Hati-hati yang berdetik..

17 Jan 2010

Kuala Sepetang : Kayuhan Santai..Impian Bersamamu..

Salam..



Aku terpaku memandangmu

Merasai tenang sapaanmu..

hangat sentuhanmu..

yang selama ini menjadi mainan tidurku


sungguh bagai dalam anganku

indah tanahmu menggamit rasa

nyaman udara mengusik kalbu

lembut sapaan meruntun jiwa


dingin subuh mengundang sendu

kicau unggas terasa merdu

mudik perahu nostalgia dahulu

kocak air irama bertamu


aku hadir bagai mimpi

pada mu yang ku damba ku ingini

tak sekali bersua namun rindu bertali

seolah kita sama menjalin memori





Sy tidak pernah tahu tentang nya.

Sy tidak pernah bertemu atau sampai apatah lagi menyentuhnya.

Tidak pernah ada orang bercerita pada sy tentang ketenangan dan kedamaiannya, atau tentang kemesraan dan hangat sapaannya.

Semuanya datang sendiri bertamu di hati.


Namanya terasa cukup dekat.

Terbayang2 di mata dan minda sy.

Terasa sangat terbuai jiwa asal saja sy menyebut atau terdengar orang bercerita mengenainya.

Terasa damai dan tenang menyelinap di jiwa.

Terasa sy akrab dan erat dengannya.

Terasa ia menyimpan sesuatu yang harus sy ketahui.

Ada sesuatu yang harus sy dalami.


Entah mengapa sedari kecil sy hati sy begitu terpaut…

seakan jatuh cinta tanpa pernah bersua..

Seperti di alam maya..langsung tidak pernah bertemu tetapi menanggung rindu yang maha sarat..




Pernah sy suarakan kepada abg dan beberapa orang teman tentang hasrat hati sy,

tetapi kekangan dan masa tidak membolehkan niat di hati sy terlunas.

Kerinduan untuk sampai kepadanya ada sy masukkan dalam entry terdahulu disini.


Ada sesuatu yang sy sendiri tidak tahu sebabnya, menggamit usik jiwa sy utk hadir kepadanya.

Ada sesuatu yang sukar sy rungkai mengusik rasa seolah2 memanggil sy untuk mengunjunginya..







Nota Kaki :

Alhamdulillah..

2 jan 2010..akhirnya pertama kali sy jejakkan kaki ke ke tanah indah itu..Kuala Sepetang.

Entah mengapa nama Kuala Sepetang dan Tanjung Piandang sgt dekat di hati sy sedari dulu.

Impian sedari di bangku sekolah lagi, ingin jejakkan kaki ke sini.

Sapaan seorang teman(kawan abg) di facebook mengajak ‘kayuh’ (istilah kami) pada 2 jan 2010, sy sambut seadanya sahaja. Tapi bila disebut kayuh ke Kuala Sepetang, sy menjadi teruja.

Ajakannya sy panjangkan pada abg yang masih belum mengetahui apa2. Sekadar berbincang ala kadar, keputusan tidak diambil kerana kami masing-masing mempunyai komitmen dan terikat pada tugas.

Namun mungkin kerana rezeki sy, balik dari bercuti dari Cameron pada 1 Jan 2010…2hb kami bersiap menjadi backup mengikut kayuhan Tn Bazli n geng..


..akhirnya hasrat tercapai..

..namun masih ada lagi yang tersimpan rapi sebagai impian..

insya Allah jika dengan izinNya..




..indah rupanya terasa ingin lagi ku sentuh..


9 ulasan:

hazeleyed lady berkata...

Salam Sis Azza
Bravo!
the route is so close by my place...
kalau tahu kak hazel tunggu awak tepi jalan...hahaha!
Seronok kan ...dapat peluang beriadah macam tu.
Have a nice Sunday.

Cikgu Nort berkata...

ermmm......alangkah puas...alangkah sebak...alangkah kagum lg bersyukur... berjaya menggapai impian sejak azali

Maiyah berkata...

salam kak.. lama x bersiaran.. wah sepetang yg damai

Unknown berkata...

Assalamualaikum azza.
Terasa sungguh rindu kat azza, datang membaca tulisan azza kali ini diiringi lagu winter sonata tu terasa diri turut sama merasai keindahan Kuala Sepetang. Kakchik pernah sampai di situ, makan mee udang. Seronoknya berekreasi di tempat yang mendamaikan begitu.
Lama tak menyapa, apa khabar azza sekarang ni?

ONE ZABA berkata...

tak pekena mi udang ke kat sana....rugi la kalau tak!!!

Unknown berkata...

sib baik dah tak kena block...

ehhh mengelat eiiii... org kayuh basikal..... ko naik keta

BEiB berkata...

Salam...
Ada kala hasrat tercapai,
ada kala niat tergapai,
ada juga impian tak sampai..
Allah juga yang Maha Mengetahui..
Doa dan tawakkal.

ummu berkata...

Salam sis Aza
syukurlah sis dah open balik blog sis

rindu itu kadang bertahun
untuk disambut
dan saling bertaut

bila rindu telah bertaut
pasti sukar melupakan
dan kan terus bersemi
harum mewangi
selagi dibajai dan disirami

mamaaffiq berkata...

Salam azza...dah lama tak tinggalkan jejak disini..kuala sepetang n tanjung piandang..nama y unik n mendamaikan...