Hati-hati yang berdetik..

24 Ogo 2011

: Nostalgia Kad Raya..




As Salam dan Salam Sejahtera...



PON! PON!
Saya dan adik-adik berlari ke pagar rumah. Yes, abang posmen dah sampai. Hati resah. Ada ke tidak kad raya untuk aku hari ini. Ahh...rupanya rumah jiran sebelah motor abang posmen itu berhenti. Sedikit kecewa. Dia lupakan saya kah..

Itu dulu. 10 20 tahun dulu. Zaman semakin berubah. Sedikit demi sedikit cara dan kaedah dulu2 kita tinggal kan. Saya dan juga anda pastinya, ternanti-nanti abang posmen datang. Seronok bertanding dengan adik beradik dan teman-teman sepermainan siapa yang dapat kad yang paling banyak. Jika kad itu ada muzik lagu raya, itu adalah bonus. Boleh lah berbangga pada teman-teman di sekolah esoknya yang hanya menerima kad raya biasa.

Lain pula situasi di sekolah. Kad raya yang diterima tidak perlu melalui abang posmen bermotor. Boleh saja diri sendiri atau kawan-kawan yang dipercayai untuk menjalankan tugas menghantar kad raya. Stem pun jimat.

Masuk saja ke kelas tercari-cari di dalam meja dengan hati yang berdebar-debar. Mesti ada terselit kad yang diletak oleh seseorang atau SA (secret admire). Tandatangan pastinya ~saya yang minat awk~ , ~SA~, ~Perindu Sepi~ ...itu pengalaman indah saya zaman sekolah dahulu. Tidur malam terjaga-jaga pasti menggagau kad raya di bawah bantal...berkali-kali dibaca ayat-ayatnya sehingga hafal dibibir...hikss..

Dimana awak saat ini agaknya my SA..
moga awak baik-baik saja.
Terima kasih kerana selalu buat saya tersenyum termalu-malu di sekolah dahulu.


Zaman universiti, lain pula kisahnya. Zaman remaja bercinta. Kad raya..HARUS...ehehe.. Berusaha dengan gigih pulak tu untuk menyediakan kad raya sendiri. Taknak yang beli. Konon-kononnya, untuk menyatakan betapa sanggup ku lakukan apa saja untukmu sayang...ekekek..

Dan saya pernah menerima kad raya sebesar kad manila, hasil kreatif kekasih saya waktu itu (1996). Tertera gambar kami berdua di depan (scan), sekeliling kad dicucuh dengan api ubat nyamuk lingkar(efek klasik..ekekk) dan didalamnya ditintakan kata-kata indah nan syahdu...aduhaii..
Dan beliau memang sentiasa kreatif menghasilkan kad raya yang unik saban tahun sepanjang kami menjadi kekasih di USM.

Terima kasih sayang...
Kad itu berada di kampung(akan saya uploadkan gambarnya nnti). Saya masih simpan sehingga kini kerana ia adalah puncak zaman bercinta yang penuh dengan keindahan dan keterujaan. Dan ia adalah tanda kasih sayang kekasih saya sepanjang zaman...terima kasih duhai kekasih hati..

Kini semua itu sudah menjadi nostalgia. Hanya beberapa orang saja jika boleh dibilang masih meneruskan lagi tradisi lama berkad raya. Masing-masing lebih senang dengan cara elektronik yang canggih. Melalui laman-laman sosial di FB, Twitter juga sekali tekan sms di hp...tag kepada berpuluh-puluh orang. Nampak mudah dan cepat namun kurang berbekas di hati ini. Hati tetap merindui zaman-zaman kad raya yang bergantungan di ruang tamu dihias indah di hari raya.

Namun sehingga kini usia saya mencecah 35 tahun, kekasih saya masih meneruskan tradisi kami dahulu. Saban tahun saya masih menerima kad raya daripada beliau. Terima kasih sekali lagi sayang, kerana telah membuktikan cintamu dengan bergelar SUAMI padaku sehingga ke hari ini...:)) 11 tahun usia perkahwinan, saya masih menerima kad raya daripada beliau dan kami masih meneruskan tradisi indah ini. Alhamdulillah.

~~~~~~~~~
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang teman FB kerana mengirimkan kad ini. Saya tidak pernah berjumpa beliau, tetapi kemesraan dan ketulusan persahabatan maya menjadikan kami rapat dan boleh berkongsi cerita. Terima kasih Kak Imah untuk kad raya ini..mmuahhh...sayang selalu. InsyaAllah, Azza doakan satu hari nanti kita akna bersua jua.




.
..
...
....
.....
......
.......
......
.....
....
...
..
.




Ini saya dan anak murid saya.
Anak istimewa ini hatinya telus.
Maka, saya dan dia doakan awak baik-baik saja..
Moga anak bulan Syawal yang bakal muncul nanti menghilangkan terus bayang saya dari minda awak..







..namun doa saya tidak pernah putus..







15 ulasan:

ASMAH ANIZAN berkata...

so sweet..

azza_irah berkata...

Asmah Anizan..

terima kasih yang.
sesuatu itu indah jika kita hargai..:)

kayrol berkata...

aku kah itu, kekasih hatimu...

azza_irah berkata...

kayrol..

eh ehhhh...si baju biru..
jum soping...ekekek...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

cikgu
jinggo kembali menulis...
blog oren dah berlalu...
ha...
jom jengok jinggo pink.

Unknown berkata...

assalamualaikum azza..
beebrapa hati ini tak singgah ke blog kamu, namun rindu menyerpa...

moga kamu sihat2 sahaja yer.

alhamdullilah. setiap tahun ayu pasti menerima kad raya dr rakan maya atau rakan nyata..

so sweet kan kenangan lama?

Yunus Badawi berkata...

tak sabar nak tengok kad raya sebesar manila kad dari kekasih irah tu.

Yunus Badawi berkata...

Dari zaman sekolah lagi dah ramai SA? Gadis cun lah katakan hehehe

azza_irah berkata...

jinggo..

Tahniah kerana kembali menulis.
InsyaAllah sy akan jenguk nnti ya,..

azza_irah berkata...

Citarasa Rinduan..

kenangan lama tetap segar dan indah dalam diri..hidup sepanjang zaman selagi hayat dikandung badan...:)

Terima kasih CR kerana sudi jenguk2 azza..

azza_irah berkata...

Yunus Badawi..

ehekss...sabar ye ...nnti Irah amik kat kampung...ekekek...dushhhh...

azza_irah berkata...

Yunus Badawi lagi...

ehhehe...SA stand 4 Saya Awak...hehee..

awk bukan SA sy kann...lalalaaa..

AzmaMurni Aziz berkata...

Kenangan dulu memang indah dan apabila kenangan tu sesekali terimbau.. ah, alangkah manisnya. mampu membuat senyum yang tak lekang di bibir sepanjang hari.. :)

Nur berkata...

Salam Aidilfitri buat Kak Azza sekeluarga.. Lama tak dengar berita dari akak.. Moga akak sihat sentiasa..