Hati-hati yang berdetik..

28 Okt 2008

selamat jalan coco...

seawal subuh (28 oktober 2008) ..mengabdi kenangan..



2 malam merah berteman..

coco n mut..



sy yang tersepit...




mut juga bakal meninggalkan merah...



pandangan terakhir coco..




babai coco...




coco di kerusi n bilik baru...



tadaaaa...


inilah pemilik coco yg baru...terjerit dia terpandangkan coco...



coco dikerjakan oleh tuan barunya..




tersengeh tak henti sejak melihat coco..



ala laaaa..pakcik ni layan manja2 la pulak..



mmuahsss...



senget le pakcik...




suka tul kwn sy sorang ni...





tinggi coco dr kami rupanya...kali terakhir bersama coco...(np muka sy cm bulat..adehh)



coco sendirian...di bilik baru..




merah sendirian lagi di sofa..

mut hanya sementara..13 november mut jua seperti coco..meninggalkan merah..

ermm..


selamat tinggal coco...



tiap sesuatu punya nilai dan kenangan..walaupun ianya tidak bernyawa..



..kredit utk my best fren..

juga seorang Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN),

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Friendship like Gardens, grow with Beauty..

sekali lagi sy menerima e-kad yg comei ini.
.juga dari teman yg comei dan selalu menanya kabar..
terima kasih..rasa terharu dengan keikhlasan yg dihulurkan...
jarak kami hanya dipisahkan oleh jambatan pulau pinang sejauh 13.5km.
insya allah suatu hari nnti kita jmpa ya niza..
tempat keje niza tu sebelah saja dengan rumah sy dl...
kita dating kat tesco penang la ek..hehee ..
utk niza...

moga jalinan pelangi ini bersinar sehingga ke akhirnya..

award dr CM&CT, DIR dan SECRET...

terima kasih utk CM dan CT atau che mat dan kak ct delima...
juga adik dirfara... dan adik secret..

walaupun kita baru kenal..tetapi award ini buat sy rasa kita dah lama mengenali antara satu sama lain. mg jalinan ukhwah ini berpanjangan dan berkekalan. jaluran pelangi yang indah pasti kan lebih berseri jika bersulamkan keikhlasan...

dari CM dan CT..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari adik secret...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


dari dirfara...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



terimalah gift ini dari sy khas utk anda bertiga..


27 Okt 2008

Gua Kelam warisan sejarah...

Misi 3..

Selesai soping2 di padang besar..abg mengajak sy ke Gua Kelam yang terletak di Kaki Bukit kira2 33km dari bandar Kangar. Menarik..memandangkan masa masih awl..tambahan pula abg memmang kerap ke sana utk mengendali program atau menghadiri pelbagai kursus aktiviti luar.


Sekadar berkongsi…sedikit info yg sy dapat mengenai Gua Kelam..


Gua Kelam yang terletak di Banjaran Nikawan merupakan gua tinggalan sejarah yang digunakan untuk melombong bijih timah. Pelombong2 melayu telah mula melombong bijih timah ini beratus tahun dahulu sebelum ketibaan pelombong2 dari China dan Eropah pada abad ke 20.Terdapat dua gua yang dibuka kini utk pelancong iaitu Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2 yang menyediakan kemudahan keretapi utk menerokainya. Usaha kerajaan negeri di bawah Jabatan Perhutanan Negeri mengambil inisiatif melindungi dan memelihara gua2 ini sebagai Taman Negeri Perlis patut dipuji.


sy memasuki Gua Kelam 2 bersama satu rombongan pelancong lain seramai 20 orang. kami menaiki keretapi sejauh 400 meter dengan bayaran yg cukup murah iaitu RM5 bg org dewasa dan RM3 bagi kanak2. perjalanan keretapi setiap setengah jam sekali. rasa berbaloi kerana perjalanannya cukup memuaskan hati sy. memasuki lorong2 sempit mbuatkan sy terasa seperti di dalam filem2 di televisyen. sebelum bertolak guide memaklumkan yang kami akan basah kerana air menitis dengan banyaknya sepanjang perjalanan kerana hujan yh kerap turun akhir2 ini. ini mbuatkan hati sy semakin teruja utk masuk ke dalam.


Apabila keretapi berhenti di tengah2 gua utk membolehkan kami turun dan berjalan memasuki lorong2 sempit. sekali lagi sy terpegun. masih terdapat kesan2 aktiviti perlombongan yang dijalankan disini beratus tahun dhl spt gantungan kayu didlm gua, rel keretapi buatan manusia, kelengkapan tuil utk meletak kabel serta tulisan2 pd dinding gua oleh para pelombong suatu ketika dl. menurut guide kami yang turut serta, lantai gua yang kami pijak itu dl nya adalah sebatang sungai yang mengalir memasuki gua tersebut. kini airnya telah kering dan skrg Gua Kelam 2 dalam proses penambahbaikan utk memudahkan lagi pelancong menerokanya. Sy juga berpeluang utk melihat kristal yang baru hendak terbentuk. berkilauan apabila dibias flash kamera…sungguh menarik.

mendongak ke atas...indahnya ciptaan Tuhan...sy terpandangkan Tirai Gua yang baru hendak terbentuk(sudah 300 juta tahun tapi masih disebut baru oleh guide) kerana setahun tirai itu hanya terbentuk sebesar ibu jari tangan. Ia berbentuk runcing dan tajam.

menurut guide..terdapat lorong2 yg boleh kita ikuti sehingga kita kan tembus ke Gua Kelam 1. berjalan di dalam gua sempit dan adakalanya terpaksa membongkokkan diri memberi satu pengalaman yang menarik pd sesapa yg belum penah cuba.

satu kelebihan di dalam Gua Kelam 2 ni kerana disinari cahaya lampu. jadi kita boleh melihat kesan2 aktiviti dengan lebih jelas. nNamun lorong turun ke sungai tidak disediakan lampu…terpaksa lah menggunakan lampu suluh. masih terdapat beberapa lorong yg tidak dapat kami masuk kerana masih dlm proses penambahbaikan.

keluar dari Gua Kelam 2…sy n abg menapak ke Gua Kelam 1. rasanya Gua Kelam 1 lebih dikenali dan biasa dilihat gamba2 nya di kaca televisyen n majalah. disebabkan hujan akan kerap akhir2 ini…air deras yang mengalir membuatkan sesekali sy terasa gerun apabila meniti titian kayu di sepanjang lorong di dalam gua tersebut

berbincang dengan guide..memberi sy satu gambaran baru..jua aktiviti baru utk diteroka. Menurutnya sy boleh turun ke sungai…menelusuri gua melalui sungai yang mengalir didalam gua dengan airnya separas pinggang selama satu jam setengah. hanya bayaran RM4 saja dikenakan. abg memandang sy…dan pastinya riak wajah sy abg fahami. insya allah pasti kami kembali kesini lagi bersama pakaian yg mmg sedia utk dibasahkan....
(entry kali ini agak panjang n banyak gambar..maaf kl lambat loading di lappie anda...sekadar berkongsi..)
GUA KELAM 2

dari tempat parking..

kaunter utk membeli tiket masuk ke Gua Kelam 2..

jadual keretapi..

stesen keretapi...gua ni terletak di Banjaran Nikawan..

mula masuk..ni la ketapinya yg klasik...jaring2 dia nya bumbung tuh buat baju kami abih basah..

dinding gua kehijauan disinari cahaya lampu..

ni lah Tirai Gua...runcing n tajam...

lorong ni akan tembus ke Gua Kelam 1 di sebelah sana..

tempat mendulang bijih..

lantai yg sy pijak ni dl adalah sungai yang mengalir..

titisan air akibat musim hujan skrg...

baju yg lembab...

sebahagian jalan diturap utk memudahkan penerokaan..

kilauan kristal yg mula terbentuk di dinding gua batu kapur ini..

dalam galeri..replika gua...

basah yg hampir kering...selut...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GUA KELAM 1

kat bawah titian kayu ni air sungai mengalir deras...

arus yg deras...

sejuk terasa air yang mengalir di celahan dinding gua..

tak tahan seronok main air..sb tu pakaian sy lebih basah berbanding abg..

terkadang kita tidak tahu di luar sana terlalu banyak peluang dan ruang untuk kita mencipta bahagia dengan cara dan gaya kita sendiri...

jangan sempit dan kongkong diri dan jiwa anda...

bebaskan minda..rasai apa yg patut anda rasai...