Hati-hati yang berdetik..
22 Sep 2012
Taiping | Pepohon Serimbun Lukisan..
16 Feb 2011
Tira Mis U..
Kembali panas dan hangat..diselangi dengan warna-warna pelangi yang menceriakan hati sy.
Terasa kembali berbaloi sy memilikinya 7 tahun lepas dengan hasil jualan sesuatu berwarna ungu sewaktu bulan Ramadhan 2003.
inilah hasilnya..
hati kembali berbunga.. ~tira mis u~...


Moralnya : kita mampu berubah jika kita mahu berubah.
Haiku:
Pelangi hati
membakar dasar loyang
panasnya api
patutkah aku sirami..
atau biarkan titis hujan menghangati..
27 Nov 2010
Zahirkan Cinta Royal Belum..


Sempat sy melayari internet, terpaku apabila mengetahui usia Royal Belum dianggarkan 130 juta tahun. Wahh... lebih tua daripada kewujudan hutan Amazon. Ini menjadikan kawasan yang bersempadan dengan Thailand ini kaya dengan kepelbagaian biodiversiti. Hutan ini sering menjadi buah mulut di kalangan pengkaji dan penyelidik yang tidak jemu-jemu menerokainya dalam usaha mencari penemuan baru. Terasa sangat kerdilnya diri ini, namun syukur dipanjat kepadaNya kerana berpeluang melalui proses merasai, menyentuh dan melihat sendiri hutan yang penuh misteri ini dalam usia dan tenaga yang masih bersisa.

Menaiki boathouse kepunyaan PakLong dengan sewa sebanyak RM1700 untuk 2H1M, sememangnya merupakan pengalaman pertama yang sangat mengujakan bagi sy. Ditambah dengan ahli kumpulan seramai 31 orang yang sangat 'gila2' dan sekepala, menjadi kan boathouse 4 bilik ini tidak pernah sunyi dengan gelak ketawa dan kutukan mengusik. PakLong dengan segala pengalaman dan kemahiran bertahun mengendalikan bot ini, hanya tersenyum simpul tiap kali gelak kami memecah damai hutan Belum.
Perjalanan kali ini benar2 santai dan relax. Memerhati kehijauan air tasik, dengan tunggul kayu-kayu balak yang masih bersisa di permukaan tasik menjadikan suasana cukup hening dan damai. Sungguh sy lupa seketika segala yang membelenggu dan merantai hati, hilang resah dan bebanan kerja yang menanti...terasa lapang hati dan fikiran. Suasana ini mengimbau kembali ingatan sy kepada Tasik Kenyir yang suatu ketika dulu menjadi tempat mencari damai dan tenang.
Mudik ke hulu tasik sehingga ke Sungai Kejar, menjadikan diri terasa sarat dengan rasa syukur dan memuji Ilahi. Sejuk dan redup tumbuhan menghijau, langit yang kebiruan, kesegaran udara dan kedinginan air tasik menjadikannya satu tempat yang sangat istimewa dan berbaloi untuk dikunjungi. Tidak salah sesekali anda membawa family ke tempat2 begini ..mengenali khazanah alam, membiarkan tubuh dijamah kemesraan dan kesyahduan hutan belantara. Pasti keterujaan dan kagum terbit di hati anda melihat betapa kayanya bumi ini dengan sesuatu yang langsung tidak terlintas di kotak fikir kita. Inilah terapi minda yang sebenar-benarnya..
Walaupun kadangkala anda akan hampa seperti pemancing2 profesional dalam kumpulan kami yang langsung umpannya tidak dikuis ikan..!!...hikss...tetapi hampa dan sesal itu perlu datang sesekali dalam hidup kita kan...demi sebuah kematangan dan kekentalan...agar suatu masa nanti jika tiba2 kita rebah dan sakit, kita bisa bangun dan kuat semula.. :))
So, apalagi...rancang lah percutian terindah anda sekarang..!!
sedikit info Royal Belum:
anda boleh layari di sini untuk info yang lebih terperinci mengenai Royal Belum..
~ Royal Belum 1..
~ Royal Belum 2..
~ Royal Belum 3..
~ Royal Belum 4..
~juga sangat banyak sesuatu yang tertinggal dek kesibukan yang akhirnya tidak menjanjikan hasil yang manis..
~alhamdulillah masih diberi peluang utk berpijak di bumi nyata hari ini..~
~alhamdulillah masih punya detik waktu utk menyatakan..betapa aku masih lagi aku yg dulu..~
5 Nov 2010
Perjalanan Himpunan Pengalaman : Ku Cabar Kelesuan..
Jum..
kita berusaha untuk diri.. :))

mencari sesuatu yang telah lama hilang dari diri..
sesekali mencabar diri..mengikut rentak waktu..menyusuri alur berliku..
sesekali mencabar diri..menguji kuatnya hati..mengetuk kekuatan emosi..

Dia tahu lemahnya kita..
Dia sekadar memberi..
Terserah kita bagaimana merealisasi..

Selari segala mengikut fitrah..
Pasti termakbul harapan sukma..
Berteras jujur impian terarah..

muhasabah hati mencari letakduduk diri..
..sukarnya menggenggam sekeping hati..
25 Okt 2010
Gema Bersatu di Bujang Melaka..
Salam..
Pintu akal kan terbuka bila anda mendekatkan jiwa dengan alam. Berdetik hati siapalah diri kita sekadar sebesar batang lidi jika dibandingkan dengan pohon umpama gergasi di hutan rimba. Besarnya kuasa Ilahi...
Alhamdulillah, sangat bersyukur masih diberi peluang mengenal diri dan belajar menghargai tatkala diri berada di tengah belantara...terasa sangat kerdil di bawah naungan pepohon merimbun. Diserak dedaun masih sukar untuk nampak berbalam cebisan cahaya...
Ya Rabbi..indah ciptaanMu mengatasi segala..
Melangkah tenang terasa amat kedamaian mendakap jiwa. melepasi denai mengharung jeram nan dingin , menjadikan diri begitu bersyukur...alam ini masih menyebelahi kita..masih menitip damai, masih menyanyi merdu alunan rimba...masih membisikkan perjalanan ini tidak kosong....perjalanan ini penuh liku dan duri, hanya yang benar-benar tabah sahaja akan smpi ke penghujung yang bercahaya...
Gemersik geseran dedaun, juga bertingkah suara unggas rimba seakan mencipta satu irama indah nan syahdu. Penat lelah dikuatkan jua melangkah, kerana tahu di puncak sana keajaiban Ilahi sangat istimewa utk dihadap...
Amat malang bagi insan yang hanya tahu berkata, namun pabila ditingkah.. berundur menyorok, berselindung di sebalik zon selesa..tidak berani berjuang demi sebuah cita..
sewajarnya, selagi mampu dan berkudrat..takkan terlerai genggaman mimpi..selagi puncak tidak dapat ditawan..
Biarlah gambar berbicara..rasanya itu lebih elok dari kita terlalu banyak berkata, risau disalah tafsir, niat disalahanggap. Kadangkala bila melihat sendiri dengan mata kasar dan matahati lebih baik dari bicara tanpa henti...
disitu kita kan serap dengan hati budi, memandang dengan penuh erti...bahawa setiap sesuatu itu punya nilai yang sangat tinggi...
Gunung Bujang Melaka, Kampar, Perak..
10-11 april 2010..
17 orang..12 group Penang, 5 group Manjung.
Group Penang~Kayrol, Ust Din, Ust Azan, Rozaimi, Haizul, Salahudin, Azza, Izan, Eilah, Liana, Laili, Zura.
Group Manjung~Kodin, Hafizudin, Lah, Omm, Adik Kodin.
Anda boeh melawat mytripadventure utk mengetahui dengan terperinci kisah perjalanan kami.
..juga dapat menyaksikan panorama indah sepanjang pendakian kami di myxpdtion.multiply juga di facebook sy.
Satu yang pasti..
kerdilnya kita bila berdiri di tengah-tengah ciptaanNya yang lain..



Sedikit Info Gunung Bujang Melaka
Gunung Bujang Melaka yang terletak di Tapah Perak, mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,048 kaki). Gunung Bujang Melaka mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terletak di Hutan Simpan Sahum Kampar. Ianya bermula dari Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai Kampar. Ketinggian yang mencecah 4048 kaki menyebabkan suasana sejuk dan dingin pada pengunjung yang bermalam dipuncaknya mahupun diCamp Lebah. DiCamp Lebah para pendaki yang tiba dinasihatkan agar berhati-hati semasa tiba dengan tidak membiarkan baju basah diletakkan merata-rata kerana lebah yang ada disana memang gemar menghurungnya.
Untuk kesana anda perlu menaiki bas dan turun di Stesen Bas Kampar. Kemudian anda mempunyai pilihan samaada untuk berjalan kaki (30minit) ke Air Terjun Batu Berangkai ataupun mengambil teksi terus kesana. (sumber : pelbagai website)
kembalikan temanku, kasihku, syurgaku..
bulan..jangan biar siang..
biar malam menjadi kelam
menyanyi sepi sepertiku..
bukan menjadi insan yang membaling batu
tetapi sembunyi tangan..
..andai rindu ini milikmu..rinduilah ..
19 Okt 2010
Irau Bercerita...14feb'10..
Mendaki Gunung Irau benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan perempuan seperti sy..apatah lagi di usia 30an. Jika waktu remaja dahulu, cabaran sebegini disambut dengan girang dan senang hati, berbohong jika kali ini sy mengambil mudah trek ke Irau.
Stamina semakin kurang ekoran kurangnya exercise sejak akhir-akhir ini, hanya terperap mengadap laptop. Akhirnya sy akur sendiri, usia sudah semakin menginjak..tidak lagi cergas dan lincah seperti dulu.
Namun berbekal semangat berkobar..alhamdulillah Irau yang terletak di utara Pekan Brinchang, Cameron Highlands.. salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia telah sy tawan.
Penuh unik..pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana. tersadung akar jatuh tersembam, tergolek di dalam lumpur sehingga terkoyak kaki seluar, sedikit pun tidak mendatangkan sesal di hati memilih percutian begini. Irau yang penuh berlumut (mossy forest) dari lantai trek ke puncak pokok menyebabkan diri terpegun akan kebesaran Ilahi. Suhu di dalam hutan mencecah di antara 13-17 darjah celcius. Sy mengeluarkan peluh dan keringat demi sebuah kepuasan diri…syukur pada Allah yang memudahkan segala.
Sungguh nikmat Allah dimana-mana..dan dengan pelbagai cara dan bentuk. Tidak semestinya percutian mewah mampu buat anda puas dan gembira, percutian sebegini yang hanya memerlukan kos yang amat sedikit juga membawa pulangan kepuasan diri yang tidak terhingga. Bergantung bagaimana anda menilai hidup ini..
Sesungguhnya..Irau adalah terapi yang paling berkesan pada individu seperti sy..
sedikit info mengenai Gunung Irau..
Starting Point
Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang. Pilihan pendaki samaada datang/mendaki dari kaki G. Berinchang atau melalui jalan separa tar ke pencawang G. Berinchang bermula dari Ladang Teh Sg. Palas.
Trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek. Trek cukup jelas dan begitu lembab dan sentiasa becak. Ada beberapa puncak tipu sebelum sampai ke puncak sebenar G. Irau.
Anak Irau
Puncak G. Irau
3 jam treking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. Hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.
..moga sy, kamu dan mereka diredhai Ilahi..



