Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label kasut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasut. Papar semua catatan

18 Jan 2009

24 tahun bergelar sahabat..

Kegembiraan dan keriangan yang memang sy jangka. Sy sayangkan dia. sangat2 sayang seperti saudara sendiri. sy mengenali dia 24 tahun lalu(1985) di SK Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu (darjah 3). namun sejak tingkatan 4, 18 tahun lalu dia mula berkongsi segala suka duka, keriangan, ketenangan, tangis dan airmata sy selama ini.

Masih segar dalam ingatan bila sy menangis di suatu pagi di kelas 4T2 SM Teknik Terengganu pada tahun 1992 kerana meja sy diconteng dengan pelbagai kata2 kesat, dia datang memeluk sy dari belakang dan menangis bersama. Sy hairan mengapa dia menangis tetapi masa tu tak sempat nak tanya sebab hati sy tengah geram sangat2 memikirkan siapa yang menulis kata2 kesat di meja sy(perkara itu menjadi kes serius sehingga dibawa ke pengetahuan HEM dan malam tu kami pelajar asrama tiada prep kerana mendengar tazkirah tergempar mengenai hati yg hasad dari PK HEM Cikgu Mohamed). dan dia di sebelah sy menggenggam erat tangan sy sehingga selesai tazkirah..
Dan hari ini....sy menerima jemputan makan malam oleh dia..seorang sahabat sempena 13 januari hari lahir sy. Dia janji nak masak istimewa utk sy. Namun oleh kerana tuntutan kerja, terpaksa bertukar plan, dia beli saja. so..nasi ayam, buah tembikai, air oren, rojak buah, kerepek dan popia.


Selesai makan..ehekss…kenyang..abih la diet sy di hujung minggu ini.


Ada kek rupanya. Cheese cake…tertulis..Happy Birthday za Sayang..
Tkasih sangat2. macam tahu2 je yang sy lum dapat kek utk hari lahir kali ini.

gambar2 di bawah mencerminkan segalanya tentang persahabatan sy dan dia. Sukar untuk diungkap dengan kata2 sebenarnya. Dia cukup istimewa di hati sy..dari dulu, kini dan sampai bila2..biarlah hanya gambar bercerita tentang seribu satu perasaan kami..

terima kasih utk mu teman..Syidah...


dan sebelum sy ke rumah beliau..sy singgah dulu di Megamall Pacific..ehemm..
bukan niat di hati...

kasut hitam yang ada macam dah tak kilat kan.....ehekss...

12 Jan 2009

mana satu pilihan hati..

petang ahad di Jusco..
yang mana satu ya...

merah sembonia yang sangat2 comei. malangnya bertali besi emas, membuatkan sy berfikir dua kali bila abg kata kena sentiasa ayu2 bila menggunakannya. tapi sangat comei kan.

putih(kiri atas) CR..macam tak sesuai..hitam berkilat(kiri bawah) adalah CR.. yg sy berkenan minggu lepas. nampak elegan sebenarnya, boleh dipakai ke sekolah dengan baju kurung atau bersantai dengan jeans. kanan(sembonia) yang sgt2 cantik. antara pilihan hati..

yg di tangan sy tu memang sangat2 berkenan. tapi harganya..alahai..sy suka tukar2 hbag, rasa macam sayang duit pulak. kalau orang yg pakai hbag yg sama sampai bertahun baru ditukar, sy rasa sesuai sangat beli hbag mahal dengan harga sebegini...sb anda memang akan puas hati walaupun harganya mahal.. berkualiti..

2 jam lebih belek sana sini...tak jumpa yang berkenan...jum ke butik CR..

antara dua..hitam ..dua2 cantik..



merah, silver atau grey..merah tu sangat cantik..tapi sy dah ada..iskkk..

*

*

*

*

*

penattt...jum balik...

setelah hampir 4 jam..akhirnya sy buat pilihan..

yang mana satu....?..

tunggu esok...hehee..

29 Nov 2008

kasutku... kasutku jua..

salam pagi..
sebenarnya dah lama sy berhutang dengan seorang jejaka ni..dari terengganu merantau ke ibukota. dan arini alhamdulillah..satu hutang boleh dilangsaikan sebelum sy meneruskan membayar hutang2 lain dengan gigih. tag oleh jejaka ini ialah kasut kegemaran sy...

uikss..cakap bab kasut...sy leh habiskan masa berjam di pasaraya semata2 utk membelek kasut yang sy suka. dan tentunya abg penah bersila bersama2 dengan para suami yg lain di Sogo semata2 menunggu hati sy puas sebelum membeli my red one..(ada entry utk kasut2 sy..bukan satu tapi banyak..hikss)

dan di bawah ini adalah sebahagian kasut kegemaran sy(ada lagi 3 4 pasang dlm keta..lupa nak snap..)...bukan 1 yg sy gemar tapi semua..sebab tu sy beli...beli mengikut kata hati...kerana minat setiap individu adalah berbeza..



yang paling kerap sy pakai bila keluar bersantai...tentunya yang ini..
gambar masa beli pun ada ..bukti...heheee..


kasut sy masih belum cukup koleksi warnanya..insyaallah dekat2 nak buka sekolah nanti sy nak tambah nak cukupkan warna pelangi..hehe..boleh ke..?

tag anyone..

of course..kali ni takde simpati..5 sahabat yang baik dan cukup memahami sy..

sy ada 'janji' dengan 3 antara mereka berlima...yg kami akan tag tugasan yg mencabar saja..bukan lagi soalan berjela2 hingga menenggelamkan entry sendiri..

mereka ialah..

~cikgu beib~

~cikgu rashid~

~ ddy~

~cikgooden~

~dearie alia dijamina~

utk cikgu beib...walaupun anda tak online selama 10 hari ni kerana sedang berbakti di Sawahlunto..sy tetap nak tag anda..sy nantikan cerita2 hebat tentang anak2 Sawahlunto...

utk cikgu oden..sy tahu anda takkan jwb tag ni..tmbh2 sebuk nk tanda paper n sgala bagai sebelum g ke sinun...paham sesangat...

tapi sy tetap nak masukkan jugak nama anda berdua...sebab kat atas tuh tulis..sahabat baik..

sile jawab dengan tekun..

2 Ogo 2008

gotong royong...

part 1...

sengeh sebelum g skolah...



part ii..

sabtu lagi dan lagi dan lagi di skolah....








tadi dah sapu tau...ni posing time..hiksss




part iii...
pacific...ngn kak nor..
abg kat pusat sukan air ajar kayak...plan asal sy ke pulau slps gotong royong sb nak g tgk dragonboat tapi abg kata dia tak bawa suar spare...so terpaksa tunda ahad lah...sb sy nak tgk jugak dragonboat tu...
sy call abg di pusat sukan air yg sy akan ke pacific...dan...haaaaa...nape abg bg sy pegi...kannnn...

kak nor mencuba sandal putih yg aku berkenan...

sy berjaya pengaruhi kak nor...hiksss..

dan...

hikssss...

kalah lagi dan lagi...

moga2 abg tidak baca blog ini dalam masa seminggu ni...

sy sampai ke rumah terus masukkan ke dalam tong sampah apa2 yg tak berkaitan...dan bila abg balik sy sedang asyik membaca novel...terus dia ajak sy ke summit utk menonton wayang...walaupun kaki ini lenguh yg amat sebab berjalan sakan ngn kak nor sy tetap senyum sebab abg lum jmpa kasut yg sy letakkan di bilik baju...sy pasti yg abg takkan perasan kehadiran kasut itu di rak kasut nnti tetapi abg pasti akan tahu melalui blog ini...hehee...

minggu depan ya bang...sebab isnin ni abg ke pangkor...maknanya seminggu lagi lah baru abg akan perasan kasut baru sy..dan yg pastinya isnin ini sy ke sekolah serba hijau...hiksss...

psttt ...
sy ingt janji sy...
for sure akhir tahun ni takkan ada mslh psl plan kita ngn cikgu mail n kak milah...
abg pls kuarantin sy...
sy takleh kontrol diri sb sale giler2 skrg ni...hikssss...