kembali.. RINDU !!


5 Ogo 2014

24 Mei..




Rindu ~ sengaja 'memejam dan melenakan' diri di depan tv hanya dengan satu alasan..

..pasti Abah akan mengangkat, dicepung masuk ke bilik kami 3 beradik satu persatu. Sebaik diletak di tilam..ketawa mengekek kedengaran, seronok sebab masuk ke bilik tidak perlu berjalan.

Kenangan yang tidak pernah kan terpadam. Kekal mekar dalam ingatan selagi hayat dikandung badan.
Kini tenaga Abah semakin berkurang.
Kulit Abah semakin kendur.
Kudrat Abah tidak seperti dulu.
Abah mula bercermin mata tatkala membaca.
Abah tidak lagi menyarung uniform hijau kebanggaan ku..uniform tentera..

Ya Rabbi..
Dalam sujud ku panjatkan doa..moga Abah dan Mak sentiasa dalam rahmat Ilahi..dipanjangkan usia, dikurniai kesihatan yang baik utk terus beribadat kepadaMu.

Limpahi mereka dengan kasih sayangMu ..sirami mereka dengan berkah redhaMu..

Ucapan terima kasih yang tidak cukup untuk membalas kasihsayang dan keringatmu ..
Terima kasih ..

SELAMAT ULANGTAHUN ABAH..



notadetik:
..tidak sabar untuk pulang..

19 Feb 2013

Laman..

Hati sudah mula meronta..sarat berat merindui utk kembali bertinta. Namun bagaimana hendak dimula.
Buntu kaku dan beku.
Yang Maha Memiliki..kembalikan Azza Irah pemilik sedetikhati yang dulu utk kembali menari di kanvas hati ini.
Disini laman hati.
Disini laman tari.
Disini teman menanti.
Disini janji terpatri.

Disini..ku syukuri anugerah Mu...Rabbul Izzati..
Amin..

27 Sep 2012

27 September.. | Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak..



27 September..
Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak..



..kasih Mak tidak memilih...adil dan tulus..
..sayang Mak tidak bertepi..luas dan dalam..
..kerinduan Mak tidak bermusim..sepanjang zaman..
..pengorbanan Mak bukan hanya kini..tetapi sehingga ke hujung nyawa..





Tubir mata seakan bergenang saat ku menulis tarikh kelahiran Mak di status FB..
Hati terasa sesak..penuh..menunggu masa untuk pecah..
saat ini...yang ada hanya lah keinginan untuk pulang mengucup jemari tuamu..
memeluk erat tubuh mu yang tidak lagi sesegar dulu..
ingin melerai segala hiba rindu ini di pangkuanmu..












sungguh...
ingin aku kembali menjadi anak kecil..

22 Sep 2012

Taiping | Pepohon Serimbun Lukisan..



Melarik rasa menyemai cinta
Menggapai mimpi selari cita
Melekat di hati indah di mata
Taiping warisan.. penuh cerita..






*170912...menjejak bandar warisan untuk kesekian kalinya..
setiap akar menjalar penuh kisah yang tersirat..
moga teduhan dari rimbunan dahan dan dedaun tetap kekal memayungi hati-hati suci di bumi Taiping...amin..





|..another chapter in the book, can't go back..
but u can look.. |
|











16 Sep 2012

16 September..




Selamat Ulangtahun Kelahiran ADIK..
moga hidupmu diberkati dan dilindungi,
hari ini, esok dan selamanya...





 luv,
kakLong ..




*tidak perlulah mengintai di sebalik tirai kamar di mukabuku sy, 
tidak perlulah menyamar menggunakan nama lain semata2 utk mengetahui pergerakan sy..
kehadiran anda di sedetikhati juga tidak akan sy rai...