hari yang amat sibuk. kelas boleh diibaratkan seperti ada majlis harijadi...riuh rendah. ketawa, menangis, berlari, melompat, masuk bawah meja..pelbagai gelagat..pelbagai gaya. hati terusik, bibir terukir senyum. benar2 mengimbas nostalgia zaman dulu2.
murid lama berlari riang sebaik saja memasuki kelas. masih ingat peraturan yang diikuti setahun yang lalu. buka kasut, simpan di rak, masuk ke kelas, letak beg di rak yang sudah tersedia nama masing2...berjalan ke arah guru dan bersalam. lantas berlari mencari teman yang dulu bergurau senda. sebulan lebih tidak berjumpa..pasti byk yang hendak dikongsi dengan bahasa mereka yang tersendiri..

rindu dengan aliff yang tak lepas dari kereta dan kapal terbangnya.
rindu dngan rui wen yang....cekgu sebukkkk...
rindu dengan wei kang yg semakin chubby pipinya..
rindu dengan ah fat yang tangis nya meruntun rasa..
rindu dengan gelagat husaini yang asyik duduk di pintu..
rindu dengan nazeha yang asyik..cekgu cekgu...iye iye...kertas...kertas...
namun berbeza sekali dengan murid baru. riak resah, malu dan gelisah di wajah jelas terpancar. memegang hujung baju ibu..memeluk ayah dari belakang. terpaksa didorong utk masuk ke kelas. bergenang air mata meminta belas simpati ibu ayah agar dibenar ikut pulang bersama. bukan sahaja ibu ayah, tetapi jua kakak, nenek dan bibik ikut sekali ke dalam kelas memujuk anak2 ini.
jenuh sebenarnya kami arini, memujuk setiap satu dari mereka. almaklum, anak2 istimewa. jika kanak2 normal mereka mudah faham arahan dengan isyarat bahasa yang kita gunakan, namun tidak bg anak2 ini. pendekatan utk mereka amat berbeza.
beberapa orang murid baru -
- Sin Yee (Sindrom Down dan ADHD) asyik berlari ke sana sini menggigit kotak pensel warna.
- Masitah (Sindrom Down) seharian duduk di pintu tak mahu masuk, bila dipujuk segera dia memandang kita dan meletakkan jarinya di mulut dan berbunyi ssyhh..(sy diminta diam..?)
- sorang lagi belum sempat sy hafal nama, amat suka dengan pintu. menangis tak henti bila bibiknya bawa masuk ke kelas, terjumpa pintu terus diam. bila ditutup pintu bilik air, terus menangis, pegang pintu kemas seolah taknak dilepaskan. seharian dari pagi dia asyik memegang pintu (mengingatkan sy pada cerita Ahmad Albab).

proses penyesuaian bagi mereka mgkin akan mengambil masa berbulan malah adayang bertahun. selepas itu mereka pasti akan berlari riang di kelas bermain bersama rakan2 ...mengusik, memeluk guru..duduk di ribaan apabila ingin bermanja...
sesekali masih terbayang pada 10 orang murid yang telah melangkah ke sekolah menengah...juga pada mariam(yg hafal surah yasin dan ayat2 lazim)..yg telah bertukar sekolah ke Klang.. moga mereka mendapat tempat yang istimewa di hati para guru disana..

..perkataan keramat cikgu..tetap kekal terpahat..
sedikit ralat dihati..
jangan biarkan diri anda dipandang rendah hanya kerana sikap sombong dan hati batu anda..anda tidak akan dihormati jika anda tidak tahu menghormati individu lain..
sedikit terkilan dari kami warga guru di pagi satu hari pertama..