Hati-hati yang berdetik..

24 Jan 2009

pilihan...

salam..

cuti CNY telah bermula. bermula dari hari ini dan sy akan kembali ke sekolah pada 2hb feb iaitu hari isnin. lama rasanya cuti sebab baru 3 minggu persekolahan dibuka. erm..10 hari. nak ke mana ya. tiada perancangan khusus. pagi td ada kem motivasi di sekolah utk murid tahun 6 manakala abg ada mesyuarat agung Badan Kebajikan sehingga tengahari. abg balik jam 3 sy dah ada di rumah. bersembang seketika, dua2 terlena. buka mata...soalan pertama dari mulut sy..
...ke mana kita...



abg cm diam, sy tahu pilihan di tangan sy. .
  • balik kampung
  • di rumah...penang saja..
  • keluar dari penang..


mana satu pilihan hati..

jika balik kampung..

  • boleh jumpa mak, abah, adik2...
  • tuk pun tak berapa sehat..
  • boleh beli tudung bawal..
  • pink bear kiriman Su pun boleh beli gak..


jika di rumah...penang saja..
  • 26hb ke kenduri paksu di alor star utk Hidayah..
  • leh settle kan hal2 -dia- pada 28&29hb ni..sebab kebanyakannya adalah urusan bank..
  • leh kemas2 umah...
  • leh rehat2..santai...jalan2 pun area penang je..
  • jimat duit...leh la abih kan utk -dia- tak lama lagi..
  • leh g Wang Klian...ehhh...(td baru abg cadangkan..ehehh)

jika keluar dari penang..
  • nak g tengok2 kelip-kelip kat Kuala Selangor sebenarnya..


camna ya...camna bang..



jika anda diberi pilihan, gunakanlah kebijakan dan kewarasan akal untuk menimbang kelebihan dan kekurangan. tidak rugi mencuba sesuatu yang baru, namun yang lama tetap tak dilupa kerana ia punya nostalgia tersendiri..

17 ulasan:

ONE ZABA berkata...

keliling malaysia la...palestin ke, buat khidmat masyarakat....naik gunung ni ke, bagi sesak lagi... tido sakan pun boleh gak.

mommy otai berkata...

kalo farah laa...
ermmm..sure balik kg..sbb leh jupe famili...

itu paling baik hehehe...
terpulang

zino berkata...

buat la pilihan bijak anda mampu mengubah nya hehe

iina berkata...

Pilihan yang mana keperluan dan penting.. balik kg melawat orang yang sakit juga elok juga apa kata buat semua itu dlm masa cuti panjang tu.. tapi kenalah pandai2 rancang ;) cuti 10 hari kan

cendawanintim berkata...

dah buat pilihan ke lom ni??

Krasz bAtu berkata...

kalu i pilih balik kpg ler..
dpt makan masakan mak..
the best in the world

Cikgu Kool berkata...

Dah tu...ke mana sebenornyer petang tadi?

Unknown berkata...

Assalamualaikum azza.

Oh, kakchik ingatkan azza akan balik kg. Nampaknya belum ada keputusan la ya? 10 hari ... lama tu.

ASH berkata...

he he he...
1) tengok kelip kelip
2)lajak ke Bangi jengok Kak Hida
3)round putrajaya..ambik bendera Mesia
4)naik sikal dari KL gi trengganu sambil buat amal..kutip duit untuk Palestine..
5) Sadai kat trengganu jap tengok mak ayah adik..
6) terbang balik penang..

he he he
amacam

intan shaheera@ieyra berkata...

kalu ieyra jadi kak azza,ieyra pasti balik kampung...

leh jumpa sedare mare and family....

Unknown berkata...

Balik kampung lagi baik sebab boleh gembirakan hati mak dan abah. Lebih membawa berkat.

Luth Textile berkata...

kak..
cuti bikin kek la..

Halezza Ibrahim berkata...

Buat pilihan yg menyeronokkan...

Yanmie berkata...

akak..kat ner skrg nie??..dh buat pilihan ke belum nie??..klu yan ler pilih blk kg..bleh jumpa family..sembang ngan adik beradik sampai lebam..ehehe..almaklumlah bknnya selalu jumpa..

BEiB berkata...

Afdalnya: Balik kampung jumpa ibu,ayah, tok dan sanak saudara...
tapi kan shopping juga satu terapi?
ayuh! Wang Kelian lah tempatnya lantas boleh sampai Padang Besar lalu singgah Alor Setar...
Pilihan memerlukan kewarasan dan justifikasi...

Blog Eazy Izzuddin berkata...

kemana2 aja la kak...
klu balek kg jmpe parents ok gak..
=)

Kamsiah yusoff berkata...

dok berdua2an kat rumah pun boring gak kan...kalau akak,keluar dari penang,tak kisah la pi mana pun..