sedari semalam tak ku lihat matahari
kini mega mendung kembali bersatu
hati seakan resah mendengar guruh di langit
mengundang gerimis bertamu di jiwa
angin yang berpupuk semakin kencang
menanti hujan turun membasah bumi
mungkin ini rahmat Ilahi
menyedarkan aku diri ini bukan sendiri
jika benar hujan satu petanda
panas juga kekadang menyakitkan
muhasabah diri memujuk hati
bahawa aku pasti bangun kembali
..pujuk hati memulih semangat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan