Hati-hati yang berdetik..

21 Jun 2008

malam minggu...

salam..

sebenarnya dari awal aku cuba mengelak dari menjadikan blog ini bersifat terlalu peribadi. tapi makin hari makin sukar. makin hari semakin ia bersifat peribadi aku rasa. aku sengaja tidak private kan blog ini kerana pada anggapan ku ia bersifat umum dan sesiapa saja boleh membacanya. aku dah punya blog peribadi sendiri, diari hatiku yang ku simpan kemas di sanubari ini...segala baik buruk aku, suka duka pedih dan gembira yang tidak mampu aku kongsi dengan sesiapa. tiap bait ayat yang ku titipkan disitu dengan sepenuh perasaan luhur dari hati ini. nampaknya jika aku tidak dapat mengawal jari ini dari menaip sesuatu yang peribadi disini, blog ini terpaksa juga aku privatekan. sebab bukan semua perkara dapat kita kongsi dengan orang lain dan bukan semua orang akan memahami apa yang kita rasa walau telah berkurun lama kita mengenali dia.
..masih bertahan..

Tiada ulasan: