Hati-hati yang berdetik..

27 Ogo 2008

istimewa di hati..

salam..

nampaknya penghargaan dari teman-teman tetap berterusan dan tidak putus2. maafkan sy kerana akhir2 ini sy tidak berkesempatan utk melawat blog teman2. sejak balik bercuti sy sebuk dengan tuntutan tugas seharian ditambah dengan hangatnya kawasan tempat tinggal sy hinggakan tempiasnya terkena pd sy. kini semua sudah berakhir, maka dapatlah sy meluangkan masa seketika utk memasukkan ucapan penghargaan kepada teman2 di atas ingatan yg mampu membuatkan hati sy berbunga riang. sy perlu memasukkan entry award ini dahulu walaupun entry my journey belum abih, kerana mgkin sy akan balik kampung lagi hujung minggu ini bersama kawan utk menyambut awal ramadhan bersama keluarga dan berjumpa dengan tok n nenek sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci utk ibadah umrah.

banyaknya award yg sy terima dari teman2...hanya ucapan terima kasih yg tidak terhingga sy ucapkan dengan harapan moga persahabatan yang terjalin ini seindah pelangi yang mewarnai perjalanan hidup kita. biarpun munculnya hanya seketika namun keindahan jaluran itu pasti membuatkan kita bersemangat kerana kita tahu ada insan walaupun jauh beribu batu meletakkan kita istimewa di hatinya..

pertama nya...buah kurma yang datangnya dari benua lain..terima kasih kin...moga ramadhan ini membawa seribu erti buat kita. walau ukhwah ini baru saja terpatri, budi luhur tetap mekar di hati...




terima kasih utk akak, kin , kak tirana dan kak ras..di atas award yg amat comei ini..moga persahabatan ini semekar bunga yang begitu manis dipandang...




terima kasih utk siti khuzaimah...mengingatkan sy sewaktu zaman bergelar siswi dl..logo tweety ada dimana-mana...beg, alatan tulis..juga menjadi sticker motor sy...hiksss..


best blogger..??...rasa segan pula utk menerimanya...kerana sy bukan lah seperti yang disangka. jauh panggang dari api kerana sy menulis mengikut rasa hati, andai pincang hati sy, pincanglah isi penulisan disini. sy amat berbesar hati menerima award ini ..sekalung ucapan penghargaan utk kak kam di atas pemberian award ini. malu rasanya utk menerima. namun kata bidalan, orang memberi kita menerima tanda berbahasa, sekurang2 nya ingatan teman membuat sy kembali bersemangat utk menulis disini seperti waktu awal mengenali dunia blogging satu ketika dahulu. pssttt....sy tak sabar nak jmpa kak kam...


dan award yang terakhir...
for my lovely....my amazing...my caring...my shoulder to cry on..
my sis...


tiada ungkapan semanis madu utk akak..tiada kata seindah pelangi yang mampu sy rungkaikan. hanya syukur di hati kerana kita dipertemukan walau hanya di kanvas maya. sesungguhnya sy bertuah kerana dibukakan hati utk kembali mengukuhkan lagi jalinan yang telah kita cipta dulu. kematangan, kecekalan, pengalaman, kelembutan dan ketabahan akak mencetus semangat dan melenturkan hati sy. terima kasih kerana begitu setia mendengar segala keluhan dan kemengadaan sy selama ini. segala cerita suka duka kita di alam maya yang kita kongsi bersama tetap terpahat kukuh di sanubari. doa sy mengiringi akak sekeluarga..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tiada yang istimewa dari sy untuk membalas ingatan teman2...
terimalah ini ikhlas dari hati sy utk sebuah persahabatan tanpa rupa, bicara tanpa kata, senyuman terukir tetap dirasa..

Tirana

kak kam

kak ras

kin

akak

kamar hati

ku tak sempurna

cinta melo ais

bulanbiru

cikgu hai

cikgu rashid

cikgu oden

cikgu norish

ct khuzaimah

jendela hati

kak e

kak intan

kak lady

kak lin

kreuger

lynnzinda

ryann

ryehannaz

wilda

mersik

Ai

angriani

sheikh

zamz

suara

knizam

beib

unguviolet

kak lawa

nurmala

tiny

qasih

hannan

farah

wanie

cendawanintim

kuncop

lemangcute

13may

kak myza

tokma

kak ros

amalina

kamezaim

ciknah

azalea

dan sume yg sy tercicir namanya..sile lah amik sesuatu diatas...

dan sesuatu ini..

istimewa utk my sis..Tirana..

luahan kata tidak bertepi

terdetik hati moga dimengerti...

8 ulasan:

kin hashim berkata...

ada gak ingatan untukku...time kasih azza..sayyyaaang azza! :)

~Cinta Cukulet~ berkata...

hehe...mekasih kak azza....tq bery much..mmmuahhh

Tanpa Nama berkata...

Kak TQ ya..
moga kak sihat2 selalu..

Tirana berkata...

Semalam terlena awal..penat yang teramat sangat...Pagi ni terjaga awal..amik kesempatan untuk jenguk blog kawan-kawan sekejap sebelum buat breakfast..Selalunya dua blog yang pertama kak tirana buka ialah samada blog lind atau blog kamal. Hari ni blog lind dulu sbb nampak ada message suruh jenguk sini..hehehe.. Mula-mula baca memang happy dan senyum-senyum tapi sampai part yang terakhir tu..alahai..tak dapat tahan airmata
dari berguguran...bermacam-macam rasa bercampur baur..rasa suka, gembira, terharu..sayu dan sebagainya. Terimakasih lind..kerana beri kepercayaan..kejujuran..keluhuran untuk berkongsi cerita suka dan duka. We are here for each other..helping each other through this journey.. Kalau lind jatuh tersungkur..kak tirana pegang tangan lind..pimpin lind untuk berdiri semula.. begitu jugak sebaliknya..kalau kak tirana pulak yang kecundang..rebah di tengah jalan..kak tirana mengharapkan lind yang akan menarik tangan kak tirana agar kak tirana mampu bangun semula dan bersama-sama kita meneruskan perjalanan menuju destinasi terakhir..Mudah-mudahan huluran persahabatan yang ikhlas di antara kita, mendapat berkat dari Allah...

Last but not least..terimakasih atas awards yang sungguh istimewa itu..Itu lambang persahabatan yang terjalin di sini dan kak tirana harap satu hari nanti, kita akan dapat bertemua di alam nyata...

Thank you..

kamar hati berkata...

uikssss...banyak nyer award...best tu...
yg mana satu tuk kamar ni??? hihihiih....

tq ye....big smile & kiss tuk akak... (",)

13may berkata...

oh! tima kasih :)

Nurmala Mazlan berkata...

terima kasih ya kak..nnt ki nak amik letak kat blog..huhu~~

roserose*MrsYusof* berkata...

Azza,

Terima kasih. Walaupun kita baru kenal tapi...Azza ingat juga!