Hati-hati yang berdetik..

6 Mac 2009

harus di jadikan rutin..

sukan sekolah sy akan diadakan pd akhir April. Namun seperti tahun2 yang lalu, anak2 istimewa ini akan menjalani latihan utk Sukan Tahunan sedari 2 bulan awal. sehingga lah beberapa minggu menjelang sukan tahunan, latihan akan diadakan setiap hari di waktu pagi. mereka agak sukar untuk dilatih sebenarnya. kekurangan dan ketidakmampuan fizikal mereka, daya tumpuan dan mental mereka yang lemah juga merupakan salah satu sebab mengapa latihan/aktiviti ini harus dijadikan rutin.

untuk mengarahkan mereka menyusup melalui gelung rotan pun, sekurang2 2 atau 3 orang guru diperlukan. mereka perlu dipegang kiri dan kanan, kena tundukkan badan mereka, namun ada jugak yang terlepas lari. ada yang sambil menyusup mulut tak henti bicara potpet2 tanpa difahami oleh sesiapa kecuali dirinya sendiri. itu belum dikira cikgu pusing ke lain sikit, tengok2 gelung tersebut dah hilang dibawa lari. belum dikira 5 6 orang yang memang dikepung sedari awl tetiba terlepas pandang lari menghala ke jalan raya. jenuh cikgu2 berkejar dari hujung ke hujung tengah padang. jadi lah kami jurulatih/jurukepung/jurusekat/jurupegang sukaneka yang tak bertauliah (bukan spt jurulatih Bachok yang terlatih)..

jika hari ini mereka boleh menyusup ke dalam gelung dengan jayanya, esok belum tentu mood mereka elok/ingat apa yang telah dilakukan hari ini. jika hari ini mereka boleh lari membawa bola ke garisan penamat, esoknya mereka akan bawa bola itu lari ke hujung padang. jadi, rutin akan berulang dan berulang, cikgu akan berlari dan berlari...dari hujung ke hujung...terjerit2 memanggil. tapi jangan haraplah mereka akan paham. murid2 lain akan tersengeh2 sambil bertepuk tangan...

cikgu ..cikgu... ..itu cikgu sana...(Rui Wen)
ei ei aa....ei ei aa....(Wei Kang)
ggggrrrrrrgggrrrrrggrrrr...(Nadarajan)
cikgu....anis cantik tak cikgu....(Nur Hanis)

dapat tangkap...cikgu termengah2...15 guru perempuan..hanya seorang jejaka..

semakin ramai yang hyper yang perlu dipegang tangan dari 7.40 pagi sehingga 12 tengahari...yang pastinya 2 bulan latihan sebelum sukan tahunan ini kami guru2 PKBP pasti akan slim2...turun berat badan..ehekkss..


masih terbayang sewaktu KOT yang lepas. untuk acara lari berganti2, Nazeha salah sorang pesertanya. orang lari ke depan...Nazeha pun ke depan jugak...tapi ke depan menentang arus...dia pusing ke belakang dan lari sekuat hati....adeh...

namun yang pastinya, sepanjang latihan di padang, Sukan Tahunan dan sepanjang tahun bersama mereka, setiap hari bibir kan mengukir senyum kerana hampir setiap masa sebenarnya hati digeletek dengan karenah mereka yang mencuit hati dan kata2 mereka yang kadangkala tidak terduga dek akal...

..suara itek serati akan kedengaran lagi di KOT(Kejohanan Olahraga Tahunan) hujung April ini. tugas dan amanah yang diberi adalah satu kepercayaan yang digalas..bukan satu bebanan.

selamat bertugas di tempat baru utk rakan sejawat yang bertukar...anggap segalanya adalah satu cabaran dan dugaan, menguji sejauh mana kekuatan dan kekentalan kita. persahabatan yang ikhlas tidak akan lentur dek kerana jarak dan ruang masa...

terima kasih di atas segala bantuan, nasihat dan sokongan selama ini.

selamat kembali dan selamat meneruskan tugas bagi teman yang baru pulang dari berkursus..10 hari meninggalkan orang tersayang pastinya menggamit rindu yang bukan sedikit..

14 ulasan:

Unknown berkata...

ni cikgu2 ambil kesempatan exercise la ni... jimat belanja tak payah gi kelas erobik.... hehehe.

Sijil tauliah hanya sekeping kertas.... sijil pengalaman lebih bermakna... ada sijil tauliah pun lum tentu boleh buat cam azza & the geng buat...jurulatih / jurukepung / jurusekat / jurupegang..... berapa banyak 'juru' tuuuu... hehehe

Blog Eazy Izzuddin berkata...

lamenye x singgah blog akak...
sekarang musim sekolah wat hari sukan...
xD

cutenye anak2 itu..
=)

azza_irah berkata...

cikgu shifu..
wahhh...utk pertama kali org setuju ngn cikgu...sijil tauliah hanya sekeping kertas...pengalaman/kebersamaan menjalankan/mengalami tu penting. bukan calang2 orang leh lari tergedik2 tengah padang sama2 tergolek ngn budak atas rumput tau..silap2 aribulan terpenyek atas sesuatu yg panas dan lembek kat rumput tuh....ekekek...(amaran utk org kg situ yg salu lepas lembu dlm kwsn skolah...tarak skolah punya orang!!)

pssttt jurulatih Hilir Perak...j/latih Bachok sungguh berbudi bahasa arini...ehehhe

eazy..
lama tak nampak eazy ke sini..bz ek dik..

ada skolah yg dh slesai pun sukan..skolah akak baru ej nak mula latihan...adeh..

ONE ZABA berkata...

pasti menjelang april...cecikgunya longgar seluar.

azza_irah berkata...

cikgu one..
itu harusss.....kan ku buktikan...hahhaaa

cik iman berkata...

slim laa guru...okies..bulan 3 dan 4..bulan terbaek utk kite kurus..yehhaa~
**xperlu skip xmkn nasi shari pun nak kurus..heheheeheh

Rashid berkata...

Salam azza,

Gambar-gambar yang terpapar ini sebagai bukti pentingnya kasih sayang, pentingnya pengorbanan, pentingnya pengertian dari seorang yang bergelar guru.

Azza, senyumlah..

kakyong berkata...

Bahagia rasanya bila melihat kasih dan sayang tiada batasan.

Tukang cerita berkata...

adoiiii....
slim lah kak azza peh nih...
:)

AiE bAhRi berkata...

Mana2 sek musim sekolah kan kak?
Seronok tgk gelagat anak2 murid dalam pic tu..

O..akak msti mc yg glamer di sekolah..

chEntA berkata...

cergasnyer mereka!!~

azza_irah berkata...

nurul iman ..
hehee...nnti pakat2 beli suar baru sb sume longgar ek...


cikgu Rashid ...
tkasih..
memang sy sentiasa tersenyum..


kakyong...
mereka tulus pamerkan tanpa berselindung kak..


Tukang cerita ...
hekhekkk...tggu n3 lepas suka la nnti ya..tgk slim ke idak..hehe


AiE bAhRi ...
hehee...sore itek serati..


chEntA ...
mereke cergas ckgu yang lembek lutut berkejar sana sini..hehe

Cikgu Kool berkata...

Sibuk seminggu ni dengan latihan rumah sukan...hujung bulan nih Temasya Sukan...letih...

p/s: Penukaran hanya sementara...menanti kebosanan menjelma kembali...nak balik kampung nih...!

BEiB berkata...

Tabik kepada semua guru PKBP...
kalian adalah bukti motto:
"Proud to be a TEACHER".
"Teaching is a NOBLE profession"
...menjadi segala 'juru' kerana komitmen yang tinggi...
*ada teman pergi dan ada teman baru kembali....lumrah dunia.