Sabtu
Aku dan suami bangun seawal 5 pagi. Kami cuba untuk acces internet, tak berjaya. Aku pikir mungkin line tidak elok lantaran hujan yang turun tidak berhenti 4 5 hari ni. Rutin harian, aku keluar ke laman, menyidai kain dan menyiram bunga. Tetiba terpandangkan satu daun tingkap bilik yang terbuka luas. Hati berdetik, mengapa abg buka..sedangkan sebelum ni tak pernah sekalipun tingkap tu dibuka. Aku menutup kembali daun tingkap itu dan terus mengemas kasut2 aku yang bersepah di luar. Terpandang sarung parang abg di rak kasut. Hati berdetik lagi, mana parangnya. Mengapa abg begitu cuai meletak parang merata2 sesudah dia menebang pokok pisang di belakang rumah yang tumbuh tanpa diundang. Tapi aku biarkan saja persoalan di hati. Masuk ke rumah menyambung kerja2 lain sehingga lah tiba2 abg bersuara dari luar, kasutnya hilang. Pelik…kami mencari merata tempat diluar, bawah kereta, disisi rumah namun tetap tak ada. Hati aku resah. Macam ada yang tak kena, cuma aku tak suarakan pada abg. Terpaksa abg memakai kasut lain utk ke pejabat.
Menjelang tengahari, aku dapat sms dari cikgu R mengenai plan kami utk ke kenduri kak nor di balik pulau. Segera aku mengangkat telefon rumah untuk call razali..malangnya tidak terdapat sebarang talian yang aku boleh aku dengar. Baru lah aku fahami rupanya internet tak dpt aku acces kerana talian telefon tiada. Pelik juga. Segera aku sms bertanya abg, kut2 bil telefon tak dijelaskan yang menyebabkan talian dipotong. Abg kata semua dah dijelaskan. Ermm..aku minta abg masukkan kredit ke hp aku kerana aku perlu hubungi rakan2 utk ke kenduri itu.
Hampir jam 7 malam baru aku sampai ke rumah dari majlis kenduri. Ku angkat gagang telefon, masih tiada talian. Pelik betul. Setengah jam kemudian bila abg sampai ke rumah, aku on kan lampu luar disisi rumah. Tak menyala. Aku tanyakan abg, dia kata mungkin lambat sikit utk nyala. Betul agaknya, walaupun hati aku rasa tak sedap. Selesai makan malam, abg bersiap2 untuk kembali ke sana dan minta aku tidur dulu sb dia kata mungkin balik lewat sb malam ni ada aktiviti ‘Burung Hantu’. Aku yang dah maklum dengan segala kejenya, minta dia bawa kunci kerana aku takut terlelap kerana keletihan siang tadi. Aku terlelap awal malam tu, sedar2 jam 2 pagi abg mengetuk pintu rumah.
Ahad
Ahad..sepanjang hari hujan. Sepanjang hari juga aku membaca novel sementara abg masih lagi ngn budak2nya di sana. Seharian aku tak keluar dari rumah. Line telefon masih tidak ok, bermakna line internet juga tak ada. Bila abg balik lewat petang..dia terus ke tepi rumah manakala aku di dapur. Tiba2 abg masuk menyatakan sesuatu yang buatkan tanganku sejuk.
Cukup untuk menggetarkan hati aku. Patut aku berasa tidak sedap hati sejak akhir2 ni. Dan acapkali juga aku berpesan pada abg supaya balik awal. Tak tahu kenapa hati aku agak resah. Akhirnya, maghrib petang Ahad, segalanya terjawab. Rupanya ada cubaan memecah masuk ke rumahku. Astagfirullah..mengucap panjang aku bila melihat pagar belakang rumah dipotong dan satu lubang besar tercipta disitu. Gementar hati aku. Baru lah ku fahami kenapa banyak kejadian pelik yang terjadi dalam 2 hari ni.
Talian telefon dipotong, itu punca talian internet tak dapat disambung.
Kasut abg hilang
Daun tingkap bilik utama terbuka luas
Sarung tanpa parang di rak kasut
Lampu sisi di laman rumah tidak menyala
Dan kejadian 2 minggu lalu…apabila ada seseorang memberi salam di luar rumah, dimana aku dan abg nampak bayang dan dengar derap kasutnya..salam dijawab dan segera pintu dibuka…tapi tiada sesiapa diluar. Pelik memikirkan tapi persoalan ini terbiar begitu saja. Kejadian ini membingungkan kami tapi arini aku baru tersedar…mgkinkah ini cubaan utk mengetahui adakah kami ada dirumah atau tidak..
Maknanya cubaan itu dilakukan pada Jumaat malam Sabtu. Dan malam itu abg balik hampir jam 1 pagi…aku seorang diri malam itu sehingga jam 1. Dan kami sedari semua ini hanya pada maghrib petang Ahad! Betapa tak sensitifnya aku ..
Malam ni abg terpaksa lagi ke sana kerana program belum habis. Ingin saja aku larang dia pergi, namun aku tahu tugas lebih utama. Menitis airmata bila dia pergi..dalam hati cemas, macam2 datang dalam fikiran sebab baru petang tadi kami tahu tentang pagar rumah yang dipotong tu. Abg janji utk pulang awal. Rasa gementar belum hilang. Sejuk kaki tangan aku. Rumah yang baru 3 bulan ku duduki ini adalah paling hujung, di tepi adalah ladang kelapa sawit, di depan rumah kosong yang tak didiami, penuh dengan lalang yang tinggi, di sebelah pula dah hampir sebulan kosong kerana jiran tu berpindah. Resahnya hati Tuhan saja yang tahu.
Bila abg pergi, aku kunci pintu utama dan bawa masuk laptop dalam bilik. Ku kunci pintu bilik…tangan memegang hp..aku perlu bercakap dengan seseorang utk menghilangkan rasa takut dihati ni. Aku terus cal mak di kampong walaupun baru siang tadi aku menghubunginya. Kasih emak sedari sebesar tapak tangan cukup utk dia mengenali nada suara anaknya. Baru nak buka mulut utk bercerita, airmata yang keluar dulu…ermm..kasih emak sepanjang hayat…
Abg balik pukul 10 malam. Barulah hatiku tenang. Banyak langkah keselamatan yang perlu kami ambil nampaknya. Dengan kerja abg yang sentiasa menuntut dia meninggalkan rumah berhari2, buatkan hati aku hati aku tak tenteram. Yang paling hampir, abg akan ke Labuan hujung minggu ni. Benar2 meresahkan hati aku. Nampaknya aku kena ajak kawan sebagai teman bila abg tiada di rumah. Nama2 kawan yang masih single dan boleh diharap dah terbayang dalam kepala ni…aku harap segalanya berjalan lancar.
Mudah2an tiada apa2 yang tak diingini lagi berlaku..
Moga kami dilindungi..amin..
13 ulasan:
seramnya akak baca kisah azza tu
berhati2 la..manusia sekarang makin hilang kemanusiaannya..
kamsiah..
tu la kak..
susah hati sy skrg ni..
pk kan khamis ni..lagi la...
zaman sekarang macam2 kes berlaku.. kalau setakat nak mencuri, boleh diterima. Jangan sampai membunuh. Ngeri bila mengenangkan perkara2 mcm tu. Awak kena lebih berhati2. Mungkin ada yang memerhati. Saya doakan awak selamat. Elakkan duduk rumah seorang diri.
Salam Azza...
Uisshhh takutnya dengan kejadina mcm tu, Akak pun mcm Azza juga HB selalu outstation...
Time2 dia outstation anak2 semua berkampung kat blik akak, siap sendal pintu bilik dengan kerusi lagi.
Masalahnya bukab takut hantu tapi takut pada manusia yg tak berperikemanusian.
salam azza.. sedikit cara yg mungkin boleh membantu.. Insyaalah..
banyakkan berdoa pada-Nya agar dilindungi sentiasa.. dan kalau punya ruang dan waktu.. bacakan ayat kursi di tiap penjuru rumah (sekurang2ya 3 kali setiap penjuru) sambil mohonlah perlindungan dari-Nya.
.. hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas segalanya..
Ya Allah, takutnyer, pape leh jadi tau, awak jaga diri bebaik, jangan lupa henpon tuh, bateri n kredit penuh, pastuh, simpan no. tepon kecemasan...
Selagi asben tak balik jangan tido tau, pastuh, mintak tolong nebor awak jugak...kalu ada something jerit kuat2..simpan alat tuk protect diri awak seperti spray, serbuk lada ker..ok...
awak jaga diri bebaik tau...
salam sume..
timekaseh tak terhingga utk sume yg bg komen...juga sume yg baca n bg semangat..
sy cb leh bdoa..sy cb kuatkan semangat...nak tumpu pd keje pun takleh arini...hati masih risau..
timekaseh sume..
Salam Azza...
Su dah biasa duduk sorang. Masa su masuk sekolah menengah semua kakak su dah kawin (jarak umur kami jauh), pastu arwah mak meninggal dan arwah ayah kawin lain. Jadi mrk selalu ada urusan keluarga yg membuatkan mrk terpaksa tinggalkan su sorang-sorang.
Bila kawin, abg keje shift (12-14 hrs) dan sekali lagi su terpaksa dok sorang-sorang kat umah. Alhamdulillah, tak pernah berlaku kejadian yg buruk. Kecurian pun, setakat besi penutup longkang je. Su yakin Allah jaga su walaupun rumah su hanya rumah biasa yg tak ada extra security. just harapkan pintu dan gril yg biasa je. Mungkin jugak pencuri tak terliur sbb rumah su bukan ada apa sangat pun. hehe
Beberapa amalan yang dicadangkan dan sebahagiannya su mmg amalkan sehari-hari.
1. Amalan Asma Al Husna mmg banyak khasiatnya. Antaranya untuk menjaga diri dan harta, baca Ar-Raafi' (Yg Maha Mengangkat) sebagai zikir slps sembahyang (mlm) sebanyak 70 kali. Boleh juga baca Ya Allah Ya Raqiib (Allah Yg Maha Menjaga Mengawasi)50 kali setiap hari.
2. Baca ayat kursi
3. Baca doa bismillah 5 terutama bila mahu keluar rumah.
Penjagaan yang paling hebat ialah dari Allah. Lalu serahkanlah pada Dia untuk menjaga diri dan harta kita.
Su sekadar berkongsi apa yg pernah dipelajari. Moga ada manfaatnya.
salam...
tq, sudi sggh & tggl jejak kat blog saya...
saya link blog awak ye...
wahhh, merbahaya tu...so hati2 ye...buat la apa2 yg patut sebagai langkah berjaga2...k...
take care...
salam..
Alhamdulilah semuanya ok.. keselamatan azza tidak diapa-apa kan.
Aza kena buat lapuran polis jangan biarkan perkara yang macam ini berlaku lagi, jangan anggap remeh. Seterusnya jangan amalkan duduk seseorang kat rumah tu..cakap ngan suami balik sebelum magrib ermm..jangan lupa sedia dan asah parang panjang sebagai persediaan kalau ada pencuri nak masuk pancung terus kepala pencuri tu..
su...kamar hati...mahani..
tkaseh byk2..
sy akan lebih berhati2..
mahani..
keje suami tak menentu...salu sgt sy duk sorang..kini mmg kena ajak kwn2...tak brani dah..
ee takutnye ..dah report polis tak?
mintak polis salu ronda situ
wanie..
dah dik..
harap2 ada la polis round kwsn ni..
Catat Ulasan