Hati-hati yang berdetik..

9 Jul 2008

mentari dan bulan..

rentak kemilau mentari
kian suram membelah merah di langit
bertatih berputar sejak azali
kerana itulah hukum yang begitu ditaati
merangkak sirna lembayung
mengerling manja sebelum berlabuh
dalam hati masih ingin menyuluh
alam melata agar tetap bercahaya

dengan sisa kudrat yang ada
sang bulan perlahan menjelmakan diri
kerana memang itu aturan alam
bersilih ganti tanpa pernah cemburu bertandang


..keazaman itu perlu..

Tiada ulasan: