Hati-hati yang berdetik..

27 Dis 2008

rentetan perjalanan mencari cinta Mahsuri~kekuatan di Bird Paradise..

salam..

masih lagi rentetan perjalanan ke Langkawi. kali ini ke Bird Paradise...menyaksikan burung, unggas dan hidupan yang sebenarnya begitu dekat dengan kita, cm kadangkala kita tidak sedari kehadiran mereka.

mungkin pada sesetengah orang apa sangat pergi melihat haiwan2, seolah kanak2 kecil pergi ke zoo. namun tidak pada sy. kerana disini lah utk pertama kalinya, keberanian timbul dalam diri. mgkin sesiapa yang rapat dengan sy, tahu akan 'ketakutan' atau fobia sy pada haiwan, walaupun hanya seekor kucing. Lia(pemilik blog Ruang Fikir-fikir) menawarkan seekor arnab kepada sy lewat pertemuan kami baru2 ini. terpaksa sy tolak dengan baik kerana sy tahu di mana kelemahan sy. jika arnab itu bersama sy, pasti hidupnya takkan ceria. sy memang penakut. sebab menurut Lia, arnab perlu dibelai dan dimanja, baru lah ia akan menjadi jinak. bagaimana sy nak belai dan manjakan arnab, kalau perasaan fobia menguasai diri.

sy pernah diberi seekor kucing baka Parsi oleh seorang teman. baru berusia 3 minggu. seharian kucing itu sy kurung dalam sangkarnya, mengiau tak henti. dengan penyapu di tangan, sy bukakan pintu sangkarnya. kucing tu lari keluar sangkar, dengan sy2 sekali turut lari naik atas sofa. akhirnya sy menguncikan diri di dalam bilik dengan penyapu masih di tangan. mgkin sekarang sy boleh tergelak bila ingatkan peristiwa itu, agak lucu sebenarnya bagi peminat kucing, namun tidak bg sy pada saat itu. rasanya muka sy pucat bak mayat. kucing itu hanya bersama sy selama 11 jam, sy cal abg di pejabat minta balik dan bawa kucing tu bersamanya. dan kini kucing itu begitu cantik dan selesa sekali bersama tuan barunya, Linda. tkaseh Linda kerana mengambilalih tugas sy.

dan utk Lia..
di Bird Paradise, akak dah berani pegang arnab. adik baju hitam(tak kenal siapa dia) menyuakan arnab pada akak. "akak pegang camni, dia tak gigit". rasa gigil jugak sebenarnya, tapi alhamdulillah, akhirnya arnab itu akak berjaya juga pegang walaupun tak sampai seminit. gambar di bawah sebagai bukti tau Lia. abaikan muka pucat akak ek..hehee..
pssttt...
utk pertemuan seterusnya..offer arnab tu masih available ke..hehee..

terima kasih kepada "orang2" yang sentiasa dekat, memberi semangat dan kekuatan kepada sy secara langsung atau tidak. moga budi anda diberi ganjaran setimpal..

16 ulasan:

Rashid berkata...

Kenapa begitu sekali fobianya.. kucing dan arnabpun takut juga ya. hmm hmm. Mungkinkah ada pengalaman lalu yang buatkan azza sebegitu rupa.. azza, kucing dan arnab adalah haiwan yang paling manja sekali.. suka dibelai dan dimanjai..

Apa-apapun tahniah kerana akhirnya berani juga pegang arnab tuu.. walaupun cuma seminit jua. hehe..

BEiB berkata...

semuanya berada di minda..
It's mind over matter,
if you dont mind,
it doesn't matter.
hayati dan pegang nescaya ia akan menghilangkan fobia juga trauma.
Tahniah...'mind' telah mula menguasai 'matter'.

ASH berkata...

You remind me of my good friend..
Dia takut kucing. Bila pi dewan makan waktu sekolah dulu, kucing lalu bawa meja, dia akan bersila atas kerusi.
Kesian dia..

azza_irah berkata...

cikgu rashid..
hehe..dunno la..tak penah bela kucing atau apa2..kecuali ikan dlm akuarium yang sah2 takleh kuar..hehe

sekarang dah ok skte..alhamdulillah..

cikgu beib..
tkaseh atas sokongan..
fokus dan pengamatan tu penting kan..
akhirnya terdaya jugak walaupun pucat2 muka..

hidayah..
iye ke..
sama la..sy pun salu bsila di kedai makan yang kebanyakannya pasti ada kucing melilau..hehe

Noorhisham berkata...

Selamat Maal Hijrah Cikgu Azza.

ONE ZABA berkata...

Elok la fobia kat kucing tu... kalau tak reti jaga... marah dek jirang tetangga je. Suka buang baja merata-rata je kucing ni...hampeh betul.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah.... hehehehe kena praktis lagi...practice made perfect..
The offer are still available.. as soon as you're ready my dear Sis...
Marah benar Encik one zaba kat kucing yer..tak baik Nabi Muhammad s.a.w pun sayang kucing, kalau dilatih dengan baik kucing tu takkan menyusahkan kita... satu terapi yang melapangkan fikiran sebenarnya membelai kucing... I love animal...

Tanpa Nama berkata...

Ni kena masuk program Fear Factor! baru boleh hilangkan rasa takut atau fobia tu!

Fireroll berkata...

have fun la ye.

Unknown berkata...

wah lame tak singgah sini.
akak kire kerap jugak ar kan
jejalan... best betoi ar~
so skang ni dah balik penang
ar?

Hope sihat sokmo.. worait~

Kreuger®

Blog Eazy Izzuddin berkata...

beshnye..
=)

Redynne™ berkata...

salam azza,
baru kutau yg azza rupenye tatut ngn hewan bebulu yee... hehehe...

*pssssttt alia... nk arnab kaler pink sekor... dun wori..utk dibela, bukn sembelih.. :P

Cikgooden berkata...

daging arnab sedap....cuba rasa!

arsaili berkata...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

ras-adieza berkata...

akak dah pernah gi situ...paling suka main dengan burung kakak tua tu. Rasa macam nak bawak balik jer..

azza ni macam anak akak dulu2, takut betul dengan kucing siap nangis2. Tapi sekarang bila dah mula membela kucing, deorang jadi berani dan pantang nampak kucing. mesti nak pegang.

Cikgu Kool berkata...

Arnab?????!!! Geli mak!