Hati-hati yang berdetik..

23 Sep 2008

hati seorang ibu..

meluang masa walau hanya seketika cukup memberi erti yang mendalam pada sy. sebagai cucu sulung dan anak saudara sulung, sy sememangnya amat rapat dengan paksu. terbayang saat2 sy menangis apabila paksu berkahwin dulu. petang2 sy lah yang dibonceng dengan motor merah round kampung, tapi sejak berkahwin, orang lain di atas motor belakang paksu. kecik ati sy. sy anggap paksu dah melupakan sy. sy rasa sy tak lagi disayangi oleh paksu. sy merajuk. paksu balik kerja sy lari ke umah sepupu. sy taknak lagi bercakap ngn paksu kerana dia dah ada org lain. bukan lagi sy yang selalu menjadi tempat dia memanggung kepala malam2 sewaktu menonton tv. sedih sgt2 masa tu...
bila dah memasuki sekolah menengah, sy mula memahami erti perkahwinan. rupanya walaupun ada orang lain disisi paksu, sy tak pernah dilupakan. dia lah pembakar semangat sewaktu sy belajar di utara. masih segar di ingatan, sy menaiki bas waktu maghrib ke alor star semata2 utk bertemu paksu n maksu kerana sy dalam keadaan keliru. sy perlu membuat satu pilihan..
paksu lah tempat sy mengadu. tempat sy meluah dan meminta pandangan. sikap terbuka dan boleh berbicara bagai seorang teman membuatkan sy begitu selesa meluah apa saja yang terbuku di hati.
dan kunjungan sy kali ini juga membawa sesuatu yang terbuku di hati. alhamdulillah, setelah segalanya terluah, hati sy kembali tenang. sy tidak lagi risau walaupun badan sy tidak sehat. namun cerita maksu tentang kerisauan hatinya tentang anak daranya yang seorang itu tersentuh hati sy. menitis airmata maksu menceritakan kepayahan yang dilalui oleh Hidayah anak sulungnya yang kini belajar untuk persediaan ke Australia di Subang. setiap hari Hidayah diasak dengan pertanyaan yang meruntun jiwa seorang ibu.
kenapa hidayah memakai tudung..sedangkan kawan yang lain tidak..
kenapa hidayah sembahyang..sedangkan kawan yang lain tidak..
kenapa hidayah berpuasa..sedangkan kawan yang lain tidak..
kenapa orang islam tidak boleh makan khinzir..
apakah keupayaan seorang Hidayah yang baru beberapa bulan berusia 18 tahun utk menepis segala hinaan dan sendaan oleh rakan2 sekuliahnya. mampukan minda seorang Hidayah mentafsir segala maksud pertanyaan dan menjawab tanpa menyinggung hati mana2 pihak. pelbagai bangsa dari pelbagai negara, hanya 4 orang melayu..2 lelaki dan 2 perempuan..hanya dia yang bertudung..hanya dia yang mengingati waktu sembahyang. malam2 menaiki bas seorang diri untuk menunaikan solat terawikh..kerisauan maksu memang berasas...ingat lagi kata2 maksu di meja makan...
jika disini Hidayah diasak dengan pelbagai pertanyaan begitu, bagaimana jika dia di Australia nnti seorang diri. sekurang2 nya disini kita ada ..
di malaysia yang majoriti adalah Melayu dan beragama Islam, tetapi Hidayah disoal seolah2 Islam dan Melayu itu begitu asing bg mereka.
sy memahami hati maksu..hati seorang ibu yang risaukan anak perempuannya. Hidayah pelajar yang cerdik. usianya baru 18 tahun. dia lompat kelas sewaktu darjah 5. dia mengambil peperiksaan SPM sewaktu berusia 16 tahun dan memasuki kolej persediaan ke Australia dalam bidang guaman di usia 17 tahun. setahun di kolej, Hidayah hanya boleh mengeluarkan wang dari bank sebanyak RM200 sahaja sehari kerana tidak cukup umur. bayangkan kerisauan maksu. hati seorang ibu. baginya Hidayah masih lagi anak kecil. masih lagi perlu bantuan dan belaiannya kerana umur Hidayah belum lagi buat dia mampu berfikir secara mendalam dan kritis untuk menepis dugaan sebegini hebat apabila ada yang mempersoalkan agamanya. setiap kali diajukan pertanyaan oleh rakan2 berlainan bangsa di kolej, Hidayah akan menelefon maksu bertanyakan cara utk menjawabnya. sepatutnya di usia begini, di kala dia bersemangat utk mengejar cita2..dia diberi ruang dan peluang yang cukup luas tanpa gangguan. namun sebelum melangkah dia telah diuji.
sy terkedu. seolah tiada kata bila melihat mata maksu bergenang air jernih. hatinya tidak tenang sejak hidayah mula menjejakkan kaki ke kolej itu. dia hanya mampu berdoa, moga anak perempuannya dilindungi. moga anak perempuannya sentiasa dalam rahmat Tuhan. hati seorang ibu yang didepan mata pun anak perempuannya diuji...apatah lagi melepaskannya merantau seorang diri di bumi yang asing.
doa sy..
moga hidayah diberi kekuatan dalaman yang cukup kuat.
moga Hidayah diberi hati yang cukup tabah dan kental.
moga hidayah tetap teguh dalam iman dan takwa.
moga paksu dan maksu diberi ketenangan sepanjang Hidayah tiada disisi.
kerana mereka sememangnya bertuah memiliki anak seperti Nasruna Anhar...
Nasruna Anhar...kak long doakan Hidayah berjaya mengejar impian utk menjadi seorang peguam..

24 ulasan:

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) berkata...

jasa ibu takkan terbalas...
sayang kat mak..nasib baik mak ada lagi..tak tau camne hidup tanpa mak...

azza_irah berkata...

rinna..
betul tu..
jasa ibu bak air mengalir..
sejuk dan dingin sepanjang zaman..

Cikgooden berkata...

kecil kecil di timang ibu. Bila besar di timang laki. Bila tua ditimang cucu...adat la kan!..

azza_irah berkata...

cikgooden..
isteri tak larat nak timang laki..hehe

Rashid berkata...

azza, itu satu dugaan dariNya buat seorang anak, ibu dan ayah.

Moga hidayah tu kuat iman dan kental jiwa agamanya. Moga doa ibu dan ayah menjadi penawar dalam melindungi hidayah dari sebarang gangguan kepada diri dan imannya.

Sesungguhnya doa ibu kepada anaknya satu kekuatan yang tiada tandingannya. InsyaAllah dia akan selamat.

Tirana berkata...

Lind.. masa kak tirana belajar di Adelaide dulu, memang ada yang bertanya tentang pemakaian tudung dan agama tapi mereka yang bertanya hanya sekadar nak tahu bukan untuk mempermainkan agama kita. Masa tu diorang cukup respect pada muslim tapi sekarang ni tak tahu la disebabkan tragedi 11 september itu mungkin tanggapan diorang dah berbeza agaknya.

Kak Tirana masuk high school kat sana yang kena pakai uniform (skirt n kemeja) tapi merayu kat principle supaya benarkan pakai long skirt dan kemeja serta bertudung. Walaupun banyak juga soal jawab tapi dia izinkan akhirnya.

Bila masuk Uni..rasanya tak ada masalah tentang pakaian sebab bebas pakai apa saja...tapi memang la kalau keluar ke town, memang akan ada yang bertanya "Why are you wearing like this? Are you a nun?" Soalan yang biasa ditanya.

Di kalangan kawan-kawan orang asing pulak, memang diorang akan tanya detail pasal agama kita.

InsyaAllah.. Hidayah akan mampu menghadapinya sebagaimana kak tirana dulu. Kak tirana pun sampai di sana dalam usia yang muda..belasan tahun gitu..hehehe. Kalau kuat foundation..insyaAllah tak hanyut. Selalu yang hanyut bila sampai di sana, foundation agama tak kuat.

JULIE berkata...

mengulas kata2 kak tirana: @pp personally became a better muslimah when I started living abroad..Kalau dok malaysia hampeh... x hengat dunia.

kat sana laa.. lagi ingat mak bapak, agama dan bangsa..yang penting foundation...

iina berkata...

azza..

setiap insan akan mencipta pengalaman mereka sendiri.. dan ini adalah antara pengalaman yang akan tercipta pabila meningkat dewasa.. insyallah.. doa seorang ibu.. dan nasihat seorang kakak.. insyallah

Suzi berkata...

salam azaa...
itulah hati seorg ibu sentiasa risau mengenai anaknya...
Alhamdulillah rasanya kat Austrlia ni takde masalah tentang penerimaam masyarakat kat sini mengenai islam.
Pengalaman saya kat Adelaide ni...dia org menerima Islam dgn baik. Malah antara kita bebas mengamal agama kita. Masjid pun dah makin byk.
Hubungan antara sesama islam kat sini alhamdulillah baik dan rapat terutama antara masyarakat m'sia...
InsyaAllah ...kita doa byk2...semoga Allah memelihara kita semua...

kin hashim berkata...

kerisauan seorg ibu yg berasas, tp, insya Allah, suasana sekrg kat oversea tak macam dulu...sekrg dah ramai org islam kat mana2...kadang2 bila di tengok2 penerimaan tehadap org islam tu lebih baik drp kita kat tempat kita sendiri..tp, yalah...mgkin tgk tmpt jugak la kan.... ingatkan hidayah, bila sampai sana nanti, cari kawan2 yg sealiran... selain drp kawan2 yg sedia ada.. at least kita ada kekuatna sampingan, bila sedikit tesasar, ada org boleh mengingatkan..

Unknown berkata...

ikutkan dekat mana sekalipun ada cabaran & dugaan. harap2 hidayah dpt harungi kehidupan dkt australia tuh dgn tabah...

hertiny berkata...

sALAM AZZA.
YANG PENTING KITA DOAKKAN HIDAYAH KUAT DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN DI SANA.

Unknown berkata...

saya kesana - perth - di kala umur 25 tahun.saya tahu apa yang akan berlaku disana kalau hidayah tak kuat..tolong mak su & pak su. hidayah kena di fahamkan tentang PERCAYA dan KEPERCAYAAN. Kita muslim bukan asasnya BUDAYA.Untuk hari2 esok dan seterusnya : tidak akan ada lagi persoalan kenapa dan mengapa ! Cabaran sana berbeza - terlalu berbeza sementalahan lagi bila hiddayah mula mempertikaikan kenapa dan mengapa.....kuatkan dia.

Akak berkata...

Salam Azza...

Kasih ibu hingga keakhir hayatnya..

Semuga Hidayah kuat & tabah menghadapi dugaan & cabaran hidup diperantauan..

naz ilyn berkata...

Salam bertandang..

Selagi kita berpegang pada tali Allah..InsyaAllah segalanya dapat di tampuhi.

Yanmie berkata...

sama-samalah kita doakan agar adik hidayah dapat menjalani kehidupan yang sempurna selama berada disana. kat mana2 pun cabaran dan dugaan tu tetap ada, selagi kita tahu membawa diri dan berpegang pada ajarannya, insyallah semuanya selamat.

Mak Su berkata...

maksu pun takut gaks

Tanpa Nama berkata...

terbaca kisah ni...
terharu rasa... kuat cubaan yg hidayah hadapi..

semoga hidayah diberi ketabahan dan keimanan teguh spjg berada di sana... bangga dan gembira rasa bila ada anak Islam yg bijak dan berjaya

insyallah... Hidayah akan berjaya mengharungi dugaan ini.. berlindunglah pada Allah

azza_irah berkata...

terima kaseh utk sume..
moga hidayah kan terus mendapat hidayah dari Maha Esa..

kita yang memandang terasa berat..apatah lagi hati seoarng ibu..juga hati seorang Hidayah..perlu cukup kuat utk menghadapi semua ini..

kaklong berkata...

kak azza, ade sy ade sorng di sana, n sepupu sy pun di sana juga. tp alhamdulillah, sy tgk adik sy bila ke sana makin bagus agamanya, katanya ada usrah dan sbgnya.
jgn risau kak azza, pd sy dugaannya itu perlu utk buat hudayah kuat. dan pastinya hidayah akan dpt lebih bnyk sokongan bila di aust kelak, insyaAllah..:)

Ada Dalina berkata...

begitu hebat dugaan dr Allah utk hambanya yg lemah ini. Semoga Hidayah sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah selalu. Kuatkan iman yer hidayah...

Sufi Idany berkata...

salam akak....

ida doakan semoga hidayah (sama nama mcm ida) kuat dan kukuh pegangannya... kita sama2 doakan utk dia ek...
dia mungkin keliru dengan mcm2 asakkan persoalan yang mcm tu... kalu ida pun rasanya tak mampu nak jawab....

~~~~~
ida pernah cemburukan mak uda ida bila pak uda kawen.... b4 kawen... balik keja ida yg di cari.... kalu g mn2 selalu bwk ida.... tp bila dh kawen... ida selalu kena tinggal sbb time tu pak uda ada motor kapcai jer... lama2 faham apa hubungan mereka berdua.... mcm bodoh jer.... mmg bodoh pun time tu... hihihi....

~~~~~ sakit perut laa kak...

cendawanintim berkata...

sangat berat hati tuk melepaskan anak menimba ilmu kalu begitu...

mohan petunjuk dari Allah Taala jua..

UnGu VioLet berkata...

akak.. ambik kad raya dr mar yer..