Hati-hati yang berdetik..

26 Jul 2009

..dia bukan rezeki kita..


backdated 26 july...




salam sejahtera untuk semua..

panggilan telefon yang sy terima dari seorang rakan sejawat sewaktu sy menziarahi seorang teman di Hospital BM, membuatkan sy tergamam. dia sekadar memaklumkan..tanpa bertanya NAK atau TIDAK. namun belum habis dia memaklumkan kepada sy berita itu, laju saja mulut ini menjawab...NAKKK...tanpa berfikir panjang.

sy tidak dapat melihat wajah dia di hujung talian, namun dari nada suara nya sy tahu dia tersenyum mendengar jawapan sy. cuma katanya...jangan terlalu mengharap..semua masih dalam perbincangan.

setelah memberi persetujuan, barulah sy terfikirkan abg. sepatutnya sy perlu meminta kebenaran beliau dulu baru memberi keputusan. namun barangkali terlalu excited, langsung sy lupa segalanya. namun sms balasan dari abg menenangkan hati sy..

..orangnya bagaimana..kalau za rasa ok.. abg ok je..



hati sy cukup berdebar tika itu. menunggu panggilan telefon dari rakan sejawat membuat sy resah teramat. rasa nak menangis pun ada. antara percaya dengan tidak. antara harapan jua kegelisahan. benarkah ini semua akan jadi kenyataan? macam2 terlintas dalam fikiran.

bagaimana nanti...?
mampukah sy..?
adakah rutin harian sy akan berubah.?
sy dan abang akan punya tanggungjawab baru..?
bagaimana penerimaan Mak, Abah dan family di kampung..?

sy menelefon seorang rakan baik. meminta pendapat dan pandangannya sebagai seorang yang lebih berpengalaman. memang beliau berupaya membuat sy tenang seketika. satu persatu isu ini dikupas, dijelas dengan terperinci segala prosedur. Pro dan kontra, jua kesan, akibat dan hikmah yang tersembunyi. namun debar di hati masih tidak reda..

penantian amat menyeksakan. lewat petang, telefon berbunyi. sayup di corong telefon, rakan sejawat menjelaskan satu persatu dengan teliti dan tenang. sy tahu beliau mahu sy mendengar dengan lebih rasional. sy menarik nafas panjang. terdiam, tak tahu apa yang patut katakan. semuanya telah tertulis, semuanya telah ditentukan oleh Allah swt. setiap insan pasti punya keinginan dan impian. begitu jua sy dan abg. namun sy yakin, sesuatu yang terjadi itu pasti ada sebab musababnya. sy menerimanya dengan hati yang lapang dan tenang. pasti saja ada hikmah yang sy tidak tahu dan pasti jua Dia mengatur yang terbaik utk sy. sy harus redha..

sy telefon abg.. sekadar untuk memberitahu..

..abang.. ..dia bukan rezeki kita..





azza..
..menerima ketentuan dengan tenang dan hati terbuka..
sy dan abg redha..



11 Jul 2009

-dia-....*117 * ....Impian Indah Abadi..

salam sejahtera untuk semua..


Impian Indah Abadi..
alhamdulillah..segalanya telah selesai.

memandang -dia- buat hati berbunga.
memandang -dia- buat hati tak keruan.
memandang -dia- buat hati berdebar.
memandang -dia- terasa bergetar.
benar kata orang..cinta pandang pertama buat kita tak lena...
dan -dia- lah cinta pandang pertama sy..

telah lama sy abadikan -dia- di sedetikhati ini.
sy cuma namakan -dia-, kekal menjadi rahsia sehingga ke hari ini.
sy lakarkan memory bersama -dia- di setiap episod..
~episod 1.. ~episod 2.. ~episod 3.. ~episod 4.. ~episod 5.. ~episod 6..


Bermula dari akhir Desember 2008, akhirnya 16 Mei 2009..sempena Hari Guru, -dia- sy sentuhi dengan penuh kasih.
Sy adun segala kasih, rindu dan cinta, bersatu bersama -dia-.
Sy bernafas menghidu harum bermalam bersamanya.
Sy gaulkan segala kemesraan, persefahaman dan keluhuran, jua bersama -dia-..
Agar senyum yang terukir dibibir kan kekal sehingga ke hujung nyawa..

Biar ia kekal menjadi impian paling indah buat kami..


alhamdulillah..
55 no bertuah..
Impian Biar Abadi..
Bersama Episod Indah Bersemi..
Pertemuan Himpunan Pengharapan
Kekal Cinta Kemilau
Luahan Sedetik Perjalanan..










seorang teman juga bakal menghuni mahligai cintanya di tempat nostalgia sy..
kalaulah sy yang berada di PTK..



6 Jul 2009

..sempat lagi main blog..???..

<UTK ANDA...>

....SEMPAT LAGI MAIN BLOG...???


salam sejahtera utk semua...





  • sy tidak pernah mengabaikan tugas/amanah yang diberikan kepada sy..
  • sy tidak pernah tidak datang sekolah semata-mata utk berblog..
  • sy tidak pernah menyusahkan hidup anda dengan blog sy..
  • sy tidak pernah menggunakan 'masa' anda utk menulis entry..
  • sy tidak pernah mengganggugugat tugas/amanah yang diberikan kepada anda dengan blog ini..
  • sy tidak pernah menggunakan masa kerja sy utk berblog..
  • sy tidak pernah menggunakan laptop 'oren' utk update blog..sy menggunakan harta benda sy yg sy beli dengan duit sendiri yang sy usung ke sana sini utk berblog..juga utk TUGAS SEKOLAH...sy tidak mendapat kemudahan laptop sekolah seperti org lain walaupun sy memegang satu tugas/amanah sekolah yang sepatutnya BERHAK mendapat laptop oren itu..
  • sy tidak paham mengapa anda yang dikatakan TIDAK MINAT berblog dan cukup sebuk..tetap menjadi pembaca setia..mengunjungi dan punya masa utk belek blog sy..
  • sy tidak pernah MC/CUTI REHAT atau CUTI KHAS sepanjang sy bergelar guru..bukan untuk bermegah..tetapi untuk makluman anda kerana tidak senangnya anda bila sy punya ms utk berblog..

sy tidak pernah menilai anda..malah tidak langsung mencampuri urusan/tugas anda..kenapa hal/perkara peribadi yg sy buat tanpa mengganggugat anda dan tugas sy..anda perlu risau..?

sy masih berada di sekolah jam 5 6 petang, sy ke sekolah pada hari Sabtu dan Ahad, malah cuti sekali pun.. untuk menyiapkan tugas/amanah yang diberi..anda..? ..hanya anda yang tahu..sy takkan pertikaikannya..

namun yang paling utama...
sy mendapat restu suami sy..tiada halangan..malah suami sy yang beriya-iya snap gambar sana sini utk sy muatkan dlm blog.. kami sama-sama ada Blog, ada Multiply, ada Facebook...kami berniaga melalui internet, kami sama-sama jumpa blogger-blogger yang rasanya lagi ikhlas daripada anda yang secara tiba-tiba membuat sy hairan kerana merasa susah hati melihat sy berblog di sini. ini adalah kehidupan/hak peribadi sy yang anda langsung TIDAK LAYAK untuk masuk campur..

sabtu semalam sy ke sekolah...sehari suntuk bersama teman mengadap data di ofis...hari ini ahad..sy ke sekolah lagi dari pagi...dengan bantuan rakan-rakan yg 'punya hati'...kembali ke rumah jam 5.30 petang, suami sy sudah pun berada di rumah, mengecat rumah...dimana anda pada hari ini dan semalam...?
pernah sy pertikai kan anda selama ini...?

malang sekali kerana anda seorang individu yang cukup sy senangi dulu, kini baru sy tahu rentak dan irama yang anda ikuti untuk melangkah. juga malang sekali...sebaris ayat keluar dari bibir sy..suami sy dah boleh mengagak siapa insan yang sy maksudkan..


untuk anda..

jagalah diri dan keluarga anda sebaiknya..
usahlah pening memikirkan kehidupan orang lain..
jalankanlah tugas yang diamanah pada anda dengan penuh komited..
cubalah menghormati privacy orang lain..
berhati-hati melangkah..langkah pertama anda berjaya...langkah kedua mgkin tersadung jika tidak tersungkur..


jauh di sudut hati...sy bersyukur kerana mengenali anda..

umpama sms yang sy terima dari seorang sahabat..

hati kita umpama kaca, jangan biar ia retak..
akal kita umpama air, jangan biar ia kering..
iman kita umpama debu, jangan biar ia terbang..
Jiwa yang tenang dan Hati yang redha adalah 2 sayap untuk terbang menuju kejayaan..


terima kasih kepada dua insan ini..yg sanggup bersusah payah menawarkan diri membantu segala tugas dan amanah..berada bersama sy di saat sy susah dan senang..memberi kata semangat dan perangsang..
alhamdulillah kesukaran dalam amanah yang diberi terlerai jam 3 petang tadi..setelah sama-sama memerah otak mencari jalan penyelesaian..





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~

utk Su..
selamat ulang tahun ...6 July 2009...
terima kasih atas segala pertolongan ..
terima kasih kerana memahami..
i tetap kagumi u walau apa jua cerita yang timbul..
tkasih di atas segalanya..





..dimana saja anda berada...anda dan sy menatap bulan yang sama..
moga semakin diberi kekuatan, perlindungan hari ini, esok dan selamanya..