Hati-hati yang berdetik..

20 Ogo 2009

Ramadhan Ini..Sehingga Ke Hujung Nyawa..




..kasih Mak tidak memilih..adil dan saksama...

..sayang Mak tidak bertepi..luas dan dalam..

..kerinduan Mak tidak bermusim..sepanjang zaman..

..dambaan Mak bukan hanya kini..tetapi sehingga ke hujung nyawa..


Esok sy akan pulang ke kampung. Sebenarnya sudah beberapa minggu hati tidak tenang mengingatkan Mak dan Abah yang tidak sihat di Tanah Merah. Hati meronta-ronta ingin berada bersama2 mereka. Tambahan pula apabila mendengar cerita daripada adik, yang membuatkan sy terasa ingin terbang kembali ke pangkuan keluarga.


Apabila mendengar suara Mak sayup di corong telefon, hati disayat pilu. Kekangan yang timbul disebabkan tugas dan tanggungjawab yang semakin tinggi seringkali membuatkan hasrat hati dipendamkan sementara. Sy tahu situasi begini bukan sahaja terjadi kepada sy, malah terjadi kepada kebanyakan teman sy. Kadangkala kita akur dalam keterpaksaan. Umpama kata bidalan, diluah mati mak, ditelan mati bapak.


Namun alhamdulillah, apabila lewat minggu lepas, adik maklumkan Mak dan Abah semakin sihat dan ‘sesuatu’ itu juga situasinya semakin tenang. Hati sedikit lega, hilang seketika rasa gelisah dan gementar walaupun tidak sepenuhnya. Insya Allah..esok sy akan pulang…untuk sama-sama bersahur dan berpuasa dengan Mak, Abah, Adik, anak buah dan family di Tanah Merah..


Sy pernah membebel pada seorang teman baik (beliau kata sy membelasahnya dengan kata2). Secara peribadi, sy tidak setuju dengan beliau. Sy menganggap beliau mementingkan kerjaya dan familynya berbanding dengan Ibu nya yang sudah uzur di kampung. Sy tahu beliau mempunyai alasan tersendiri yang cukup kukuh dan logik mengapa kepulangannya sering tertangguh. Memang Ibu akan memahami apa sahaja halangan dan tugas kita, namun bg sy, alasan itu sebenarnya membuktikan sikap kita..


Entahlah, apabila menyebut tentang Ibu, kampung halaman dan kealpaan kita sy menjadi begitu sensitif dan rasanya semua orang akan bersikap begitu. Kerana kita tidakkan tahu…mungkin ini Ramadhan terakhir mereka bersama kita…atau mungkin Ramadhan terakhir kita bersama mereka…ajal maut di tangan Tuhan. Yang pastinya…sy tidak mahu beliau menyesal…


Kasih ibubapa tiada galang ganti. Jika dulu mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak, terasa begitu kerdil dan berdosa diri ini apabila kita menangguhkan untuk kembali menemui mereka semata2 kerana tuntutan tugas dan amanah yang kita pikul kini.


Hidup kita hanya sementara…bahagiakan lah hati mereka selagi mereka masih ada..

Pandanglah ke mata cengkung Mak..pasti kan dapat kita selam kerinduan mendalam yang tak terluah..genggam lah jemari tua Mak..pasti kita dapat rasakan kehangatan kasih sayang yang sentiasa membara…dakaplah tubuh tua Mak…pasti keresahan dan kerisauan hati kita kan lenyap dibuai rasa syahdu...




..semoga Ramadhan kali ini memberi penginsafan kepada kita..



..Azza dan anda..

..moga dengan merenung mata Mak..

menggenggam erat jemari tua itu..

mendengar segala kisah2 hati...

sy dan anda akan lebih menghargai setiap saat yang berlalu...


18 ulasan:

Yanmie berkata...

salam kak azza,

pekabar? slmt berpuasa yea. seronoknyer bsk nk balik kg berpuasa ngan keluarga.

moga slmt pergi dan balik yea. dan yan doakan agar kedua ibubapak akak sihat selalu...amin...

faizura miraei berkata...

salam perkenalan & salam ramadhan..:-)

IMANSHAH berkata...

Salam..hurm sayapun dah lama tak balik jenguk mak ayah..ni pun kat Melaka..insyaAllah raya ni balik la

ASH berkata...

Ezza,
Selamat pulang ke kampung dan semoga dengan memandang wajah ayahanda dan bondamu maka akan berlimpah pahala...

love
kak Hida
bbbangi

azza_irah berkata...

yanmie..
tkasih utk doa..
mg yan n family juga sehat2 hendaknya..

faizura..
salam kenal dan salam ramadhan..
tkasih singgah d sdtikhati..

imanshah..
jika punya waktu terluang..gunalah sebaiknya..
mereka tidak akan berkata YA atau TIDAK...tapi mereka sgt2 mendambakan kepulangan anak2..

azza_irah berkata...

kak hida..
tkasih banyak2..
ni sy on9 dari kg..
lusa dh nak balik penang..sayu dah mula terasa..

cendawanintim berkata...

hati2 dijalanraya..

jaga diri.

Myza Pesona berkata...

Selamat Bercuti Azza! Akak ada exam PTK esok! Kalau sempat nak juga balik! Betul kata Azza tu, dan akak dahpun melaluinya! Hargailah ibu dan bapa kita semasa mereka masih ada! Jika mereka dah tiada nanti, kita pasti akan merindui mereka!

iina berkata...

azza.. salam ramadhan dan selamat berpuasa ;)

eloklah balik kg bila hati sudah teragak.. sebab setakat masih dalam 1 negara tuh.. bila2 jek boleh balik kg.. klu dah merantau cam saya nie.. nak balik itu lagi byk kekangan.. klu dpt balik pun biasa xlama sebab byk benda lain yg penting utk diselesaikan ;)

ILA berkata...

Pasti dirimu sdang berdamping dgn bonda tersayang sambil mensajikan juadah b'buka;)
semoga tenang2 slalu di ramadhan ini..

salam syang dariku:)
muahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!:D

Unknown berkata...

assalamualaikum dan selamat berbuka untuk azza yang dirindui. di waktu ini seluruh umat Islam di kelantan sedang berbuka tapi kakchik dah berbuka awal sikit, hehe.
sedih pula bila baca tulisan azza ni. semoga selamat balik ke kampung dan dapat menjenguk ayah bonda.
lama kakchik tak jenguk azza, mohon azza maafkan salah silap kakchik sempena Ramadhan yang mulia ni.
kakchik doakan azza, suami dan keluarga mendapat banyak keberkatan di Ramadhan kali ni.

TE-ARE |MOND|™ berkata...

salam kak azza, sedih baca entri akak ni... anywy, slamat berpuasa ya... ;)

Maiyah berkata...

salam.. mmg wajib kita membahagiakan hati mereka, tak tahu lah camne bleh ade org yg tak peduli ngan makayah mereka

Juezura berkata...

Salam Ramadhan buat azza. Sedih baca entri azza ni. Kasih ibu tidak berpenghujung. Cuma kita yang perlu memahami mereka dan berkorbanlah demi ibu bapa kita selagi mereka masih ada.

NoRT..... berkata...

sy x kan respek org yg x respek hak ibunyer.... tahniah n kagum anda berusaha bahagiakan ibu anda...

@LiYaNNuaR ツ berkata...

syahdunya...

ONE ZABA berkata...

semoga semuanya diberkati dan mendapat rahmatNya.

BEiB berkata...

AZZA...
Mak adalah insan unggul yang tiada tandingannya.
Kata orang "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu".
Bebelan awak pada teman awak tu munasabah.
Tangguh dan alpa akan tanggungjawab terhadap Mak besar risiko dan padahnya. Semoga kita lebih prihatin dan peka dengan permintaan/harapan mak...
*Harap Mak dan Abah makin ok...
4 jam perjalanan sekali pejam jee..hehehe..