Hati-hati yang berdetik..

30 Okt 2008

terapi yang menceriakan..

rasa penat ..namun puas. penat yang menceriakan dan membuatkan semua orang tersenyum lebar. masih terbayang gelek pinggul amira dan rafie mengikut alunan muzik chicken dance..masih terdengar hilai tawa lavanya apabila muzik terlalu cepat utk diikuti. pening terhuyung hayang wei kang apabila dia turut dipusing oleh rakan2. amira pula asyik terpijak kaki rakan2 lain kerana dia sememangnya suka benar mengambil ruang yang luas dan melakukan sesuatu mengikut kata hatinya (hyperactive dan autisme). tertoleh2 murid2 kelas perdana apabila melihat anak2 istimewa ini beserta dengan guru2 skali berpusing2 mengikut rentak sambil ketawa mengekek..


alhamdulillah..latihan utk persembahan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada 7hb ini berjalan lancar. biar cikgu2 yang lebih berpeluh, sesungguhnya peluh2 ini tiada nilainya jika dibandingkan dengan kegirangan yang terpancar di wajah anak2 ini. berbekalkan pengalaman di maktab dan universiti, serta sering mengikut abang ke program2 outdoor nya, memberikan sy keberanian dan keyakinan utk conduct mereka didepan dan mengajar guru2 PKBP tarian poco2 yang berasal dari Indonesia ini. rasanya ramai di kalangan kita yang arif benar dengan tarian2 motivasi minda seperti ini. tambahan pula kami yang berada bersama anak2 istimewa ini di mana muzik dan seni adalah satu terapi yang paling berkesan buat mereka.


sedikit perkongsian..

terapi ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit yg pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan utk mengembalikan fungsi badan secara normal. dlm konteks pendidikan, terapi ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.

ia juga utk meningkatkan kemahiran pergerakan motor halus dan kasar dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi. terapi juga dapat membantu mereka menguasai kemahiran secara perlahan-lahan. suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dapat diwujudkan disamping dapat merangsang anak2 ini untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran. keyakinan diri mereka juga akan bertambah.

Terapi muzik..dimana muzik dan lagu yang dimainkan memberikan satu ketenangan dan kedamaian kepada pendengarnya. ia merupakan satu terapi yang paling berkesan dalam menangani anak2 istimewa selain dr terapi hidro, berkuda dan warna. hatta kita sendiri yang normal pun akan mudah merasa tenang dan damai jika mendengar alunan muzik yang indah seperti tiupan seruling atau gesekan biola. terapi muzik ini boleh mewujudkan perasaan gembira di samping merangsang minda dan menarik perhatian meraka dalam sewaktu proses P&P berlangsung. anak2 istimewa ramai yg sukar dijangka tingkahlaku mereka, namun melalui muzik kita dapat menerapkan disiplin dan penumpuan iaitu melalui nyanyian kerana muzik perlu dimainkan secara teratur.


jom kita menariii....
tarian chicken dance ni semasa kami sume ke Pusat Kokurikulum utk aktiviti luar...

18 ulasan:

Azwani Shaari berkata...

salam ziarah kak azza :)

azza_irah berkata...

azwani..
tkaseh singgah..
salam kenal dr akak.. :)

Unknown berkata...

satu lagi cerita yg amat2 menarik dari cgu azza - pastinya dihujungnya kepuasankan - dan saya percaya kepada pendekatan yg cgu gunakan...tahniah

Brahim Nyior berkata...

Azza, guru yang terbaik dapat memberi harapan dan mengubah pemikiran muridnya.

Lebih baik sedikit daripada tiada langsung...

Moga puan terus memantapkan diri mengajar anak bangsa.

cendawanintim berkata...

nanti ajar kita gak nari chicken tu erk..

kita dah terbayang2 dah tarian tuh!!

Sufi Idany berkata...

hihhii...sonok wat chiken dance tu.... enjoy n satu lagi bleh gak di jadikan senaman tuk kecilkan peha.... :D....


tahniah kak, kagun dgn akak.... semoga semuanya mendapat keberkatan Allah.....

kak, org rasa mcm nak demam laa ari ni.... huk2

Yanmie berkata...

hehehe...cam best je tarian chiken dance tu...kak idany ckp boleh kecikkan peha?? wah best nie nk try..hehehe..kak azza jd instructor yan ek?? boleh??? hihihi..

Nurmala Mazlan berkata...

hehehe..bestnyer..teringat zaman seklah2 dulu

Tie berkata...

Nampaknya azza seronok bersama anak2 tu , ye. Memang azza sesuai benar menjadi cikgu. Tahniahlah , berupaya mendidik mereka dgn ikhlas dan kasih sayang.

μάγά berkata...

seronok tgk budak nie menari dengan gembira... tapi sayu... mudah2an.. dipermudah bagi mereka..

Mak Su berkata...

saya pun suka muzik

Blog Eazy Izzuddin berkata...

besh nnyer...
teringat pulak zaman kecil2 dlu...
=)

azza_irah berkata...

cikgu jinggo..
terima kasih..

cikgu izzuddin..
juga terima kasih..
sama2 kita beri sedikit sinar sbnrnya..

azza_irah berkata...

laling..
buleh jekk..nnti kita jar ekk..

idany..
mekaseh..
makan ubat jg diri ya..

yanmie..
leh je jd instructor..jgn gelak dah la ya..

mala..
mmg best la yang...meh kita nari2 nak..

tie..
mekaseh singgah sini..mekaseh juga utk komen ni..nnti azza g lawat blog tie..

maya..
kl tgk wajah mereka mmg hepy sesangat..tapi kl direnung anak mata tu..ermm.tuhan je yg tahu..

maksu..
muzik menenangkan kan maksu..

eazy izzuddin..
terkenang semasa dulu..hehe

Rashid berkata...

Wah, muzik chicken dance? nampak senang tapi sebenarnya susah juga nak ikut tu. Di pusat ko, saya ada juga praktisnya tapi nak pecah perut dibuatnya. Bukannya kerana sakit tapi kerana ketawa melihat orang lain menari chicken dance..

Teringin rasanya melihat azza menari chicken dance secara live? hehe.

Oh ya suka melihat wajah azza tersenyum ceria dalam gambar tu..

azza_irah berkata...

cikgu..
tu lah abg sy..konstruktor kat atas tu..
kenal..?..
ckgu penah jmpa kut..

Rashid berkata...

Azza,
saya cuba amati abg azza tu. tapi tak perasan la. Mungkin saya tak berapa kenal kot. Saya ni bukannya orang kuat pusat ko. Saya libatkan diripun setahun hanya 2-3 kali je. Tak berapa aktif.. hehe. Saya tengok abg azza tu tentu org kuat pusat ko tu. Nampak aktif dan macho semacam jer..

Mardihah berkata...

salam singgah juga ya...wahh,. menarik juga blog ini ya....

salam kenal kak...senyum sokmo!