Petang yang indah...haruman rumput sesudah hujan terasa jauh di menusuk ke jiwa aku. balik dari sekolah mata mengantuk yang amat, tambahan bila dari semalam hujan tak berhenti turun. orang kata bercerita pada alam lebih mudah dimengerti berbanding berbicara sesama insan...betul ke...hehee...aku tak pasti. namun apa yang pasti...petang ni aku nak keluar ke laman menjenguk tunas2 bunga yang ku semai.
indah ciptaan Tuhan...melihat tunas yang masih muda dan lembut mengingatkan aku pada asal kejadian kita..mengingatkan aku pada mak...rindunya hati. cuti sekolah bulan 8 lambat lagi..terasa nak balik bercerita pada mak yang anak dia rindu teramattttt sekarang ni.
berbalik pada tunas yang ku semai...cepat lah kau membesar...aku tak sabar2 nak lihat ia mengeluarkan daun dan berbunga. sawi n kangkung di tepi rumah yang ditanam hubby pun dah agak besar. hehee..lepas ni aku tak perlu beli sayur lah. nak masak kutip je tepi rumah..mudah kan..berbudi pada tanah. aku tengah tunggu projek hubby nak tanam cili merah menggunakan sistem fertigasi. tak tahu bila nak mula. aritu beriya2 potpet pada aku tentang rancangannya. tapi dah beberapa bulan aku tengok rumput yang makin tinggi...cili ntah ke mana. sebuk dia mengalahkan menteri..minggu ni 4 hari di perlis ..bulan depan ke labuan. aku jugak kat umah sorang2.
semalam hubby cal bgtau mak dia jadi datang next week..hahaaaa....kita kena kemas umah banggg....sejak pindah ke umah ni pinggan ada 2 3 je kat luar...periuk kuali sume serba serbi hanya cukup utk aku berdua. nampaknya aku kena bertungkus lumus la mengelearkan sume barang dalam stor tu n kuarkan mana yang nak pakai...
alahai ...penatnya bila memikirkan nak kemas barang dalam stor. tu la akibatnya kalau sayang nak buang, sume benda aku nak simpan, sudah2 lambak dlm stor. sampai kan hubby kata aku ni macam muzium bergerak. sume benda aku angkut bila pindah..ehhh...ye ke awk...nasib sy tak angkut pakwe2 lama sy pindah skali..hehee...
ok....nak mandi...nak tgk cite cina lak....
lagu kat bawah ni takde kena mengena ngn semaian bunga atau cili merah...cuma aku suka lagu ni...terasa sesuatu...sesuatu??...aku je yg tahu...
seperti kata seorang teman tadi...
luka di hati masih ada..
parut masih di jiwa..
nanah masih memutih..
hati menangis dalam diam..
kerana dia pergi tanpa pesan..
Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu
Ku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu
Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapa
Pendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini
Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu
Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa
tetap bertahan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan