Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan

27 Jan 2010

Hanya Insan Biasa..Leka..


Salam..



..zieytt..: :(
saya..: bakpe ni
..zieytt..: mu je dok wish aku
saya..: aikkk
saya..: waaaaaaaaa
saya..: soryyy
saya..: aku bz giler lupa
saya..: sory
saya..: hepy bday jie..
..zieytt..: dr smlm aku tunggu
..zieytt..: ho mekasih
..zieytt..: aku dok dpt gaji lagi
saya..: moga panjang umur, murah rezki, diberkati dilindungi..diberi kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan..
..zieytt..: dokleh pos present mu
saya..: sungguh aku syg mu..
saya..: biar pun jarang2 dok chat ngn mu leni
..zieytt..: tunggu gaji deh
saya..: ho dakpe
..zieytt..: ho mekasih
..zieytt..: aku pun sayang mu



sy rasa bersalah.
Zieta ialah seorang sahabat maya yang menjadi sahabat akrab sy yang dekat di hati sejak bertahun dulu. sy mengenali beliau di salah satu chatroom sejak 2004, dan sehingga ke detik ini kami tidak pernah bersua muka. namun itu tidak membataskan ikatan terjalin erat seperti saudara sendiri.
beliaulah sahabat rapat yang sy kongsi segala cerita suka duka.
tiap kali hari lahir sy, beliau tak pernah lupa menghantar pesanan sms mahupun mengucapkannya di alam maya.

sy tahu beliau terkilan kerana tiada ucapan dari sy.
bukan sengaja melupakan tetapi tuntutan tugas seharian buat sy alpa dan leka. sedikit tekanan dari pihak atasan 2 3 hari ini buat perasaan sy tidak tenteram, masa yang ada hanya digunakan untuk menyiapkan kerja yang diamanahkan. sy tidak sedar sy telah membuatkan hati beliau rasa terabai..

begitu lah kadangkala kita, bernama insan..
bila seseorang itu dah dekat dan akrab, kita akan mudah terasa jika berlaku sedikit kesilapan dan kekhilafan. kita akan mudah jauh hati andai terasa diri tersisih dan tidak dihargai terutamanya pada hari-hari istimewa kita seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan mahupun pertemuan. kadangkala kita sedar, kesilapan dan kekhilafan itu berlaku tidak disengajakan, dan kadangkala kita amat faham tujuan dan kewajaran mengapa kesilapan itu berlaku. namun selagi kita bernama manusia, selagi itulah kadangkala hati dan emosi lebih menguasai. terasa diri terabai dan tersisih..

begitu juga kadangkala kita, masih bernama insan..
akibat terlalu leka dengan kerja atau sesuatu di depan mata, kita lupa pada yang terlindung dan jauh. selalu kita memikirkan perkara atau sesuatu yang sedang kita hadapi/lakukan sekarang lebih wajar, kita dahulu dan utamakan tanpa memikirkan kesannya pada yang jauh di mata.
memang kita, malah sy, langsung tidak berniat untuk membuat sahabat sy sedih dan hiba. tetapi kita tidak sedar kadangkala sikap/tindakan dan perbuatan yang kita fikirkan wajar @simple itu mampu mengusik hati orang yang rapat dengan kita...

mungkin inilah silap sy. walau wujud di hati, namun sy tidak nampak beliau di mata. jarak beratus batu jauhnya membuat sy terleka seketika dengan tugas yang tergalas di depan mata. alasan kerja mungkin wajar dari segi logik akal, tetapi dari segi emosi dan perasaan seorang sahabat yang akrab, ia lebih mengatasi sehingga menerbitkan rasa terkilan kerana kelekaan sy mengabaikan sesuatu seperti itu.
kadangkala terfikir, mungkin ke tindakan kita(mengutamakan kerja di depan mata) itu untuk membuktikan sesuatu..misalnya kita seorang yang sangat bertanggungjawab, setia dan amanah sehingga kita kadangkala mengabaikan perasaan orang yang rapat dengan kita..

ucapan sebegitu nampak seperti sgt simple.
sesetengah orang tidak mengendahkannya, namun bg segolongan pula ia sebagai satu lambang kasih sayang dan penghargaan..
memang silap sy disini.
dengan rendah diri sy pohon maaf..
maafkan sy..



..aku sayang mu sgt la jiee..mmuahss...



..sangat sukar untuk menduga hati orang lain..
..terkadang hati sendiri tidak tertelah..




..ada kalanya menghitung bintang di sunyi malam
lebih mudah dari menggenggam sebuah hati..




seperti status di FB..minggu yang sangat 'sakit'..


16 Okt 2009

Azza : Tiada Impian Indah..



Secebis KASIH membuat kita SAYANG..
Seucap JANJI membuat kita PERCAYA..
Seguris LUKA membuat kita KECEWA..
tetapi satu ungkapan MAAF..
membuat kita LEGA dan terasa DIHARGAI..


..biarlah kita bersahabat biasa-biasa sahaja,
asalkan persahabatan kita kekal luar biasa..



..hati kita umpama kaca..jangan biar ia retak..



28 Ogo 2009

Dari jauh ku doakan...

27 Ogos 2009
Khamis..
9.30 malam..
alfatihah..
untuk arwah ayahmu..
moga beliau tenang dan damai di sana..
ditempatkan di kalangan orang2 solihin..

Sabda Rasulullah SAW :

” Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah segala amalan nya kecuali 3 perkara : yaitu, Shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya, dan anak laki-laki yang sholeh yang akan selalau mendo’akanya.”



untukmu yang pernah bergelar Sahabat/Teman/Kakak....

I pray to ALLAH grant U a MIND free from Worry..
a HEART free from SADNESS..

a SOUL free from SIN..

and a BODY free from SICKNESS..

tabahkan hati..kuatkan semangat..



..dari jauh ku doakan dirimu sentiasa dalam peliharaanNya..

ikhlas....
~irah&khairul..~


..memory indah yangpernah terlakar abadi..
hanya aku dan dirimu yang tahu..
mengulangi semuanya amat mustahil..
biar saja tersemat utuh disanubari..sehingga ke akhir nyawa..


23 Nov 2008

Bestest Follower dari Mar-UnguViolet..

Mar atau adik Ungu Violet hadiahkan sy award Bestest Follower kerana menjadi follower blog beliau. cantik amat...warna ungu..mengingatkan sy pada sesuatu yg juga berwarna ungu..hehee..

ini pula syarat2 dari Cik Empunya Award..



(1) Pastikan award ini di tampal di kawasan rumah anda.. Tak kira, kanan atau kiri, atas mahupun bawah.. Janji lekat di dinding yer!!
(2) Berikan 5 sebab musabab mengapa, kenapa, limaza, why.. anda memilih blog ini sebagai blog ikutan anda.. Lebih kurang, apa yang membuatkan anda jatuh hati pada blog ini... cheewah.. Pastikan 5 tau!! Di larang sama sekali kurang, lebih takper..
(3) Please let me know when you've done it!!

k...5 sebab..
  • pengalamannya menyambung pengajian merantau seorang diri disana terlalu berharga..
  • senyumannya yang manis dan mesra memikat hati sy
  • pertama kali masuk ke umah Mar hati sy dah jatuh...kerana penuh dengan warna2 yang menceriakan..
  • umah Mar antara yang sy ikuti sebelum sy memiliki umah sendiri..
  • sy nak terus dekat di hatinya..

rasa nak lelap..

mata, minda, hati, badan penat..

22 Nov 2008

kek keladi di IPTB...

tengahari semalam shoutmix sy dikejutkan dengan satu msg dari seorang blogger dari bayan lepas..

cikgumalahttp://cikgumala.blogspot.comFri 21.Nov.2008 11:14 AM (GMT+8) :

Salam Azza.Skrg saya sdg sbg study kat IPTB BM.Cadangnya nak order kek keladi dari Azza.blh buat tak special utk kak Mala.Kalau boleh ini ctc no:013*******..akak nak mlm ini kalau blh..ok.


terkedu sebentar...jam di tangan menunjukkan pukul 11.45...kak mala nak kek malam tu jugak(semalam)...sy pulak tengah bersiap nak jumpa cek lala..keladi pun dah abih..camna nak buat...adesss...


akhirnya..setelah timbal balik dengan budi bicara.. melalui beberapa msg dan cal...

di IPKB pertemuan diatur...

kawan janji nak temankan sy ke sana...akhirnya jam 6 lebih petang td baru leh bertolak...
alhamdulillah...kek sudah beralih tangan...mata telah bertentang...pelukan erat masih terasa...kemesraan kak mala membuatkan sy pasti kami kan bertemu lagi..


layer kek yg dah siap..


keladi yg tengah mendidih..


layer yang sudah dibaluti keladi..


abaikan bersepah memenuhi meja..


tadaaaa....


berkotak pink...


senja yang indah menuju IPTB...


disini kak mala mengikuti kelas sehingga tamat pada 2011...


inilah kak mala...

pemilik blog tanya cikgu senior...


terima kasih atas pertemuan ini..

bersembang dengan kak mala seperti sudah lama kami kenal..tak sedar azan magrib dan berkumandang...jelas kemesraan dan watak seorang ibu pada beliau..rupanya mama ini aktif bersukan..Larian Jambatan Pulau Pinang, treking ke Bukit Jambul hampir setiap minggu...5 kali pusingan di PISA tak terasa...hebat kak...adehh...sy tak mampu..


moga kan ada pertemuan lagi...


kerana kita hanya dipisahkan dengan jambatan Pulau Pinang sejauh 13.5km sahaja...

sahabat selamanya..

teman dan sahabat sy di glasgow...
terima kasih...baru pasan ada kad utk azza..
ni kata2 iina dlm entrynya...



I also dedicate this lovely words to this special friend.. I know that you're facing mixed up feeling.. sadness in life and all the bitterness that you have to go thru just because you love your friends..

Be happy and always remember that (Quote from Dr Tuah in his book : Buat sampai jadi)

"Airmata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk pedih. Tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.






azza nak pinjam kata2 iina di Aku dan Glasgow..

Senyumlah selalu walaupun hati kita menangis.. tapi percayalah bila kita tersenyum, sedikit sebanyak senyuman itu pasti berbunga juga di hati..


sy nak panjangkan kad di atas ini utk teman2 yg semakin dekat di hati...
yg ada dlm blog list dekat di hati...yg ada dalam latest di hati..
sila amik ya...


***************************


kad di bawah ini ikhlas utk iina..
mg makin tabah dan kuat semangat di perantauan..
cekalkan hati sepanjang pengajian..
tenangkan hati bila rindukan mak dan kampung halaman..
insya allah moga yang baik2 saja utk iina..