Hati-hati yang berdetik..

27 Jun 2008

dia istimewa..

sejak mula mendekati mereka..hati ni bagai tersenyum2. walaupun kadang2 perit jugak tekak ni menjerit tapi hati tetap tenang. melihat telatah mereka yang manja dan suka dibelai, hati yang marah segera jadi sejuk. lupa seketika apa2 yang terbeban di fikiran. setiap hari ada saja yang menangis, ada yang cakap tak berhenti, ada yang moody smpai ke balik, ada yang panjat turun meja tak kenal erti penat...tapi inilah sebenarnya terapi yang aku dapat bila di sekolah. sebab tu sejak kebelakangan ini aku makin lambat balik ke umah selepas skolah. tak ada apa yang boleh ku buat..bila seorang diri mula la fikiran menerawang pk bukan2. jadi kan lebih baik aku kat skolah dari melayan hati yang masih tercalar ni..


berbalik pada anak2 istimewa ni...aku nak postkan gambar wei kang kat sini..
wei kang yang gebu n menggeramkan hati ku...eeii...rasa nya dalam satu ari pipi wei kang tak pernah tak merah. sume guru termasuk aku tak boleh kalau tak cubit pp nya...geramm..


dia lah penyeri, dialah terapi utk kami di kelas khas. pernah ayah dia apply cuti seminggu sb nak g johor...sunyinya hidup tanpa wei kang. walaupun berlainan agama dan bangsa..tapi dia tetap sama di sisi Tuhan...dia tetap punya perasaan seperti kanak2 normal yang lain..apatah lagi dia kanak2 istimewa yang suci dan bersih dari hasad dengki di dunia ini. ternyata selama bersama mereka..hatiku sentiasa tersenyum bila tercuit dengan keletah anak2 istimewa ini...




..dah lama hati ni tidak tersenyum..

Tiada ulasan: