Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan

8 Feb 2009

4feb dari Warisku Minangrawa...

terima kasih utk hazlin atau kak lin..pemilik blog Warisku Minangrawa di atas hadiah ini. terima kasih utk entry khas ini. ulangtahun perkahwinan sy pada 4feb...tapi masih ada yang sudi beri hadiah. biarpun sekadar ucapan, ianya sudah boleh dianggap sebagai satu doa. terima kasih di atas doa kak lin..moga kak lin juga bahagia berkekalan sehingga ke akhir hayat.
walaupun perkenalan kita terlalu baru, namun keikhlasan hati kak lin cukup terserlah. moga bunga mekar antara kita menguatkan lagi ukwah ini.
terima kasih sekali lagi...

4 Feb 2009

4feb..Damiral's Grill..Restaurant N Coffee..

salam..

amat penat sebenarnya. namun hati tetap bersemangat seperti tahun2 sudah..akhirnya jam 6 petang kereta dah bergerak menuju destinasi..

kronologi dan urutannya masih sama. 9 tahun bersama tentunya pelbagai suka duka dah dirasai. syukur pada Ilahi kerana semuanya masih mekar dan kekal seperti 4feb 2000...segalanya mematangkan cara berfikir dan bertindak..

disebabkan suasana di Damiral yg suram..maka suram jua lah gambar ini..(malu nak on flash sebenarnya...)


minta adik pelayan ambilkan..(sy dan abg agak kepenatan sebenarnya..namun gagahkan jua utk keluar meraikan..)

terima kasih abg utk kebahagiaan dan persefahaman yang berpanjangan..


ingin menemani setiap langkahmu sehingga ke penghujung hayat..

utk seorang teman..indah tutur bicara mampu mendamaikan...namun ia juga mampu merobekkan hati..