Hati-hati yang berdetik..

16 Ogo 2008

cuti bermula...

ini sy dapat dr emel...
bagaimana ya kalau lesen kita pun begini. yang nampak hanya bentuk kepala, rupa mata hidung orang tu langsung kita tak tahu. maknanya sesapa leh bawa lesen ni dgn hanya berpakaian seperti dalam gambar. bagaimana kalau orang tu menyamar...tapi yang pasti tentu ada rasional dan cara mereka utk mengesan penipuan dari berlaku, kalau tak takkan dibenarkan gambar tanpa rupa dilekatkan pada lesen kan.
lain tempat lain cara..begitu juga kita..lain orang lain hatinya..

tiba2 rasa sayu syahdu pepagi...cuti sekolah dah bermula...maka sy pun akan bercuti. cuti dari ngadap laptop...cuti dari penang tempat sy mencari rezeki, tempat bermanja, tempat bergurau senda, tempat jatuh bangun, suka dan duka sebuah kehidupan. mengutip pengalaman pedih dan manis berselang seli banyak beri semangat, kekuatan mental dan fizikal.
destinasi kali ini Kuala Lumpur...sb abg kata nak tengok MAHA di serdang. abg juga nak ke n9(rumah sewa pertama kami..dekat MPRM) dan katanya lagi...sy kan nak naik eye on malaysia(jakunnya..sy lum naik walau dah makan tahun bende tu terpacak disitu).
sy mengikut ke mana saja sebab sy tahu abg yang sentiasa sibuk cuba penuhi masa luang sedaya mungkin setiap kali ada ruang waktu yang mengizinkan. namun abg pilih KL kerana abg juga tahu matlamat sy..seperti biasa...hiksss...hbag n kasut...dan busana muslimah....
so esok tengahari selepas menghadiri kenduri rumah di rumah pengarah, sy akan ke KL dan seterusnya balik ke kelantan. abg akan balik awal ke penang kerana snorkeling n segala aktiviti sedang menunggu di pulau payar 22hb tu tapi sy akan di kampung sehingga habis cuti skolah. maknanya seminggu lah sy rehatkan laptop n pc di rumah. dan pastinya sy pun boleh rehat sama melerai rindu pada keluarga di kampung dan sahabat yang sudah lama tidak bertemu. sesekali diri perlu dimanja bukan...
Bayangan kerinduan
Ku usap ubun-ubun kasih
Dari redup sinar mata manja
Menyisir ikal yang makin panjang
Menghitung guguran.. pada bayangan
Tertib sila bersimpuh

Berselindung di sudut kedamaian
Pada yang memuja.. pada dirinya
Tanpa ucap yang tenang
Seakan jauh melambai derita
Pergi yang menyentuh emosi
Datang yang menggamit memori
Bukan.. bukan kehendak nurani

Menolak kelembutan.. sutera idaman
Namun di sana masih merah mentari menanti
Biar ku kejar malam yang sepi
Mencari diri yang hilang pegangan
Ingin ku pimpin.. ku bawa pulang
Kerana bila tiba siang..

Sekelip, mata ku buka
Dirinya sudah menghilang
Dalam terang yang panjang..

9 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

selamat bercuti,bersantai kat kg cikgu
nnt upload la ya apa brg yg diborong kat kl dan kelate tu..:)

Tanpa Nama berkata...

kak kam...
oraitt..

cendawanintim berkata...

Wahhhhh, 2 minggu kan..lama gak tuh...mesti terisi waktu..

Selamat bercuti, jaga diri baik2 yer....muahhhhss

Tanpa Nama berkata...

yuni..
ni la time memanje n mengade2 kn diri ngn suami..hikss

Nurmala Mazlan berkata...

jangan kata akak. Saya yg kat KL ni pun tak naik2 lagi i on malaysia tu. Saya la lagi jakun kan??hehehe

Tanpa Nama berkata...

nurmala..
ehehhe ye ke..
nnti akak amik gamba leh la eksen2 tunjuk kat mala ekk..hehe

cikgooden berkata...

cuti-cuti ni terlompat lompat la keja aku. sekali lompat...terlompat pulak umah nih...Kemas! nice..

salam ziarah

*kami Guru Malaysia...

azza_irah berkata...

cikgooden..
lumpat bebaik cikgu..jgn smpai terduduk..hehee..

Adry berkata...

Salam ziarah... kalau boring boring .. tengokla olimpik.. hehehe :)