Hati-hati yang berdetik..

25 Ogo 2008

kemeriahan permatang pauh di malam-malam akhir..

salam...

walaupun entry my journey lum abih, sy terpaksa stopkan dulu kerana nak bagi laluan pada sesuatu yang sy rasa adalah yang paling hangat sekarang ni. P44 Permatang Pauh...

namun blog ini bukanlah blog politik. sy sekadar ingin berkongsi kemeriahan yang sempat sy abadikan bila sy menelusuri jalan2 di kawasan terbabit di malam2 terakhir sebelum pembuangan undi pada 26 Ogos 2008.
memang meriah dan hidup di sepanjang jalan dengan poster, bendera, pos2 parti bertanding, laungan berkempen dan pemberian risalah2 kepada kereta yang lalu lalang..ceramah2 yang berselang pada jarak yang dekat...dengan pelbagai cara..kemudahan teknologi dan multimedia diaplikasikan, dengan polis2 trafik yang begitu setia mengawal lalulintas...dengan kedai2 makan yang memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga...dengan trak FRU yg sy rasa besar bilangannya, dengan helikopter yang tak berhenti memerhati dari atas sejak petang lagi...membuatkan pulau pinang pada malam-malam akhir ini sungguh mendapat tempat di hati rakyat malaysia. sy dapat rasakan betapa bermaknanya pulau mutiara pada malam2 ini.

sedang enak sy menikmati hidangan malam di cafe 69 di bandar perda smbil mendengar sedikit ucapan dari tok guru Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan di masjid Perda(seberang jalan masjid dan cafe) satu sms masuk ke hp sy..


aku ada di masjid perda, pasni nak iringi tok guru n mb kedah. la ni bersama husam musa, nak bergambar mai la.


uikss..pakcik nih..


tersengeh abg sebab pakcik ni setiap ari sms sy sejak2 penang semakin hangat semata-mata utk memaklumkan siapa dan dimana ceramah akan diadakan pada malamnya..
maaf sebab2 gambar ni kurang jelas. amik ngn hp n masa keta sedang gerak. langsung takleh bhenti sebab jem n polis trafik jaga di serata kawasan..
lagipun ramai kawan yang nasihatkan jangan berhenti...sedang hangat semua kan..
berhati2 kita takleh nak duga hati orang kan...
sekadar berkongsi..






abg : malam last ni boleh tak izinkan abg..sekali je..
sy : boleh..tapi sy ikut!!
abg : susah..sebab nak g ngn moto..
sy : sy dah lama tak naik moto
abg : kat masjid2..nnti takkan nak ikut kat bahagian laki
sy : sy duk kat bahagian pompuan
abg : susah jugak..sb org kan ramai
sy : kita tengok tv malam ni.........


kepada semua pengundi di permatang pauh...
~~~~mengundilah dengan bijak...~~~~
pstttttttttttt....
lupa lak...
kami di penang cuti umum esok ya...hiksss...

11 ulasan:

Akak berkata...

Salam Azza...

Meriah sungguh! semeriah pesta PP kan Azza kan..

Tanpa Nama berkata...

hahaha tengok tv sudahnya ya.

kaklong berkata...

azza, walaupun sy bkn org penang, tp sbb blaja d penang, sy xde kelas esok. hehehehe...patutnya present esok, so tunda lg satu ari..:)bagus gak penang cuti. hehehe

kin hashim berkata...

wa...besnya dapat sama2 merasai kemeriahan salah satu hari raya!
azza ngundi tak?

Zamz berkata...

bestnya esok cuti..agak2 sapa menang ek

.::WaNiE::. berkata...

hahah lastnye duk umah ke! kekeke

kamar hati berkata...

mmg meriah sgt akak kan??? balik ari tu, bleh nampak perang poster ngan FRU ada dimana2....

suara berkata...

Salam azza.

Teringat election lepas. Su balik kg je, malam tu ayah mertua terus bawak kita org ronda-ronda sampai lewat tgh malam. letih sgt masa tu tp bila tengok semangat ahli keluarga yg lain, su rasa sedikit teruja nak menyertai mereka.

Terkadang tu rasa macam terlebih meriah... lebih meriah berbanding raya. hehehe

Mak Su berkata...

azza, apa kabar? cuti hari ni ya? dok dpn tivi ker?

roserose*MrsYusof* berkata...

Best kan kalau ada pilihanraya kecil. Peniaga2 pun dapat 'economic profit & benefit' dari acara ni.

Amboi,abg minta izin nak keluar ya? Manja sungguh!

Azza,mana ada senyum sokmo pagi2 ni.

Abg beritau, kalau DSAI menang,aman. Kalau DSAI kalah,dia pun terpaksa turun padang untuk jaga keamanan!

Nurmala Mazlan berkata...

Yayy….
Malam ni penentunya..
Kita lihat..siapa yg kena..
Wakakaka~~