Hati-hati yang berdetik..

5 Sep 2008

hati yang risau..

sy balik ke kampung pada awal ramadhan baru2 ini kerana ingin memeluk dan mencium tangan tuk dan nenek sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci selain dari menyambut ramadhan bersama mak dan abah. sy menjadi ralat kerana cuti skolah yang lepas sy tidak sempat utk bermanja dengan mereka. sy ponteng kursus, sy tidak menghadiri bacaan yassin utk murid sy kerana hati sgt terkilan, hati juga sgt rindu dan hati sgt takut jika ini adalah peluang terakhir utk sy berjumpa mereka. sebagai cucu sulung...kasih syg mereka begitu melekat di hati ini. mereka berada disana sebulan dan akan kembali pada 2 hari sebelum hari raya. sewaktu mereka menunaikan haji bbrpa tahun dl..tidak begini hati sy.


dan malam ini....sy baru saje menerima panggilan telefon dari adik. datuk saya tidak sehat. sudah 3 hari demam di sana..lelahnya datang kembali. mak, abah dan mak2 saudara buat sembahyang hajat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan datuk dan nenek di Mekah.

hati sy risau..

moga mereka dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kesejahteraan sepanjang berpuasa dan menunaikan ibadah di sana..

Haji Sulaiman bin Yaakub

Hajah Zaharah binti Abdullah

sy masih nak rasai kehangatan sentuhan dan belaian datuk sy sewaktu sy kecil dulu...menggosok kepala sy ketika sy demam, menjegilkan mata sambil tersenyum apabila sy bermain dengan cerana sirehnya...sy takut kehilangan semua momen-momen indah itu...sy masih merindui saat-saat itu walau kini sy sudah berusia 32 tahun!
kaklong rindu...

17 ulasan:

13may berkata...

moga semuanya baik baik belaka.

insyaALLAH :)

SaDi berkata...

insyaallah.. semuanya selamat..

cikgooden berkata...

kita jugak merangkak tua..azzah: kita juga akan melalui nya..




.skima gila ayat aku..ahakkks

Tanpa Nama berkata...

timekaseh sume..

cikguoden..
mmg skima.. :)

~Cinta Cukulet~ berkata...

saya doakan semuanya selamat ...InsyaAllah..:)

cappuccino berkata...

harapnye selamat pegi dan kembali..doa2kan semuanye selamat amin..

Tirana berkata...

Lind...insyaAllah dan mudah-mudahan datuk dan nenek lind sihat dan selamat pulang ke tanahair nanti.. Do'akan yang terbaik buat mereka..

Tanpa Nama berkata...

Salam Azza,
memang betul kata azza, tiny pun rindu sangat2 dgn atuk dan nenek tapi diorg dh tak ada....dan kehilangan itu tiny rasa kesannya sampai skarang

iina berkata...

Salam singgah,

selamat berpuasa.. insyallah semoga allah berikan kekuatan kesihatan buat tok n nenek azza..

bulan pose nie teringat arwah nenek dan tok.. semoga mereka abadi disana dikalangan orang2 beriman amin...

AzmaMurni Aziz berkata...

bila hati terdetik.. yakinkan pada diri.. kita sentiasa di dalam kasih sayang dan rahmat-Nya..

temani mereka dengan seindah doa & selebihnya.. serahkan pada Dia Yang Maha Mengetahui...

KTS berkata...

semoga tenang sentiasa :D

SHIMI berkata...

kerisauan itu mainan hati. Mungkin apa ysng difikirkan itu hanya khayalan.

Unknown berkata...

Semoga selamat menunaikan ibadah dan kembali ke tanah air dengan selamat. Insyaallah.

Thanks & Regards,
Kreuger®

cendawanintim berkata...

owhhhhhhhh, panjatkan doa pada bulan yang mulia nih, mebi keadaan cuaca disana tidak sama ngan di sini...apatah lagi ngan umo warga emas...

jangan risau...Insyaallah, takder pape..kami di sini akan mendoakan jua...

shafa berkata...

Sama2 kita berdoa untuk atuk & nenek azza yang menunaikan haji, semoga keadaan nya sihat sejahtera & dipermudahkan segala amalan yang akan dilakukan semasa di sana. InsyaAllah.

Rashid berkata...

azza,
doa cucu tersayang pasti akan sampai padaNya. insyaAllah kedua-duanya akan selamat pergi dan balik. jangan risau, mereka semua dalam lindunganNya.

Kamsiah yusoff berkata...

semoga mereka selamat menunaikan ibadah disana
dan semoga selamat kembali..amin..