Hati-hati yang berdetik..

27 Nov 2009

Aidiladha Berirama : Zahirkan Harapan..

Salam aidiladha..



Hari Raya Korban yang jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dan istimewa dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Sesungguhnya pertemuan itu nostalgik dan memberi sejuta makna..

Menyambut Aidiladha bersama tersayang tentu sahaja sesuatu yang amat diharapkan.
Berusaha dan berdoa moga segalanya termakbul..supaya takbir yang bergema meninggalkan sesuatu yang indah dan bermakna dalam hidup kita. Mungkin kan berulang di tahun hadapan, mungkin jua hanya sekali ini, kita menatap dan memeluk erat insan yang kita sayang..
Alhamdulillah Aidiladha tahun ini sekali lagi sy berpeluang meraikannya bersama mereka, insan-insan yang sangat dekat dan intim di hati.

Mak yang sentiasa menjadi penenang jiwa..
Abah yang sentiasa meniup semangat..
Adik yang sentiasa menyokong kaklongnya..
Anak-anak buah yang menjadi penyeri hati..
Saudara mara yang sentiasa dekat di hati..
Teman-teman yang ceria mengusik mesra..



Walaupun hari raya ke 3 sudah terpaksa berkemas untuk bertolak balik ke Penang, namun hati terasa puas. ada sesuatu yang sukar digambar dengan perkataan dan terzahir oleh perbuatan. hati terasa tenang dan damai. seakan ada bayu yang bertiup lembut di hati menyatakan sy lah insan bertuah kerana dapat merasai 'suasana itu'.
hanya sy..milik sy..tidak berkongsi dengan sesiapa...

sy rindu..
benar-benar rindukan kedamaian dan ketenangan suasana itu..harmonis dan selesa..




..menganyam rindu bersulam sendu
terpaut erat merungkai di kalbu
bertali selisih mustahil bertemu
doa dipanjat di akhirat bersatu..



..pemergian kadangkala perlu..
..menguji hati mengukur rindu..


12 ulasan:

Brahim Nyior berkata...

Salam,

Moga ibadah kurban diterima di sisi Allah.

Banyak hikmah tersembunyi. Saya dan ipar duai pun dapat bekerjasama membantu bapa saudara dalam ibadah kurban tempoh hari.

Salam.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

kak ader buat ibdaha korban yer?

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

ASH berkata...

Itu masak KERUTUK ke tu?
wah..tengok daging segar ngan rempah pun dah excited..
mesti yummmyyyyy..

ezza...
halusnya penulisan..meresap masuk jiwa

Maiyah berkata...

saat2 yg mmg sentiasa jadi terindah

bersama kuarga mesti gamat suasana

azza_irah berkata...

cikgu din..
memang byk himah yang kadang kita tak terjangka.
saat2 begini lah patut kita hargai keran datangnya mungkin hanya sekali..

azza_irah berkata...

putra al-maliki..
salam kenal dari akak..
tkasih kerana singgah dan jadi follower blog akak.
insya allah akan buat kunjung balas dan mengikuti entry putra nnti..

azza_irah berkata...

kak hidaaa...
itu gulai darat kak....
lepas lapah lembu korban tu..kami terus masak utk makan ramai2 sapa2 yang korban disitu..
itu tradisi di kelantan..

daging baru sb tu nampak segar..isi nya manis..

menulis mengikut hati dan gerak jari..

azza_irah berkata...

maiyah..
itu saat yang sangat berharga kan..
sebab itu lah kita mesti manfaatkan setiap saat yang terluang..

Unknown berkata...

ekhemm.... tuan rumah dah bagi izin masuk eii... ingatkan dah meluat dgn kita... huhuhu

err.... mana gambar ko berkubang main banjir

azza_irah berkata...

shifu..
air dalam gelas jekk...dlm umah takde...hahaa,..
jum phukettt...kap kapppp..

μάγά berkata...

ah..
ketupat palas...
rindu nya...



lama x jumpa..



mana ye nak cari di selatan tanah air?
rasa - rasa dah 5 tahun berlalu ..
tapi rindu rasa ketupat palas masih tak terubat...

μάγά berkata...

ah..
ketupat palas...
rindu nya...



lama x jumpa..



mana ye nak cari di selatan tanah air?
rasa - rasa dah 5 tahun berlalu ..
tapi rindu rasa ketupat palas masih tak terubat...