Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label menu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menu. Papar semua catatan

14 Ogo 2011

: Menjala Cinta..


As Salam dan Salam Sejahtera..



Sebenarnya, saya sangat jarang masuk ke dapur.
bagi sesiapa yang pernah mengikuti 'zaman' blog ini dahulu, tentu sudah arif hal ini. Saya hanya masuk utk kek keladi sahaja...hehe..

juga utk puding-puding dan tempahan. Selain itu...semuanya tunjuk-tunjuk di kantin sekolah dan di kedai2 berhampiran.

Ahh..rindunya pada zaman itu. Zaman kek keladi. Bila agaknya 'kegemilangan' kek keladi akan kembali. Bukan tiada permintaan dan pertanyaan, tetapi entah mengapa sejak berpindah masuk ke Teratak AzzaKhairul 3 tahun yang lalu, sy amat berat utk kembali merenyahkan diri depan oven dan keladi layer demi layer.

Bagi yang telah pun membuat tempahan (tahun lepas), bila mood saya kembali katanya, sabar ya...doakan Azza kembali segar dengan keunguan layer keladi bersalji itu. Isk..saya sendiri yang terbayang-bayang...



Kali ini sebenarnya saya nak kongsikan satu acuan Roti Jala atau Roti Kirai (di sesetengah tempat). Saya belajar buat roti jala ini dari Bonda...sejak zaman anak dara dengan kuah kari ayamnya. Bila berkahwin, MIL perkenalkan roti jala dengan kuah kuzi..errm..manis-manis masam kismis. Kini saya ada dua resepi warisan, juga dengan alat kirai tradiosional yang Bonda dan MIL gunakan sejak zaman dahulu.

Masa berubah, begitu juga kita. Teknologi kian berkembang dan kita semakin kreatif berfikir untuk memperbaiki dan membuatkan sesuatu itu menjadi lebih baik.
akhirnya...tadaaa...



Botol Muncung utk menggantikan alat kirai tradisional. Wah...sangat mudah dan lebih bersih kerana adunan roti jala tidak lagi meleleh-leleh di tepi ceper. Jala nya juga menjadi lebih halus dan cantik. Malah jika anda rajin, boleh menjadikan roti ini 2 warna seperti yang saya tengok di kebanyakan blog resepi. Satu kuning~satu hijau, satu kuning~satu merah. Makin menarik, makin menguja kan.

Semuanya bergantung kepada minat dan inisiatif anda. Oleh itu, apa lagi....selamat mencuba...!





Nota :
Semakin bahagia melihat ramai teman-teman blogger lama kembali aktif..alhamdulillah..
sy rindu kalian..


..hujan malam membawa rindu ini kembali melatari hati..



21 Sep 2008

tapai pulut berbalas bekas..

tapai pulut hasil usaha abg. sy cuma snap gambar. tapai ni dibuat semalam. sy n abg memenag menyukai tapai, so sewaktu pulang ke kampung sy minta mertua ajarkan. sy belajar, sy memerhati dan kalau orang bertanya sy boleh terangkan cara2nya. tetapi selalunya kalau mengidam nak makan tapai, abg yang membuat segalanya. dari rendam beras pulut, mengukus, menabur ragi hinggalah memasukkan nya ke dalam bekas atau daun pisang sebelum diperam selama beberapa hari sehingga ia masak/berbau manis. so kali ni..permintaan sy...utk membalas pemberian juadah berbuka oleh jiran2. dah banyak rasanya pinggan mangkuk mereka yang sy simpan belum berbalas. lagipun raya dah tak lama, inilah masanya membalas budi baik orang pada kita.

pulut rendam selama 4-5 jam

dikukus sehingga masak..

ragi dihancur dan diayak (gambar kecik tu ragi yang belum dihancurkan)

ragi ditabur dan digaul sebati dengan pulut yang telah masak

dibekas kan di dalam bekas kecil begini atau dibungkus dengan daun pisang..

diperam didalam bekas bertutup selama 3 ari atau sehingga ia mengeluarkan bau manis..tandanya tapai tu dah masak..

selamat berbuka semua...

orang berbudi kita menghargai...

19 Sep 2008

kambing panggang dari kedah..

semalam sy mendapat jemputan ke program Ihya Ramadhan lagi anjuran tempat kerja abang. alhamdulillah...di bulan puasa ini terasa rezeki datang mencurah. program ini anjuran sebuah badan NGO namun pemilihan peserta dan pengurusan tempat, ofis abang yang menguruskannya.


menu utama adalah kambing panggang. mula2 sampai sy terkedu. kambing..? apa lauk yang sy nak makan nnti. segera sy ke meja hidangan, satu persatu sy buka penutup hidangan..alhamdulillah..ada juga daging ayam dan menu lain. chef yang memanggang kambing ini diimport khas dari kedah. memang office abg dan jabatan lain sering mendapatkan khidmat mereka dalam katering manggang memanggang (terutamanya kambing) kerana kualiti dan kesedapan memang terjamin.



cuma sy yang tak lalu...






ketua-ketua sektor..


daging yang dibungkus utk dibawa balik...

(smpai saat ini ada lagi dlm peti ais..sb sy tak sedar sahur pg td..hikss)


masuk ke office abg..sempat sy snap papan schedulenya..

jan-dec...penuh dengan aktiviti...

terkadang samar mampu menyatakan keikhlasan hati anda

dan mampu menenangkan hati orang lain..