Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label hubby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hubby. Papar semua catatan

24 Ogo 2011

: Nostalgia Kad Raya..




As Salam dan Salam Sejahtera...



PON! PON!
Saya dan adik-adik berlari ke pagar rumah. Yes, abang posmen dah sampai. Hati resah. Ada ke tidak kad raya untuk aku hari ini. Ahh...rupanya rumah jiran sebelah motor abang posmen itu berhenti. Sedikit kecewa. Dia lupakan saya kah..

Itu dulu. 10 20 tahun dulu. Zaman semakin berubah. Sedikit demi sedikit cara dan kaedah dulu2 kita tinggal kan. Saya dan juga anda pastinya, ternanti-nanti abang posmen datang. Seronok bertanding dengan adik beradik dan teman-teman sepermainan siapa yang dapat kad yang paling banyak. Jika kad itu ada muzik lagu raya, itu adalah bonus. Boleh lah berbangga pada teman-teman di sekolah esoknya yang hanya menerima kad raya biasa.

Lain pula situasi di sekolah. Kad raya yang diterima tidak perlu melalui abang posmen bermotor. Boleh saja diri sendiri atau kawan-kawan yang dipercayai untuk menjalankan tugas menghantar kad raya. Stem pun jimat.

Masuk saja ke kelas tercari-cari di dalam meja dengan hati yang berdebar-debar. Mesti ada terselit kad yang diletak oleh seseorang atau SA (secret admire). Tandatangan pastinya ~saya yang minat awk~ , ~SA~, ~Perindu Sepi~ ...itu pengalaman indah saya zaman sekolah dahulu. Tidur malam terjaga-jaga pasti menggagau kad raya di bawah bantal...berkali-kali dibaca ayat-ayatnya sehingga hafal dibibir...hikss..

Dimana awak saat ini agaknya my SA..
moga awak baik-baik saja.
Terima kasih kerana selalu buat saya tersenyum termalu-malu di sekolah dahulu.


Zaman universiti, lain pula kisahnya. Zaman remaja bercinta. Kad raya..HARUS...ehehe.. Berusaha dengan gigih pulak tu untuk menyediakan kad raya sendiri. Taknak yang beli. Konon-kononnya, untuk menyatakan betapa sanggup ku lakukan apa saja untukmu sayang...ekekek..

Dan saya pernah menerima kad raya sebesar kad manila, hasil kreatif kekasih saya waktu itu (1996). Tertera gambar kami berdua di depan (scan), sekeliling kad dicucuh dengan api ubat nyamuk lingkar(efek klasik..ekekk) dan didalamnya ditintakan kata-kata indah nan syahdu...aduhaii..
Dan beliau memang sentiasa kreatif menghasilkan kad raya yang unik saban tahun sepanjang kami menjadi kekasih di USM.

Terima kasih sayang...
Kad itu berada di kampung(akan saya uploadkan gambarnya nnti). Saya masih simpan sehingga kini kerana ia adalah puncak zaman bercinta yang penuh dengan keindahan dan keterujaan. Dan ia adalah tanda kasih sayang kekasih saya sepanjang zaman...terima kasih duhai kekasih hati..

Kini semua itu sudah menjadi nostalgia. Hanya beberapa orang saja jika boleh dibilang masih meneruskan lagi tradisi lama berkad raya. Masing-masing lebih senang dengan cara elektronik yang canggih. Melalui laman-laman sosial di FB, Twitter juga sekali tekan sms di hp...tag kepada berpuluh-puluh orang. Nampak mudah dan cepat namun kurang berbekas di hati ini. Hati tetap merindui zaman-zaman kad raya yang bergantungan di ruang tamu dihias indah di hari raya.

Namun sehingga kini usia saya mencecah 35 tahun, kekasih saya masih meneruskan tradisi kami dahulu. Saban tahun saya masih menerima kad raya daripada beliau. Terima kasih sekali lagi sayang, kerana telah membuktikan cintamu dengan bergelar SUAMI padaku sehingga ke hari ini...:)) 11 tahun usia perkahwinan, saya masih menerima kad raya daripada beliau dan kami masih meneruskan tradisi indah ini. Alhamdulillah.

~~~~~~~~~
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang teman FB kerana mengirimkan kad ini. Saya tidak pernah berjumpa beliau, tetapi kemesraan dan ketulusan persahabatan maya menjadikan kami rapat dan boleh berkongsi cerita. Terima kasih Kak Imah untuk kad raya ini..mmuahhh...sayang selalu. InsyaAllah, Azza doakan satu hari nanti kita akna bersua jua.




.
..
...
....
.....
......
.......
......
.....
....
...
..
.




Ini saya dan anak murid saya.
Anak istimewa ini hatinya telus.
Maka, saya dan dia doakan awak baik-baik saja..
Moga anak bulan Syawal yang bakal muncul nanti menghilangkan terus bayang saya dari minda awak..







..namun doa saya tidak pernah putus..







21 Ogo 2011

: Terlunas Sudah Sayang..




As Salam dan salam sejahtera;




Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya




Alhamdulillah pada petang tadi tepat jam 5.15 petang, abang telah menyempurnakan Rukun Islam ke tiga iaitu kewajipan zakat fitrah bagi tahun ini. Seperti tahun sebelumnya, abang membayar zakat fitrah di Jaya Jusco Bandar Perda. Senang dan mudah bagi kami di sini, shopping keperluan raya di Jusco, singgah sekejap menunaikan kewajipan yang dituntut.

Abang mengeluarkan zakat fitrah sebanyakRM14.00 pada tahun ini untuk dua orang. Bagi negeri Pulau Pinang harga zakat fitrah ialah RM 7.

Sebenarnya zakat ini lebih elok dan afdal di bayar di tempat di mana kita mencari rezeki. Kami mencari rezeki di Pulau Pinang, jadi selalunya di sinilah tempat abang membayar zakat sebelum kami bertolak pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran.

Walaupun zakat fitrah ini lebih afdal lagi dilewatkan sehingga dekat Syawal, tapi mungkin kita akan terleka apabila lebaran semakin menjelang dek sibuk dengan persiapan dan segala keperluan raya. Akhirnya kewajipan zakat tertinggal begitu sahaja.





Alhamdulillah...selesai sudah kewajipan tuntutan agama..

sekarang...jum lah kita shoppinggg....hikss...


~kasut kegemaran itu tetap merah..tapi yang baru berwarna kuning..(sudah berubah saya..?)



..dimana pun kamu..sy tetap mendoakan yang baik-baik saja..

..kerana DIA Maha Mengetahui..


Published with Blogger-droid v1.7.4




31 Ogo 2009

..Songkok, Demam dan Sms Merdeka..

salam kemerdekaan untuk semua..


bila dibelek2 koleksi gambar dalam laptop ni, sy terjumpa folder foto yang berkaitan dengan merdeka. mgkin anak-anak ini tidak faham apa itu erti merdeka yang sebenarnya, tetapi mereka cukup excited bila saja lagu kemerdekaan dimainkan. mereka juga teruja bila diberi alatan mewarna, gam dan gunting untuk menghasilkan Songkok Merdeka.



bila lihat saja bendera Malaysia..pasti perkataan Merdeka tak lekang dari mulut mereka. terasa enjoy menghasilkan sesuatu seperti ini. terasa diri hidup dan bersemangat. memandang mereka..seolah masalah dan kecelaruan yang kita hadapi turut melayang..
sesungguh nya mereka begitu istimewa..



sudah 3 hari sy demam. hari ke dua sy ke klinik..hari ke 3..sy terpaksa berbuka puasa. benar2 menguji, tak larat apabila suhu badan mencecah 38 darjah celcius. suhu badan normal ialah 36-37 darjah.
harap2 sy akan sembuh sebelum sekolah kembali buka pada hari Selasa ini. banyak tugasan menanti untuk disiapkan. moga kesihatan ini cepat beransur pulih..


sy menaip entry ini jam 3.34 pagi. masih mengadap laptop..begitu juga dengan abg...sakan ym dengan rakan gunungnya dari Indonesia. aikss...ada projek lagi eh..?
abg kata tak mengantuk kerana siangnya kami dah lena sakan...sy lena disebabkan ubat yg sy ambil..abg amik peluang utk lena sekali. natijahnya...dekat jam 4 pagi mata masih segar..sedangkan orang lain dah lama dibuai mimpi agaknya...hehee..nampaknya terus tunggu bersahur lah..

malam 31 Ogos..
sy tidak menerima satu pun sms Merdeka seperti tahun2 yang lalu. mengapa ya..
mgkinkah disebabkan merdeka kali ini jatuh pada bulan Ramadhan..maka kita lupa utk mengucapkan selamat Menyambut Kemerdekaan seperti yang selalu kita buat di tahun2 lalu..?
barangkali. namun jam 11.53 malam, hp sy menerima satu sms.

..slamat ari merdeka sayang, harap cepat sembuh..

hikss...
tq so much..
satu2 nya sms merdeka yang sy terima dari seorang insan yang berada di depan mata. hehehh..mengekek ketawa bila beliau tengok sy baca sms tu. sekurang2 nya dapat juga satu sms kan..

terima kasih..


dah jam 4.12am..
dah 3 hari abg masak ..sepanjang sy demam..
badan terasa kebah sikit...sy amik balik tugas sy..
nak goreng nasi untuk sahur...
jummmm....

selamat bersahur untuk semua...


..dimana kita berada kita tetap menadang bulan yang sama..

19 Ogo 2009

saya bangga..tahniah..

salam sejahtera untuk semua..


..abang dan ust Lah yang suka sgt aktiviti 'giler2'...



alhamdulillah..
misi berkayak abg dan ust Lah pusing Pulau Pinang berdua tanpa bantuan telah berjaya. hanya mengambil masa 2 hari.
akhirnya abg dah selamat sampai ke rumah. jalan terhinjut2, sakit2 badan, katanya nak angkat lengan pun tak larat. kedua kuku jari kelingkingnya menjadi biru.
sy hanya tersenyum bila diberitahu sakit sana sini...dah faham sgt2...
kerjaya dan minat seiring...sakit pun sanggup..



walau apapun..jauh disudut hati tetap terselit rasa bangga. tahniah..sememangnya sy kagum dgn abg...cuma takleh ckp depan2...nnti riak...!!...ehehhee... (sy tau malam ni jugak abg baca blog ni..) catatan ekspedisi abg kali ini boleh dibaca disini...







..Ramadhan bakal menjelang...indahnya saat berbuka bersama..
..bicara pada bintang dan bulan yang masih beku..

6 Jun 2009

9 happy years u've given me my dearest..

salam sejahtera untuk semua..


..bunga yang dihantar oleh nyonya tu kurang sekuntum...ada sapa-sapa jumpa ke..


sudah hampir sebulan 13 mei berlalu. namun baru hari ini sy berkesempatan dan berpeluang untuk menulis entry ini setelah sekian lama laman hati ini sunyi. rindu nak berblogging seperti dulu, namun bak kata seorang teman...dahulukan yang penting..komitmen mengikut priority, jika bukan keutamaan...letaklah ditepi dulu. selesai segala yang penting..jika masa terluang, barulah kita jenguk sesuatu yang telah kita simpan ditepi itu....pasti semuanya akan berjalan lancar.

13 mei sememangnya bermakna kepada sy dan tentu sekali abg. kebetulannya tarikh ini sy harus ke pangkor berkursus dan abg jua baru kembali dari tempat yang sama setelah selesai tugasnya memberi kursus disana.

setiap kali tiba tarikh ini, sy pasti teringat pertanyaan seorang teman sewaktu zaman belajar dulu...

..' 13 mei dan 13 january...korang berpakat ke pilih tarikh beranak?..'


...ehehee..itulah namanya kebetulan dan itulah takdir..
alhamdulillah, sudah 9 tahun kebahagiaan ini sy kecapi. syukur di atas segala anugerah yang tidak terhingga. pelengkap perjalanan hidup sy pastinya..



..pilihan abg..celebrate bday nya hanya di warung .. Juru..semata-mata kerana Ketam Istimewa Paksu...

..jauh di sudut hati doa sentiasa sy titipkan agar segala yang terbaik untuk abg. diberi segala kekuatan, semangat, kekentalan, kejituan, kesihatan, ketenangan dan ketenteraman hati yang berpanjangan. terima kasih kerana menerima segala kekurangan dan kelemahan sy.





..sentiasa berdoa agar menjadi yang terbaik juga...
utk semua insan yang...
dekat/jauh..
rapat/renggang
pernah...
telah...
sedang...
akan hadir...
sepanjang perjalanan hidup ini..



10 Mei 2009

WNA1 di Puncak Sejati..Raung, Surabaya..



backdated 6mei...


Warga Negara Asing Pertama (WNA 1) di Puncak Sejati, Raung, Surabaya..



salam sejahtera untuk semua..


lamanya rasa tak update blog. banyak kerja yang harus dibereskan, ditambah dengan -dia- yang semakin menuntut komitmen yang sememangnya harus didahulukan. bila otak penat, secara automatik badan turut rasa tak bermaya. masa di rumah benar-benar berharga, bak kata seorang teman..Q time yang harus diguna sebaiknya..lantaran itu, sy guna sebaik mungkin kuantiti masa yang sedikit itu utk perkara2 yang perlu lebih diberi perhatian.


tahniah utk abg..


alhamdulillah...6 mei 2009 abg dah pun kembali ke sisi dengan selamat dari Puncak Sejati, Raung, Surabaya. kepulangannya memang sy nanti, kerana dia punca semangat dan kekuatan diri. selaut kesyukuran melihat abg didepan mata..walau terpaksa meredah gelap malam dalam hujan lebat jam pada 6 mei 3.30 pagi ke tol Juru untuk mengambilnya, hati berbunga riang.



walau tempoh 2 minggu agak lama dan macam2 yang telah terjadi, namun apabila menatap wajahnya dan gambar-gambar yang dirakam disana, apalah sangat penantian sy selama 2 minggu. jelas terpancar kepuasan di setiap riak wajah..baik secara nyata mahu pun yang abadi di lens kamera.



sy tumpang bangga apabila diberitahu 29 April 2009 group abg (7 pendaki Malaysia dibantu 4 guide Indonesia) adalah group Warga Negara Asing Pertama (WNA1) didunia yang menjejakkan kaki ke Puncak Sejati, Raung(3328m). belum ada orang asing smpai ke situ kecuali anak tempatan. butiran lanjut tentang xpdc ini boleh dilihat disini dan disini juga multily guide yang ikut serta.



..ke Kawah Ijen sebaik turun dari Raung...


tahniah sekali lagi..
sesungguhnya sy bangga..
satu anugerah..
dan bertuah..
kerana sy hadir dalam perjalanan hidupnya..
berkongsi suka duka bersama..




abg ke pangkor hari ini sehingga 13mei..
13mei sy pula ke pangkor utk data..
selisih..
13mei...?
tarikh yang disambut setiap tahun..
kita sambut apabila selisih feri nanti ye...ehehh..

..yang terbuku didada jua satu anugerah kan..

25 Apr 2009

doaku untuk mu..



salam sejahtera untuk semua...
23 April 2009...Khamis 12 malam..


menjejaki kaldera terbesar di Jawa..


bila dikabarkan akan mengikuti ekspedisi ke gunung ini, sy terkedu. bukan tak biasa ditinggalkan tetapi tempohnya agak lama kali ini. dengan sedikit pengetahuan yang sy dapat dari internet mengenai status gunung tersebut, jua dari blog kawan-kawan abg yang telah sampai ke sana, hati sedikit gusar.


komen pertama abg apabila melihat gambar yang diambil oleh rakan-rakannya...' macam laluan ke Kinabalu...'... berbatu-batu.. info mengenai Gunung Raung boleh dibaca disini, disini juga disini.




jauh disudut hati sy berdoa agar ekspedisi kali ini dibatalkan. namun sy tahu ini adalah minat dan impian abg sekian lama..untuk mencapai puncak Sejati Gunung Raung. memang hati agak berdebar. hanya doa dapat sy panjatkan agar semuanya berjalan seperti yang dirancang. semoga abg dan kumpulannya dapat mendaki, turuni dan kembali ke Malaysia khususnya ke pangkuan sy dengan selamat tanpa musibah dan malapetaka. dengan segala tugas di sekolah, semoga 2 minggu ini cepat berlalu..


Insya Allah..dengan segala kemahiran dan pengalaman yang ada, sy sentiasa yakin dan berharap agar abg sentiasa kuat dan mampu untuk menangani apa saja rintangan dan halangan dengan sokongan dan bantuan dari rakan-rakan ekspedisinya. sy nantikan kepulangan...



Tentative..


Day 0 Friday evening.
Arrival Surabaya, checkin Hotel

Day 1 Saturday (25 April )
Morning - Preparation climbing
Sigth-Seeing at China town
12:00 Depart to Kalibaru, it takes 6 hours to get there.
From station transfer by Ojek to Wonorejo village
Stay over night at Wonorejo village

Day 2 Sunday (26 April)
After breakfast transfer by ojek to Pondok Pak Sunarya, ride along
coffee plantation.
Start trekking, set camp at camp III

Day 3 Monday (27 April)
Camp III – Camp Wates, overnight at Camp Wates

Day 4 Tuesday (28 April)
Camp Wates – Camp Ereng-Ereng Atas, vegetation border.
Stay overnight at Camp Ereng-ereng Atas. Spectacular sunrise and
sunset views from Camp Ereng-Ereng atas, also a view across Java sea.
Day 5 Wednesday (29 April)
Summit attack
Camp Ereng-ereng Atas – The True Raung’s Summit
Hike on edge of cliff, moving through the thin ridges of rock for 4-5
hours, with moving together and single rope technique. Arrive at the
peak around mid day, and then descend back to Camp Ereng-Ereng Atas,
overnight there

Day 6 Thursday (30 April)
Spare day for summit attack if there’s a bad weather
Return to Camp Wates if everything just runs smoothly

Day 7 (Friday 1 May – To Ijen)
Camp Wates – Pondok Pak Sunarya
Transfer by ojek to Desa Wonorejo
10 pm head up to JEMPIT

Day 8 (Saturday 2 May Ijen)
Day hike to Mt Ijen

Day 9 (Sunday 3 May Bali)
Arrival at Bali - Overnite
Day 10 (Monday 4 May Bali – KL)
Depart Bali - KL (if go back early due to not enuf leave)

Day 11 (Tuesday 5 May Bali - KL)


Day 12 (Wednesday 6 May KL - Penang...)





sentiasa berdoa agar abg dilindungi dan terhindar dari segala musibah dan bencana yang tidak disangka..
menantikan kepulanganmu...
harapan menggunung, abadi di puncak impian..terima kasih kepada teman dan sahabat yang setia menemani dan ada bersama sy..

12 Apr 2009

..yang berharga..

salam sejahtera untuk semua,


Masa itu satu anugerah yang tidak ternilai. Detik-detik yang berlalu walau sesaat memang takkan dapat diulangi kembali. Selagi masih berpeluang dan punyai ruang, hargai dan isilah dengan sebaik-baiknya. Kesempatan yang diberi jangan dipersiakan.

Walau punya masa yang cukup terhad, itu tetap bukan penghalang kepada sy dan abg untuk habiskan masa yang sy kira cukup-cukup berharga lantaran kesibukan tugas harian masing-masing. Sehari terluang, apa salahnya bersantai memanjakan diri. Ia juga berfungsi sebagai terapi untuk sy yang agak tertekan sebenarnya dengan amanah yang baru dan abg yang agak keletihan dengan segala program peringkat kebangsaan akhir-akhir ini.


ikut abg bermesyuarat di SP..




Umur, ilmu dan penampilan tiga perkara yang saling berkait.

Kita tidak usah takut untuk bergaya asalkan ia sopan dan selesa. Teringat kata-kata abg, kecantikan di usia 30an tidak hanya terletak pada fizikal malah kecantikan spiritiual itu lebih dipandang tinggi. Akhirnya kami sama-sama melangkah masuk ke Thai Massage, bergelak ketawa mengekek...senyum menguntum tatkala diusik oleh gadis-gadis Thai yang comel...satu jam terasa begitu cepat berlalu. badan terasa ringan, semangat kembali memerah. Pastinya bila kembali bertugas, apa yang diamanah dan tergalas dibahu insya Allah akan dilaksana semampu mungkin.



senyuman menguntum memikat hati..


teringatkan satu artikel tentang tips yang disebut oleh Dr Fadzillah Kamsah dalam mencari/memelihara persefahaman dan keselesaan antara pasangan.
  • Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
  • Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
  • Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
  • Tujuh kali puji dan satu teguran.
  • Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
  • Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
  • Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
  • Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
  • Doa yang berterusan.



ketam istimewa di Warung Paksu, Kuala Juru..


Kadangkala terasa diri bertuah, bersyukur diatas anugerah Ilahi yang tidak ternilai ini. Walau diri penuh dengan segala kelemahan, kedaifan dan kekurangan, namun ketenteraman dan kedamaian jiwa yang abg wujudkan membuatkan sy menjadi begitu kuat dan terlindung. Alhamdulillah...kasih sayang itu menjadikan diri semakin cekal, tekal dan kental.




Selalu sy ingatkan diri sendiri...

jadilah sahabat sebaik mungkin utk pasangan kita..


...kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan yang kita tidak tahu. Tetapi jika kita saling cuba untuk menjadi sahabat, insyaAllah kita kan mampu menyelami hati nuraninya...kerana..



SAHABAT SEJATI...
Mengerti ketika kamu berkata ' Aku lupa '
Menunggu selamanya ketika kamu berkata ' Tunggu sebentar '
Tetap tinggal ketika kamu berkata ' Tinggalkan aku sendiri '
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata ' Bolehkah saya masuk..?





When you say…”I am tired..”
God tells you ..“Come to me, All you who are weary and burdened, and I will give you rest”
..bintang..leh tolong tak...sampaikan pada org tu...bahawa sy sgt sygkan dia..

12 Mac 2009

..yang lama..yang baru..

..yang lama dan kenangan di Terengganu Darul Iman..(muka tak sudah zaman bergelar pelajar..)



Nampaknya bulan ini beberapa alatan keperluan terpaksa sy gantikan/adakan yang baru. Beberapa hari yang lalu sy menggantikan SONY Cyber-shot N Series Digital dengan Canon Digital IXUS 95IS (entrynya ada disini). Ianya sememangnya satu keperluan disamping memenuhi kehendak hati namun tidaklah sampai membazir (maklumlah kita takde dato' sponsor spt jurulatih sorang tu..)





Sebenarnya sudah lama sy ingin menggantikan yang telah sedia ada ini dengan yang baru. Bukanlah yang lama itu sudah tidak elok atau sudah monopouse, bukan juga melupakan jasa yang lama yang telah berbakti selama 3 tahun untuk sy. Yang lama tetap meninggalkan kesan tersendiri, lagipun ia adalah hadiah dari abg untuk sy beberapa tahun lalu. Ia tetap abadi dalam ingatan namun yang baru diperlukan sesuai dengan kepantasan dan kecekapannya demi tuntutan tugas dan amanah yang semakin besar dan berat untuk digalas.




ini yang baru....myTosh..Toshiba Satellite L310-S410..

semoga semangat, kelasakan dan kesetiaan yang lama mengiringi sy di setiap saat dalam menggalas tugas dengan komited, menunaikan kewajipan dan tanggungjawab yang baru saja diamanahkan secara rasmi kepada sy pada hari ini. semoga juga sy dikentalkan hati hari ini, esok dan selamanya.









..yang baru satu anugerah...yang lama abadi di hati..

..esok Sambutan Maulidur Rasul...esok jua sy balik kg..

moga beberapa hari disana kan mampu menguji sejauh mana kentalnya hati ini..

10 Mac 2009

selepas episod ipoh..

alhamdulillah..

akhirnya SONY Cyber-shot N Series Digital sy berganti jua. Canon Digital IXUS 95IS menjadi pilihan. bukan memilih berdasarkan kehendak, namun satu keperluan. selama 3 tahun cyber-shot tersebut sentiasa berada dalam handbag sy, dibawa ke mana saja. sy cukup berpuas hati dan sememangnya ia cukup berjasa kepada sy. namun patah tumbuh hilang berganti. akhirnya si kiut merah pink menjadi pilihan berdasarkan kepada beberapa kriteria tertentu. tentu saja abg lebih arif dengan mengambil kira pendapat tokey kedai tersebut yang sememangnya dah kenal kami kerana abg kerap ke kedainya untuk mencari aksesori D60 nya.





..tak nak beli kasut...?

ditanya begitu...tentu sahaja soalan cepu emas dari abg ini sy jawab dengan penuh berhemah. ehehh..sy tahu soalan2 begitu memang akan keluar dari mulutnya apabila kami mengunjungi tempat2 sebegini. mgkin juga ini salah satu cara abg mengisi masa yang terhad antara kami kerana tuntutan kerjanya yang memerlukan dia lebih banyak menghabiskan masa di luar dengan komitmen yang tinggi.


kali ini bukan saja sy yang mencuba kasut itu dan ini, malahan abg pulak yang lebih2. jenuh menunggu dari satu kasut ke satu kasut. begini rupanya perasaan abg sewatu menanti sy shopping...adeh... (utk jurulatih Bachok...kali ini muncung tak tajam ok..sebab kasut ni serba guna..bukan setakat baling anjing...lari bila dikejar anjing sgt2 sesuai...heheee..).

sebenarnya kasut ini menggantikan kasut koko sy yang dah hampir monopouse. sy tetap mengunjungi kedai yang sama, membeli kasut jenis yang sama, cuma corak yang sedikit berlainan. dan pastinya akan sy ulangi ke kedai yang sama selagi sy berpuas hati dan selesa di kaki sewaktu melangkah.






sememangnya masa yang sedikit dan terhad ini telah terisi sepenuhnya. dari satu kedai ke satu kedai kami susuri, berhenti penat menjamu selera, sememangnya masa yang singkat dimanfaat dengan tiada sesaat pun tertinggal. jauh disudut hati sentiasa berdoa, semoga kerukunan ini tetap terpelihara sehingga ke akhir hayat.







amanah yang diberi adalah satu tanggungjawab yang harus digalas dengan berlapang dada. hari ini abg diperlukan lagi di satu negeri yang sememangnya meninggalkan seribu satu nostalgia kepada sy. rasa rindu menggamit hati untuk berkunjung lagi ke sana. insya allah jika diizinkan dan tiada aral, cuti sekolah yang akan datang pasti sy jejak kaki lagi ke sana. lagipun hajat nak mengambil gambar pokok ketapang di Teluk Ketapang belum kesampaian..






..tahap penerimaan dan keterbukaan individu dalam sesuatu isu itu tidak sama. inilah yang mewarna warnikan perjalanan hidup kita kerana variasi itu sememangnya bagus dalam mencambahkan idea dan mematang/mewajarkan cara berfikir/bertindak...

9 Mac 2009

meredah ipoh dalam hujan...

rancangan asalnya nak bertolak jam 8 pagi. namun disebabkan sesuatu, jam 2 petang baru sy dan abg keluar dari rumah. biarlah sesuatu itu menjadi rahsia hati sy. sekurang2nya ia memberi pengajaran dan membentuk keyakinan yang lebih jitu dan mendalam antara kami berdua.
tujuan ke Ipoh memang bersebab. walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan, semangat berkobar2. selain dari memanfaatkan hari cuti, sekali harung mencari sesuatu. walaupun agak jauh dr Bukit Mertajam, namun pemergian sy kali ini berbaloi. semuanya kerana dalam fikiran dah ter'set' segala sesuatu yang nak dibeli dan ianya memang ada di Ipoh.






abang semakin leka dengan bonsai sekarang ini sebenarnya. minat sememangnya dah ada sedari dulu, namun kesibukan kerja membataskan abg utk menumpukan perhatian pada aktiviti lain. kali ini mgkin kerana -dia-, membuatkan abg cuba juga membahagikan masa antara tanggungjawab dan hobi.







singgah d KK Deco, memang menjadikan sy dibuai mimpi. terasa seperti di kedesaan inggeris. semuanya kelihatan comei dan menarik. sgt2 kiut. namun sedar dengan kelemahan diri, sy memang takleh hidup dalam suasana begini kerana sy bukan seorang yang rajin dan cermat bermain dengan warna2 putih dan cerah begini. rasanya tak smpai sebulan semuanya berhabuk dan bertukar kuning..heheee.. (abaikan pipi dlm gambar yg semakin chubby..)






nasib bawak storm kan..so barang2 yang besar dimuatkan di belakang. lagipun tak lah abg bosan sgt kerana di sepanjang pemanduan abg memang ditemani dengan kawan2 Radio Amaturnya. my persona pernah diminta oleh abg untuk dipasang antena radio...ehehh...sory..




buaian yang sy duduk tu berharga RM700...abg kata kutip kayu hanyut kat kg dah boleh buat dengan nilai tak sampai RM20..adeh..memang la..tapi sy pasti dan sangat pasti..semua itu hanya cakap2 di angin lalu..jenuh la nak kutip kayu hanyut kat sungai nak buat buai...macam la ada masa..





sampai rumah jam 11 malam..sememangnya berbaloi. dan ayat abg sewaktu mengangkat barang ke dalam storm...

sebulan lagi kita datang balik sini eh...nnti leh beli itu ..ini..bla bla...
ekk...?...i likeeeeee...







..selamat memulakan tugas di sekolah baru buat seorang teman..walau dimana, persahabatan yang hadir takkan pudar..
..doakan sy utk terus berkeyakinan dan komited utk menggalas satu amanah baru..


*..memerlukan rasa..

7 Mac 2009

usaha bermula..

6 Mac’09…9 malam..

Sy : u kat mana..
Su : i kat bla bla…baru abih tuisyen..
Sy : u nak balik dah ke..
Su : otw…i baru masuk keta ni..napa kak ..
Sy : i nak ikut..
Su : ikut gi mana..
Sy : umah u la...
Su : u giler apa k’irah..buat apa ikut i balik umah..biar betul..
Sy : tak kira le...i nak ikutttt …
Su : iskkk…seriau aku pompuan ni…u kat mana ni..i repot kat abg khairul kang..
Sy : i kat umah..i nak follow u balik..boleh?
Su : memalam gini..?? u buang tebiat apa kak…abg mana abg..?


So jam 9.15 malam...meredah kepekatan malam dengan hujan yang agak lebat…sy dan abg menuju ke Kulim, rumah Su. Semuanya utk –dia-. Demi –dia-. Kaki melangkah masuk ke rumah Su, mata terpaku.







Macam kenal…terpacul ayat dari mulut abg…
Iskkk abg ni…malu i tau…hehee…Su dengan gaya nya yang lemah gemalai..



itu teddy n coco yang sy belikan dulu utk Su..

Perancangan yang teliti perlu dibuat, membandingkan itu perlu agar hasil yang kami perolehi memuaskan hati dengan harga yang dibayar. Pendapat teman2 perlu diambil kira. Banyak yang sy dan abg bincangkan dengan Su, dari sekecil2 benda sehingga kepada yang besar2 ‘gedabak’. Jika tiada aral, sy dan abg akan menimbangkan cadangan Su dan kami akan ambil pengalaman dia sebagai sandaran utk membuat keputusan.




Ayat akhir Su sebelum kami meninggalkan kediaman comel nya..




K’irah…u jangan tak bawa i tau masa nak pegi pilih sekian2 benda tu…i boleh tolong u pilih...hijau, kuning, merah sgt2 cantik….i nak ikut tauuu….





Ehekss…i tau u terer bab2 gini le Su..

tersengeh abg melihatkan aksi Su…hehee..







7 Mac ’09…7.30 pagi – 4 petang...

Hari ini abg kena handle kayak lagi di Pusat Sukan Air. Kali ini anak2 buah seorang teman lama. Teman yang sanggup bersusah demi kami sewaktu mula2 posting dahulu. Teman yang yang telah kami anggap saudara sendiri. Dan pasti nya sy tahu abg takkan menolak walaupun hari ini adalah hari cuti ditambah pula baru pulang dari Pulau Payar. Persahabatan yang terjalin tanpa menilai…tanpa syarat…









7 Mac ’09…5 petang (jangkaan)…

Sy menanti abg pulang. kami akan pergi ke satu destinasi dimana -dia- berada..melihat, membuat itu dan ini demi -dia-. Semua perlu dilakukan dalam masa terdekat kerana abg sering tiada di rumah. Abg menguruskan, berhubung dengan pihak itu dan ini, dan tugas sy memantau sepanjang ketiadaan abg agar ianya berjalan seperti yang kami kehendaki. Lagi pun kami dah target segalanya perlu selesai sebelum cuti sekolah bulan Jun. Insya allah..


terima kasih utk Idany..pemilik blog Sesuci Kasih Sufi utk kad yang sungguh bermakna ini. sedalam makna persahabatan yang dihulur kepada sy selama ini dari Ketereh, Cheras dan kini Sg Sengian, Bintulu Sarawak...





sy masukkan komen yang diberi idany di entry sy yang lalu...penuh makna yang tersirat..terima kasih da...
'..jarak yang ada itu bukan alasan untuk terus memisahkan, hakikatnya hutang kerinduan langsai saat mata bertatap bibir seolah bisu terkunci.....'
..sometimes, HE takes everything away from us so we can learn the 'value' of everything HE gave us..

just4u.. kunci untuk -dia-..

Abg dah pulang.

Sesuatu yang membuat sy tersenyum.

sy : Aik…abg buat ke..?
abg : salah satu aktiviti....
sy : Macam yang anak2 sy di sekolah buat lah..
abg : Yup..utk di ajar kepada budak..
sy : Mmg macam budak2…
abg : Diminta buat dan bawa balik utk isteri..



Ehekss..







Terima kasih abg…
Hanya itu ucapan yang mampu sy ucapkan. Selebihnya rasa bersyukur kerana abg dah selamat pulang dari kursus TOT di Pulau Payar.



5 hari di Pulau Payar membuatkan sy agak resah di rumah sebenarnya. Bukan disebabkan tidak pernah berjauhan, 9 tahun melayari hidup bersama sy dah terbiasa dengan ini semua. Selalu sgt abg ke sana sini kerana tuntutan tugas. Kadangkala balik ke rumah berganti bagasi saja, dan terus berangkat lagi. Namun kali ini agak berlainan kerana perhubungan terputus. Tiada komunikasi di antara kami menyebabkan sukar utk sy bertanya, memberitahu dan membuat keputusan utk satu2 perkara sewaktu ketiadaan beliau. Tambahan pula dalam masa 5 hari ini, timbul satu dua perkara yang memerlukan pendapat abg, selain dari meluahkan rasa hati terhadap sesuatu yang terasa menyesakkan dada yang telah terjadi di sekolah. Sy perlukan pandangan abg..relevan ke sy begini dan begini…wajar ke sy bertindak begitu dan begitu…professional ke sy jika ini keputusan yang sy ambil. satu kelegaan sebenarnya apabila abg ada di rumah.







menjamu selera di Route 69..mendengar itu dan ini yang keluar dari mulut abg sepanjang 5 hari disana , disambung dengan sesuatu yang diterima hari ini, membuatkan sy seolah terbuai oleh angan2 sendiri. sesuatu itu tentang -dia-. kunci itu utk -dia-. alhamdulillah semakin hampir. satu lagi perkembangan yang cukup2 menggembirakan hati pada hari ini. moga2 segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. mulai sekarang abg dan sy pastinya akan semakin sibuk. memilih, menyusun, merangka, mencari, membandingkan dan membuat perancangan yang harus benar2 teliti agar segalanya memuaskan hati kami berdua. sy kena banyak mengambil tahu itu dan ini kerana dalam masa terdekat sekali lagi abg akan terbang ke negeri nostalgia sy untuk satu tugasan penting selama 3 hari. dalam tempoh itu juga sy terpaksa menggantikan abg utk berurusan dengan beberapa pihak bagi memastikan segalanya utk -dia- berjalan lancar. mudah-mudahan..
tentang -dia- dah banyak sy entrykan, antaranya ada disini dan disini. hati tak sabar sebenarnya..









..kunci kebahagiaan terletak pada hati..usahlah menilai..tanam rasa percaya ..
pasti hatimu kan tenang dan selesa..
perkara pertama..memunggah kembali majalah yang tersimpan di stor ..sebagai rujukan...
sesungguhnya hati sy berbunga..utk -dia-..
walau sedikit rasa terkilan..kerana jarak masa dan ruang membuatkan sy dan -dia- yang terasa dekat tapi tak tergapai tangan..

1 Mac 2009

naif...setulus hati..

Mari mari mari..
Tangan sy diheret. Sy tinggalkan meja dan buku yang berselerak mengikut Nazeha yang menarik tangan sy.

Cikgu duduk sini ya…
Sini sini. Ok..sini ye..



Sy ikut arahannya smbil diperhatikan rakan2 lain.
Saya duduk di meja di sampingnya.

Dan dia..


Begini ye..
Ini ini..
Iyee…ini cikgu punya..


Dan mulalah jarinya menari pantas di atas kertas putih bersih itu..





sangat-sangat naif..kerdipkan matamu seketika..moga segala yang terlakar dan tersirat di kertas putih menjadikan diri sy, kamu dan mereka semakin matang menilai dan muhasabah diri dalam memahami dan membuat keputusan bila berdepan dengan satu2 situasi yang tidak kita duga..



Nazeha..
12 tahun..
Kategori : autisme..



sedikit info ciri2 autisme..

  • Bermasalah komunikasi (kelewatan dalam pertuturan)
  • Sukakan rutin
  • Sering berada dalam dunia tersendiri
  • Ekolalia (mengulangi kata-kata cikgu)
  • Cederakan diri sendiri
  • Kompulsif (tanpa tahu kesan)
  • Perasaan sayang yang keterlaluan pada sesuatu objek
  • Kerencatan bahasa
  • Masalah kefahaman
  • Kerencatan bahasa
  • Tidak suka disentuh
  • Bermasalah interaksi sosial
  • Pergerakan berulang-ulang
  • Kegagalan integrasi deria
  • Tidak suka bergaul
  • Boleh melihat tetapi tidak mengerti apa yang dilihat.
  • Suka elak pertentangan mata
  • Ketawa dengan tiba-tiba
  • Boleh mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak
  • Menangis dan marah tanpa sebab
  • Suka meniru perkataan orang lain
  • Memegang tangan orang dewasa untuk memberi arahan
  • Tidak dapat melihat dengan jelas





..1 mac 2009...semoga ketenangan dan kedamaian kocak air dan lengguk ikan yang berenang di Pulau Payar memberi kekuatan dan kekentalan utk abg meneruskan lagi bakti dan usaha murni mencurah ilmu tanpa mengenal erti lelah dan jemu..doa dan semangat sebagai peneman..

TOT-Taman Laut...

jarak yang jauh bukan pemisah utk berkomunikasi, kadangkala ia membantu memarakkan lagi rasa rindu di hati..