Selamat berhujung minggu…
Aku terdorong utk menulis entry tentang santai di hujung minggu…
Ke manakah destinasi anda di hujung minggu ini. Setelah seminggu bergelumang dengan beban tugas dan segala macam kerenah di pejabat, inilah masa yang paling sesuai untuk anda bersantai, berehat dan melupakan segala-gala yang menyesakkan dada anda di pejabat atau dijalanan sepanjang bertugas. Habiskan masa di hujung minggu ini bersama orang2 penting dalam hidup anda..bersama orang2 tersayang. Lupakan segala yang lain..
Kemana anda bersama keluarga di hujung minggu ini…
Disini terdapat pelbagai pilihan untuk anda merehatkan diri di hujung minggu di samping orang2 tersayang.
@ Air terjun utk mandi manda
@ Laut juga untuk mandi (anak2 pasti enjoy bina istana pasir..cm syg istana itu sementara)
@ Pasaraya ..sesuai utk golongan wanita…cuci2 mata setelah lama mengadap pc di pejabat
@ Taman bunga…sesuai utk pasangan berkasih..jgn kena tangkap dah la ya..
@Ziarah saudara mara dan rakan taulan…(baru smlm aku pegi..)
@ Memandu kereta tanpa arah…juga boleh dikategori kan sbg bersantai…
@ Outdoor…berbasikal, berkayak…
@ Mengadap laptop….boleh hilangkan stress juga kan…
@ Di rumah bersama tersayang…juga aktiviti bersantai yang paling hebat kurasakan…
Banyak lagi alternative sebenarnya. Semuanya bergantung kepada masa dan budget anda. Samada di kotaraya, pinggir bandar, masuk hutan, keluar negeri atau sekadar di laman rumah…
Juga bergantung sesesak mana fikiran anda untuk melegakannya..hehe…
Kalau rasa fikiran n mental terlalu penat….lupakan semua yang ada di sekeliling anda selama ini…cuba jangan ingat apa2 lagi tentang sesuatu barangkali, orang barangkali yang buat anda sesak. Anda perlu ruang untuk diri anda bukan…nah inilah masanya…
Jangan lupa juga matikan hp ya…supaya anda dapat luangkan lebih masa bersama orang tersayang tanpa gangguan dan panggilan telefon dari lalat2 yang mengganggu kedamaian anda selama ini.
So…slamat beristirehat..
Slamat berhujung minggu..
Slamat bersantai..
Moga isnin anda tidak menjadi isnin blues lagi yang tempiasnya akan mengena pada semua orang di sekeliling anda. Bawakan mood santai anda yang hebat itu ke pejabat nanti….semoga anda semua sentiasa ceria…
Aku di hujung minggu ini…
> Menyiapkan tugasan skolah..esok skolah balik dah..saat ini..
> Mengemas rumah pagi td bersama suami
> Teman suami ke pejabatnya membuat kerja
> Mengadap laptop..saat ini..
> Laman hati ini..
> Ptg nnti…mgkin aku nak menguruskan bunga2 di laman sambil suami memcuci kereta… hebat juga bukan…tanpa perlu mengeluarkan wang…malah badan bertambah sihat dah fikiran bertambah segar..lupakan hal2 yang menyesakkan dada….
2 ulasan:
rajinnye ikut suami gi pejabat....tentu bahagia ngan suami
hy dia yg sayang sy..
Catat Ulasan