Hati-hati yang berdetik..

22 Jun 2008

Jangan Ada Benci..

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati


Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku


Jangan ada benci...tiba2 mata terpejam...akal jauh menerawang menimbang mana satu yang baik mana satu yang akan disesali. memang tiada benci kerana waras masih menguasai..cuma terkadang bahang kebencian ntah dari mana yang panas membakar dalam diam. mata terpejam lagi...hujan diluar belum reda mencurah bumi..


hujan dihati..

Tiada ulasan: