Hati-hati yang berdetik..

1 Mac 2011

Lentur..Sentuh Perasaan..






As Salam..


Ikhlaskan akal, idea, budi, tenaga dan masa.. insyaAllah kemenangan dan yang terbaik untukmu kelak..

Ungkapan ini sy terbaca tadi..di satu laman blog motivasi(lupa pula url nya). Terima kasih kepada tuan blog jika anda atau sesiapa yang pernah terbaca.

Ungkapan itu buat sy berfikir jauh, merenung diri. Terasa kerdil..jauh..kecil.
Terasa diri alpa dan penuh kekhilafan. Bagaimana hendak sy tinggalkan dunia ini dengan diri yang serba kekurangan. Secara tiba2 perasaan takut dan ngeri meresap ke dalam diri. Siapalah kita utk selamanya menongkat langit..

Itu hanya intro..utk muhasabah diri.
Ini yang utama... :))

Sebenarnya sangat lama sy tidak memasukkan entry anak-anak istimewa ini. Entry terakhir agaknya dah hampir setahun yang lalu. Bukan mengabaikan mereka, sebenarnya terlalu banyak entry yang tidak sempat dimasukkan. Kekangan tugas jua amanah, juga kekangan emosi yang pasang surut tidak menentu.

Namun kali ini...jum kita saksikan kehebatan anak-anak ini. Siapa sangka anak yang dhaif, jalan terhincut-hincut, lambat dan perlahan kemampuan mental dan fizikal, punyai pelbagai masalah ini mampu melakukan aktiviti lasak yang bukan semua kita yang normal mampu lakukan. Kuasa Dia tidak terjangka kan..


Terapi Pergerakan Kreatif..
Pusat Kokurikulum Pulau Pinang.


~pemanasan badan oleh JU Nora..



~flying fox oleh JU yang berpengalaman..

~Yun Ying ..Down Sydrom..sy dukung dr bawah hingga ke puncak menara..dan terbang melayang pair bersama nya..

~petak kiri ~Hanis~ menangis dan meronta ..akhirnya berjaya jua..

~memanjat tembok..









hebat..
mereka sgt hebat..
siapa kita utk menidakkan kehadiran mereka di bumi Tuhan..
dari segumpal daging..lebur di tanah juga akhirnya kita..




telah banyak sebenarnya info berkenaan TERAPI yang sy masukkan ke entry2 terdahulu...
disini sy selitkan sedikit lagi sebagai info bersama..


info Terapi :

Mengikut kamus perubatan Mosby (2001), Terapi ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan untuk mengembalikan fungsi badan secara normal.

Dalam konteks pendidikan pula, terapi ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.

Konsep Terapi dalam Pendidikan Khas

Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam terapi akan dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, kaedah-kaedah dalam terapi akan dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor.

Keperluan Terapi dalam Pendidikan Khas

~Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.

~Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

~Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan keidupan seharian

~Merangsang minat untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.





~dulu-dulu kita merangkak...bila terbang tinggi kita mendongakkan kepala..
..kadangkala hendak tergelak bila mendengar, membaca dan memerhati..
biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.. pengalaman itu guru..sejarah dan tertera..hakikat itu cukup mahal..:))


6 ulasan:

Unknown berkata...

terapi mendukung tu penting gak tuu.. :)

azza_irah berkata...

Shifu67.

yupss..patut praktik kann ...lebih2 bagi orang2 macam kita kannn...:))

Cikgooden berkata...

jangan ada yang lemas dalam selut pulak dah la, azza woo...heheehhe...(gua flying fox, gayat..)

*Cikgooden*

azza_irah berkata...

CikgoOden..

gayat..? demo kena try skali...wa...bebas je arsa terbang melayang..jerit2...besss...

suara berkata...

Rindu aktiviti lasak... Tapi tu lah, laluan hidup dah sedikit berbeza. Masa dan ruang yg terhad untuk aktiviti sebegitu. Huhu...

azza_irah berkata...

Suara..

lama nya tak dengar cerita..apa kabar..
moga sehat2 selalu..
tkasih maish sudi jengah ke sini..

rindu aktiviti lasak..?
jika ruang makin terhad dan laluan makin berbeza..mgkin boleh disesuai dgn apa yg kita ada kan..
tak semestinya perlu mendaki gunung meredah hutan..mgkin boleh hanya dengan memerhati kehijauan alam di sekeliling rumah sahaja..
:))