rasanya semua sudah maklum dengan keputusan pilihanraya kecil P44. kemeriahan sejak penamaan calon sehinggalah petang tadi, kemuncaknya di raikan pada malam ini. sy mendapat sms dari pakcik lagi...
petikan dari malaysiakini...
Anwar menang besar:
Majoriti 15,671
Aug 26, 08 9:19am
9.47 malam:
Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.
Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.
Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.
Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.
gajah diburu semata gading
daging dilapah di pohon sena
menang kalah adat bertanding
YB kena pastikan janji terlaksana
7 ulasan:
Salam Azza...
Pilihanraya dah berakhir, tahniah buat DSAI kerana menang dgn majoriti yg besar...
iya kak..
majoriti melebihi dr yg dato' arif dapat...
hidup PR!! hehhehe...
Alhamdulillah..Anwar menang..moga2 ada pembaharuan la lepas ni.. Tak sia-sia husband ku pergi bagi speech kat situ..hahaha..
yey! menang
pss kak azza, pukul berapa 'abg' balik smlm? hihihi
saya asyik kene call abg ipar saya kat sana sbb kak tv takdek update ! sakit jiwa..penantian itu kan satu penyiksaan :P
pasti gamat parlimen masa bajet 2009 nnti.. peace!!
kalau saya jadi PM, esok turun harga minyak!..Aku nak tunggu janji dia!
Catat Ulasan