hujan yang membasahi bumi penang sejak akhir2 ini seakan membawa rahmat kepada saya. langkah saya tidak lagi panjang apabila loceng akhir sekolah berbunyi. kedinginan yang menggamit membuatkan saya cepat2 mahu pulang ke rumah. lagipun dengan suasana yang lembab dan basah, bukankah agak susah untuk melangkah ke shopping konpleks, agak sukar untuk menyusur dari satu ke satu kedai sepanjang chowrasta dan kemudian melangkah pula ke Prangin Mall. tambahan pula pandangan saya agak kabur bila memandu dalam hujan2 begini, seboleh mungkin akan saya elak untuk memakai cermin mata. oleh itu jimatlah minyak kereta saya....jimatlah segala yang patut dijimatkan. rahmat betul hujan yang menyirami pohon dan menghapuskan debu jalanan ini..
hujan juga boleh membuatkan hati menjadi sejuk dan damai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan