Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis. Papar semua catatan

17 Jan 2009

bubur asyura di hari sabtu..

bubur asyura..
sekadar berkongsi sifat dan sikap kerjasama yang sy rasa cukup bagus yang terpupuk di hati setiap individu yang terlibat. walaupun ada segelintir yang agak suka memencilkan dan tidak mahu membabitkan diri namun majlis tetap meriah dengan segala usikan, gurauan dan gelak tawa..tanpa kira anda cikgu besar atau cikgi kecik..sama2 bersila di tikar menikmati pulut pagi dan ikan kering bersulamkan neskepi O. nostalgia bukan..terkenang zaman skolah rendah dulu sewaktu di Terengganu. segar dalam ingatan menggamit mimpi silam..

mengapa ya...hati seringkali digambarkan berwarna merah...adakah kerana ia mudah marak seolah api membara...atau seringkali mudah luka sehingga berdarah..darah itu merah bukan..

buat pemegang antenna (yang kini berada di PRK KT, kalau2 lah dia terbaca entry ini)....anda sgt rugi kerana tiada di majlis ini kerana bubur asyura kami amat sedap...org kacau smpai last tauuu....dan anda pasti tak mahu melepaskan peluang melihat Su yang....opppsss...!!..hanya kami-kami sj yang tahu...hikss...

2 Jan 2009

selesai tugasan pertama sesi 2009..

2 jan 2009..
Hari Suaikenal dan Pendaftaran bagi Prasekolah dan Murid Tahun 1 sesi 2209..
alhamdulillah..bermula jam 8 pagi akhirnya selesai semuanya jam 11 pagi. berakhir sudah satu majlis juga tugas pertama yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah pada sy dan kak syidah. sesampai di rumah, sy menerima sms dari pemegang antenna..
..terima kasih kerana menjayakan majlis td..
begitulah beliau, juga begitulah yang selalu diamalkan oleh warga sekolah sy dan sy percaya juga diamalkan oleh guru-guru Malaysia khususnya. budaya berterima kasih kerana sokongan, bantuan, dan kehadiran bertugas untuk sama2 menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan. walaupun datang bertugas kerana itu amanah yang diberikan kepada kita, namun ucapan terima kasih dari teman sejawat yang mengepalai program membuatkan suasana kerja menjadi bertambah mesra dan harmoni. nilai sebegini membuatkan kita tidak berkira untuk saling membantu di lain-lain program. satu permulaan yang cukup baik sy kira untuk kembali ke sekolah pada 5hb Jan nanti.

bermula dengan ucapan PK Hem, PK Ko dan PK Pendidikan Khas..(GB sedang menunaikan umrah)

ibu bapa tekun mendengar taklimat yang disampaikan...

anak2 begitu teruja berlari kesana sini dengan baju dan kasut baru. membuatkan sy terimbau saat pertama menjejakkan kaki ke sekolah di hantar abah di SK Sri Kampung Tengah, Kluang, Johor pada 1983. dua zaman yang jauh berbeza..anak2 ini tidak lagi malu2 dan takut untuk berbicara ..tidak seperti zaman sy dulu yang pasti ada yang menangis, menyorok belakang ibu dan ayah..terasa lucu bila dikenang namun tetap manis mengusik hati..(rindunya sy saat2 di Kluang..)

sy dan kak syidah yang bertugas..

buat sendiri...guru2 kelas mengemas, membasuh papan hitam, meja dan pintu..

kak ina bertemankan anaknya membasuh papan hitam dan meja..dan kak hanim seorang diri membasuh pintu makmal dengan baldi dan kain buruk. bermulanya tugas sebenar seorang guru..



balik dari sekolah, cal kawan minta ditemankan ke tailor di Machang Bubuk. so 3 pasang kain ela dibawa..satu dibuat kebaya dan 2 kurung pahang..akak tailor kata hujung bulan siap. 2 pasang lagi kain yang sy jahit dengan isteri kwn abg sebulan yang lalu dah siap, cm belum diambil lagi. masih ada 3 pasang kain yang belum berjahit di rumah, masih pikir nak hantar ke tailor mana. sy agak cerewet kerana sebelum ini hanya mak yang jahit semua baju kurung atau kebaya sy. dah serasi dengan jahitan mak, tetapi memandangkan mak pun banyak tempahan, terpaksa lah sy mencari tailor lain...harap2 jahitan mereka selesa di tubuh sy nanti.

berbalik pada Butik Noriah..banyak betul baju2 yang menarik perhatian sy. tak sempat nak snap gambar tadi. kalau tak disebabkan dah nyatakan hasrat hati pada abg ajak beliau ke Parit Buntar esok, pasti sy dah beli sepasang kebaya maroon..harganya memang berpatutan.
iskk..balik umah masih teringat..sangat cantik kebaya itu.....


cikgu-cikgi...jum ke Parit Buntar esok ..kita shoping baju sekolah..hehee..

30 Nov 2008

sedetik hati di hujung minggu...

perbualan telefon..

A: irah...keta kak tak hidup...mati kat bandar Perda smlm...
sy: laaa..pastuh camna..
A: nak ajak irah teman g amik..dh cal pomen suh mai..
sy: nak siap2 terus ke..
A: irah rasa camna..nak siap terus ke..panas2 kita g jmpa pomen pakai kebaya..?
sy: ermm..ok je sy..kul 11 sy amik kak..

sy bersiap..
janji kebaya..
sy pakai kebaya hijau..jubah sebenarnya yg berpotongan kebaya..dua lapis..sarung dari luar.. gambar kebaya itu ada dalam entry sy terdahulu.
amik kak A di umah...kuar dia dari pagar umah...tengok2...


kurung merah...
alahai...sy sorang duk ayu2 tengah2 parking kereta yang panas terik tu berkebaya...
siap bertekak dengan pomen melayu tu..
ermm..napa bangsa kita terlalu berkira dengan bangsa sendiri..

hampir dua jam...
selesai..
bertolak ke tempat kenduri..
Lembah Impiana, Kulim..



selesai makan...sembang2 ngn kawan sekolah..sebulan cuti macam2 cerita..
kak A masih disana membantu majlis...sy balik drive sorang diri...dalam hujan lebat..



on laptop..nampak laling online..

s..: laling..
s..: dengo nih
s..: baca
s..: jgn gelak
sg..: tadi kan..
s..: kita smpai2
s..: masuk dlm dewan
s..: baru nak duduk
s..: rasa mcm sakit kat peha blakang kita
s..: kita debor dah
s..: kita pegang tmpat sakit
s..: terpegang mnde
s..: kita agak
s..: kl tak ulat ..semut
s..: serangga
s..: kita penyek2 ngn tangan
s..: pastuh2 kebas2 kain
s..: jatuh
s..: semut kita rasa
s..: tp penyek dok napok bntuk
s..: besor
s..: sepanjang makan n smpi sekrang
s..: denyut
s..: besor bengkak
s..: kat peha blakang
s..: masa nak balik..
s..: kita cari kunci keta
s..: takde
s..: g kat meja
s..: takde
s..: nasib baik dlm beg ada satu lagi kunci spare
s..: nasib baik kita bawa hbag yg ada knci spare
s..: kita malas tggu cari
s..: kita balik
s..: kl jmpa knci tu
s..: jumpa lah
s..: kl tak..
s..: biar lah
s..: sekian
s..: mekaseh..
laling..: (icon pusing2 pala)
laling..: teruk ke laling..g klinik la




makin membengkak dan pedih..denyut2..
sy nak berehat..

jika ditekuni..ianya satu pembelajaran..
satu rentetan kisah kita sehari-hari...tak lepas dari pelbagai perkara yang tak diduga..
moga abg dah selamat sampai ke puncak Yong Belar..

bermalam di puncak utk malam ini..
moga tiada halangan sukar dengan musim hujan sekarang..

9 Nov 2008

amandari malay cuisine..

sabtu yang indah..
meting akhir tahun dari jam 8 pagi hingga rapat jam 12 tengahri. selesai meting..bergegas ke sebuah restoran di Autocity, Juru untuk menghadiri jamuan akhir tahun skolah sy. alhamdulillah..kini satu lagi majlis dah selesai..


sy malas nak bangun bergerak untk amik gamba..penat masih terasa..jd sume gamba hanya setempat..iaitu di meja dan kerusi sy..muka pun muka sama je..muka penat..hehee..senyuman tawar..




ucapan dari Pentadbir..














cenderahati dari Badan Kebajikan Guru..


senyuman sy nmpak hambar semuanya..
macam tak menjadi..
teruk betul kesan psikologi dlm diri ini..

psstt...kak nor...
ada org puji kaknor kiutt...org yg giginya berlapis bila senyum nampak manis..ceria..

selesai..
ahad boleh rehat..santai2 di rumah..
sementara tggu esok yg pasti akan kembali seperi minggu2 lalu..

penat untuk mereka..

alhamdulillah..
selesai sudah satu program yang memeningkan kepala sy untuk membuat persiapan. hari kanak-kanak peringkat sekolah. di wajah masing2 tergambar senyuman kegirangan...di bibir guru pula terukir senyum tanda puas walau terpaksa bersinsing lengan dan berpeluh sakan semata2 utk menyediakan segala keperluan agar tampak sempurna pada hari langsung.
lega hati sy seketika...

Persembahan Pendidikan Khas...chicken dance..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Graduasi Prasekolah


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Persembahan Tarian Inang Renek oleh Kelab Tarian sekolah

jurulatih tarian skolah..











~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gotong-royong masak utk semua guru dan murid..



orang2 kuat kalau masaki kat skolah..pemasang antenna sebagai ketua..hiksss..


usai sudah satu majlis..
menanti bbrpa lagi majlis dan perkara penting yg perlu diselesaikan sblm cuti sekolah bermula..
denyut di kepala dah makin kurang..minta2 rs selesa utk kembali ke lapangan menyambung tugas yg belum selesai..