Hati-hati yang berdetik..

26 Dis 2008

rentetan perjalanan mencari cinta Mahsuri~Geoforest Park Langkawi..

utk kesekian kalinya, bumi Mahsuri sy jejaki lagi. dah berkali2 sejak sy mula menetap di Pulau Mutiara ini, samada utk lawatan kerja, mengikuti kursus abg atau secara persendirian. dan setiap kali itulah pasti ada pengalaman baru, jejak-jejak baru yang sy jumpa.

lawatan kali ini adalah bersama staff abg, mesyuarat akhir tahun merangkap family day. rancangan asal ke Labuan tapi terpaksa ditunda ke saat akhir dan Langkawi menjadi pilihan.

Grand Beach Motel, Pantai Cenang menjadi pilihan, dengan susana yang cukup tenang dan damai. banyak sekali kenangan dan potret hati terlakar disini. insya alllah akan sy masukkan dalam entry seterusnya.

antara tempat baru yang sy kunjungi kali ini adalah Geo Park Langkawi. ianya dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). ianya antara tempat yang dipromosikan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2007.

seperti island hopping, kami menaiki bot dengan tiket berharga RM25 seorang, dibawa mengelilingi hutan paya bakau dan singgah di beberapa tempat dalam perjalanan selama 1 jam setengah.


Sangkar Ikan..

terpegun menyaksikan pelbagai spesis ternakan ikan dalam sangkar..

adik penjaga ternakan ikan dlm sangkar menunjukkan bagaimana cara ikan menyumpit roti(makanan) yang dilekatkan di tiang. apabila sumpitannya mengena, roti itu terjatuh dan menjadi rebutan di bawah.

jinak-jinak si pari-pari. air dikocak ia akan muncul di permukaan untuk bermanja. tangan adik penjaga akan dihulur ke mulut pari sambil mengusap kepalanya. keletahnya begitu menarik perhatian kami.


Gua Kelawar..

menerokai Gua Kelawar, gua yang berusia ratusan tahun. terdapat pelbagai bentuk batu yang membuktikan bahawa gua ini telah wujud lama dahulu.

batu yang berbentuk seperti kepala ular, terdapat juga batu yang menyerupai katak. kami terpaksa tunduk untuk menerokai gua ini kerana laluannya yang rendah dan sempit. satu pengalaman yang mengujakan seperti Gua Kelam dan Wang Burmah yang pernah sy postkan dalam entry ini dahulu.


Eagle Feeding..

menyaksikan dari dekat bagaimana makanan(kulit ayam) dilempar ke dalam air untuk mengumpan burung helang turun makan. satu situasi yang sangat menarik dan buat kami tak sabar2 menanti dengan kamera masing2 untuk mengambil angle yang paling menarik. tapi apalah yang dapat diambil dengan hp cap ayam sy ni..(kulit ayam digunakan kerana ianya terapung, memudahkan helang ini nampak). anda juga boleh rujuk disini.

menurut pemandu bot, helang putih jarang sekali kelihatan berterbangan, hanya muncul sesekali. agaknya tuah kami pada hari itu apabila sang helang putih gagah menebarkan sayapnya menjunam berebutkan kulit ayam. dan seperti fitrah alam, yang kuat dan gagah pasti mudah menang dan dapat apa yang dihajati.


Kilim Geoforest Park..

bot kami semakin laju menuju ke muka muara, pertembungan antara air masin dan air tawar. menuju ke satu tempat, yang menurut kawan abg sy (abg dan kumpulannya dah terlalu biasa dengan aktiviti sebegini) adalah satu tempat yang 'mahal'. apa yang terukir di batu sebuah pulau mengadap Laut Andaman itu adalah sesuatu yang amat mahal, yang harus diabadikan oleh sesiapa saja yang pernah sampai ke situ. KILIM GEOFOREST PARK...

anda boleh klik disini utk melihat rakaman yg ada di Youtube..


angin dan ombak semakin besar, bot terasa makin beralun. rupanya di hadapan kami ialah laut lepas sempadan antarabangsa iaitu Laut Andaman. jauh berbalam di kejauhan adalah sebuah pulau milik Indonesia. dua gambar kecil di atas ialah pulau batu di permukaan muara yang mana jika dilihat dari jauh berbentuk seperti baby face(kanan) dan berbentuk wajah apache(kiri).

walau sudah kerap menaiki bot, namun pengalaman mengikuti trip kali ini memang sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaan bg sy. bukan sekadar satu percutian atau lawatan mencari jejak cinta Mahsuri, namun lebih dari itu yg sy dapat. sesuatu yang berharga yang sudah pasti menjadi sesuatu yang bermakna dalam proses sy mengenali diri, mematangkan sikap dan cara berfikir, juga satu terapi untuk membantu sy membuat keputusan dalam hidup seharian. sy pasti jika masih ada ruang dan peluang, sy akan kembali semula mengutip pengalaman dan menghirup angin yang bertiup bebas di Laut Andaman sebebas helang terbang gagah membelah awan..


hidung soksek..bersin tak henti, batuk menyakitkan dada.
masih berbaju tebal..sb badan mulai panas..kepala makin berat.

semoga sy sentiasa terbuka hati memberi ruang dan peluang kepada orang lain sebagaimana sy pernah mendapat peluang dan ruang seperti yang terdetik di hati..

30 ulasan:

cendawanintim berkata...

bestnyer laling...

dekat ngan alam membuatkan kita lebih dekat dengan penciptNYA...kan..

len kali nak ikut jugak lah!!

Fireroll berkata...

Langkawi Geopark dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA) dengan usahasama penyelidikan oleh penyelidik oleh UKM, dengan tertubuhnya Pusat Penyelidikan Langkawi UKM. Usahasama ini telah mendapat pengiktirafan oleh UNESCO. Bangga menjadi warga UKM.

azza_irah berkata...

laling..
jum2...bes sesekali btukar angin..

azza_irah berkata...

pelita..
tkaseh utk info..nnti akak edit n masukkan ya..tq..

Redynne™ berkata...

salam azza..
beshnye dpt jenjln.. lagi pulak cik abe ade samer..

*tahun dpn aku nk gi jenjln gak.. :)

acu berkata...

hi azza...syoknyer....

yani_worldpeace berkata...

best ye kat langkawi, sekarang ni dah macam-macam tempat yang best..kite pun tak sabar ni nak ke langkawi tapi tak tau la bila masanya...huhu, duk keje je bosan juga kan...

nurdaniella berkata...

bestnyer... bila nak tulis citer gi hatyai??

BEiB berkata...

Jauh perjalanan, banyak pengalaman.
Kutiplah sesuatu yang positif, benamkan yang negatif.
Realiti hidup bak helang mendapatkan makanan..
Survival of the fittest

Unknown berkata...

seronoknya perjalanan azza. betapa indah dan bahagianya dalam selalu bersama alam melihat segala macam keindahannya. kakchik teringin nak ikut juga nak alami pengalaman yang sama.

Cikgooden berkata...

best gi langkawi...mana cekelat DAIM..he he he..kata nak bawak balik skit.
Jika berendam di air panas, hati-hati. Takut masak! moga cepat sembuh.



mana gambaq hatyai?..hatnyai...aku tunggu hatnyai ja ni.he he he.

azza_irah berkata...

reen..
salam reen...mmg beh g langkawi..aku truja je naik bot tuh..bila g kat muara tu kan..rasa bebas sgt..hehee


acu ...
hi acu..mmg bes...g la bawak family jalan2..

yani_worldpeace...
cb lah luangkan masa. bawak family..makin byk tempat menarik skrg..bukan utk soping je yani..dekati diri kita dengan alam..


kak nurdaniella...
best.. citer gi hatyai?? sabo..ramai lak mintak cite g hatyai..hehee..nak abihkan langkawi dl..sabar ek..

cikgu BEiB...
mekaseh cikgu..sy banyak belajar dari cikgu..
catatan pengalaman cikgu di tempat org terlalu berharga..mmg boleh dijadikan panduan dan mematangkan cara kita berfikir..cb lah sampaikan dengan sebaik mgkin..ilmu patut dikongsi..


dearie kakchik...
memang seronok kak...bawaklah family jalan2..pasti ada sesuatu yg dapat akak n anak2 kutip dr kunjungan ke langkawi nanti..

Cikgooden (Selumbar Emas....
bes..lapang otak ni rasanya..
DAIM..kat UKM takde ek...hehee..

mekaseh..dah makan ubat..mg btambah ok..tak jd g ulu legong...sb demam nampak makin teruk ni..

hatyai...hehe..banyaknya request...sabar le...satu2...

Papa-Itam berkata...

seronoknya....berjalan sakan yer....tahun depan nak kemana pulak...?

azza_irah berkata...

papa&umie..
insya allah indon kut..tengok bajet la camna..hehee

Luth Textile berkata...

TUDIA KAK..
POSING MAUT PIC YG LAST..
HAHA..

azza_irah berkata...

luth..
kehkeh...angin kuat la yang..abih tudung den..

Tie berkata...

Kak tie memang teringin nak ke sana, tapi tak tau bila. Hubby selalu sibuk laa..

azza_irah berkata...

kak tie..
azza n huby pun bz..
cb lah luangkan masa..
berbaloi kak..

Rashid berkata...

Seronoknya tengok azza menelusuri khazanah .. mencari cinta Mahsuri.. Hati jua terdetik untuk ikut sama di sana suatu hari nanti. Moga perjalanan azza membawa erti dan kekuatan untuk menjalani kehidupan seharian yang mendatang nanti..

azza_irah berkata...

cikgu rashid..
muncul pun..
nnti sile la ke sana..ada jejak yg sy tinggalkan..agar satu ari nnti sy leh kembali ke sana mengimbau kenangan yang telah terlakar..

abdrahim kassim berkata...

Menatap gambarnya sahaja,kita yang tidak pergi ni, rasa macam berada di sana.

Kapten Luffy berkata...

sungguh seronok cuti2 mu

ryann berkata...

cemburu betul tengok azza bercuti. saya bilalah lagi akan ke langkawi

iina berkata...

seronok bercuti kan.. semoga cepat baik ya.. jgn lupa mkn ubat ;)

eriey berkata...

Wah..besnyer jejln, nati nk pi gak ah kat tnh mahsuri tu..nk beli beras hangit...hehe

Yanmie berkata...

Ya Allah..bestnya lah yan tgk..mesti enjoy kan??

azza_irah berkata...

abdrahim..
tkaseh utk komen..
menatap gambar tak sama dengan merasai sendiri..

monkey D Luffy ...
memang seronok..

ryann ...
luangkan lah masa ryann..

iina ...
tkaseh iina..dh semakin ok ni..sore je serak2 lagi..

eriey berkata...
sile2..langkawi tu duk tggu eriey bila nak smpai..hehe


Yanmie ...
kali ni mmg berbaloi akak g yan..pengalaman baru..

Sufi Idany berkata...

Nice pict.... thanks for sharing... akak dh sehat ke ni ?

azza_irah berkata...

idany..
demam dah kebah..batuk n soksek yg belum..

Cikgu Kool berkata...

KILIM...selalu konfius ngan KULIM!

p/s: komen terpaksa nih...hehehehe, takder...takder...sirius, orag kalau terlihat perkataan ala HOLLYWOOD kat Geoforest tuh selalu terkonfius ngan KULIM...hehehehe...