Hati-hati yang berdetik..

26 Jun 2008

hati yang berdetik..

ku buka lembaran semalam
ku serak awan menghitam
ku hirup udara nan nyaman
rupanya disitu pernah ku anyam angan

ku lewati denai semalam
ku tepis kenangan yang kelam
ku hidu wangian selepas hujan
rupanya disitu ku semai rinduan

meniti indahnya warna pelangi
terasa hati dibawa pergi
bila mentari menyusur awan
terang cahaya pelangi pun hilang

andai mampu ku miliki semalam
kan ku siram jernihnya kasih
biar tenang hati mu yang rawan
lena beradu dalam pelukan

namun kini tiada bererti
rajukku panjang tiada bertepi
diam mu jua cukup ku fahami
bahawa aku bukan lagi dihati..
..kan ku bawa jauh rindu ini..

Tiada ulasan: