Hati-hati yang berdetik..

14 Mac 2009

TM...terlerai rindu...(14 mac)

salam sejahtera untuk semua..

lama benar rasanya tidak mencoret apa2 di laman hati ini. mood menulis sedikit melayang lantaran kesibukan dan keletihan dengan tugasan di sekolah. kelapangan seminggu yang diberi sy gunakan sepenuhnya untuk melerai kerinduan yang telah lama bertamu di hati. kekangan masa menyebabkan banyak rancangan tergendala, namun alhamdulillah, akhirnya kepulangan sy ke TM merungkai segalanya.


tujuan utama pulang ke TM kerana Teringatkan Mak...rindu terlerai, sebak di jiwa semakin berkurangan. sebagai pelengkap..tentu sj peluang menemui wajah2 yang disayang takkan sy lepaskan. menggunakan peluang dan ruang dengan sebaik mungkin. menatap wajah2 yang setia tersemat di hati, yang dibawa kemana saja sebagai penguat semangat sememangnya menyuntik satu rasa segar dan hidup dalam jiwa sy. membuatkan hati berbunga bahagia sepanjang percutian. masa yang singkat dimanfaat sebaik mgkin agar kasih dan rindu terbahagi sama rata.




mak yang cukup menenangkan hati. sukar diungkap dengan kata2..seribu patah perkataan belum kan dapat menggambarkan betapa dalam rindu yang melatari hati selama ini. ketenangan dan kedamaian yang dirasai tatkala menatap wajah mak menjadikan hati seolah disirami embun yang dingin. sejuk dan syahdu..segala masalah dan sedikit bebanan di bahu terasa ringan. sememangnya kasih ibu mekar sepanjang kita berkelana dalam hidup ini. bibirnya menguntum senyum tatkala kuntum-kuntum bahagia semakin mengembang di hati melihatkan keletah anak2 yg masih berperangai seperti 20 tahun yang lalu..


sesungguhnya kepulangan ke TM kali ini benar2 membawa makna seribu erti..cukup2 memberi kesan yang akan diabadikan di hati untuk dibawa pulang ke Penang sebagai semangat baru. kepulangan sesekali, memarakkan rasa rindu, menggenggam jemari Mak, mengucup pipi Mak..mengundang syahdu yang tak bertepi di kalbu. sesungguhnya fitrah seorang ibu...kepulangan sesekali anak yang dikendongnya sedari bayi berpuluh tahun dulu memang dinanti dengan penuh harap. kehadiran anak disisi di saat melewati usia senja memang didamba walau hati terkadang hampa bila anak terpaksa memenuhi tuntutan tugas yang semakin tergalas di bahu. sesungguhnya kasih ibu sepanjang hayat..





memandang tok(tok sebelah mak), nenek(sebelah mak) dan ayah(tok sebelah abah) yang semakin uzur, hati seakan tersayat pilu. sy semakin kehilangan orang2 yang dekat dan menyayangi diri ini. semuanya semakin menginsafkan, makin buat diri rasa bersyukur. sekurang2nya sy memiliki kenangan indah dan berharga bersama tok, sedari tok masih bekerja dan kuat sehingga kini dimana kesihatan semakin tidak mengizinkan.


masih terasa jejari kasar yang mengusap dan memicit betis tatkala demam lebih 20 tahun yang lalu. sangat2 rindu saat-saat dulu. bila saja demam, sy pasti akan ke rumah tok yang tak sampai 1km dari rumah mak. sy pasti mencari peluang utk bermalam disana kerana sy tahu tok akan memicit kaki, tangan dan badan sy yang lenguh2. tok akan mengusap dan memicit kepala dan sesekali akan dijaram kepala yang panas memijar itu. sungguh2 selesa sekali dibelai dan dimanja begitu.


memang sy menggunakan peluang sebagai cucu sulung dengan sepenuhnya. dan sehingga kini setiap kali pulang ke kampung sy pasti akan menempek dengan tok...minta diurut bahu yang kerap sangat lenguh. terketar2 jemari tua itu, tidak lagi gagah seperti dulu. sebenarnya belaian jemari kasar itu yang sy rindukan.


setiap kali juga sy akan menghilang ke rumah ayah. mendengar dia bercerita kisah dulu2..membuat jalan keretapi, zaman berdepan dengan penjajah, bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang dan itu ini benar2 buatkan sy terleka. sy hanya akan beransur setelah berjam diatas wakaf di tepi belukar kecil di tepi rumah(yang dulunya adalah sawah yang damai) setelah menerima panggilan telefon dari mak atau adik yang minta sy pulang. memang 'ralit' dengar ayah bercerita...tak sedar masa berlalu..


kepulangan kali ini, sy sempat mengambil gambar ayah di wakaf kesayangannya. dan saat sy memandang gambar itu kini, hati terasa sayu. ada sedih dan pedih yang bertamu. ayah dah semakin beransur lemah. dia tidak lagi bertenaga seperti dulu dimana pagi2 lagi dah sampai ke rumah sy dengan bermotor setelah minum teh di kedai kopi.


sesungguhnya kenangan bersama mereka yg dekat dihati ini sentiasa hidup dalam jiwa dan akan sy bawa hingga ke akhir hayat.



wajah2 mulus yang lahir dari hati terzahir indah melalui ekspresiasi wajah dan lenggok bahasa tubuh. sesungguhnya ketenangan semakin tergarap abadi di hati. jaluran pelangi semakin terang sinarnya, bersulam indah menemani sy berjalan mengutip pengalaman hidup sebagai hamba pada Dia yang satu.


terima kasih kerana diberi peluang untuk mencurah kasih dan sayang..sesungguhnya sy, anda, dia dan mereka bertuah kerana sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang yang tak bertepi..




..dlm kepayahan ada ruang dan pluang y kita boleh ambil atas daya usaha dan sedikit pemikiran kreatif..adakalanya..kita ligat berfikir utk atasi sstu dgn options y ada 1,2,3..
tp penyelesaiannya ada pd yg paling mudah,
ringkas dan 'bersahaja'.
its there to be manipulated and used and grabbed tapi..persediaan banyak membantu...
utk mengatasi segala kekangan
masalah..isu...halangan...
sesungguhnya kepulangan ke TM kali ini begitu bermakna...

26 ulasan:

Sufi Idany berkata...

Kak...miss u... lama ida tggu akak online.... tp akak tk muncul2 sehingga laa entry ni.... akak, kenangan sekalipun perit jika di atur indah manis jua untuk di kenang... selagi berpeluang dan punya ruang untuk berbakti gunakan sepenuhnya kan.... pengalaman sepanjang jalan itulah guru terbaik tuk kehidupan kita. jgn serik dan putus asa.... eheheh apa yang ida komen ni kak? actly tk abih baca lagi entry akak ni.... rindu punya pasal.... ida isi komen dulu.... heheheeh jap g komen lagi ek.... huhuhuh miss u sis..... muncul laa... i need u badly...

Sufi Idany berkata...

eheheh....i'm back sis.... ada titik tertakung di tubir mata ida kak saat nak abihkan entry akak kali ni.... hati ida meruntun rindu yang amat sgt.... rindu kan mok, mama, maklong, semua family dan semua yang sayangkan ida..... dan mereka yang makin dekat di hati..... rindu yg bertakung kian melimpahi ruang kak.... apapun semoga ida akan berpeluang untuk melepaskan semuanya nanti....

Tie berkata...

Aduhai.........tiba2 rasa rindu kat mak dan ayah semakin meluap2...hanya boleh tepon je..hu hu...

Luth Textile berkata...

dah lama tak nampak akak..
adui.. balik kpg punya lama.. sian kt org2 sini.. hahahhaa..

btw, syukur dah selamat sampai

Unknown berkata...

Assalamualaikum my dear azza.

Agak lama KakChik tak menjenguk rupanya azza baru balik ke TM. Nampaknya dah terlerai segala kerinduan azza terhadap mak dan keluarga. Kita ni memang betul, bila melihat wajah-wajah orang tersayang terutama mak-ayah, datuk-nenek diri terasa insaf dan semangat untuk meneruskan perjalanan hidup ini menjadi kembali kuat. Balik kampung bertemu keluarga ni ibarat balik servis diri juga kan.
Moga-moga azza akan kembali dengan semangat yang lebih kuat.

cik iman berkata...

wah!lame nye diam kak..bz ngan
-dia- ke..")

zino berkata...

seronok dapat balik kampong berjumpa orang tersayang... mereka pun ternanti2 tu... hehe

intan shaheera@ieyra berkata...

TM dah dekat bebenar ngan ganu......knp xbgtau nak balik TM,kalu x boleh ieyra nunggu kat tepi jalan...hehehehe
next time dtg ganu plak ok...ieyra nak sponsor tmpat tinggal tuk akak..hahahaha

Idalara berkata...

azza..mng saat terindah dan tak sbr2 dirasa bila nak balik kg jpe mak,abah dan family..2,3 hari di kg rasa tk cukup melerai kerinduan..pulak tu kak ida anak perempuan sulung..mak rapat dgn anak2 perempuan so..tak berhenti bercerita..mcm tak cukup2 masa nak bercerita...harapan kita hanya satu mak abah sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa..
Mudah2an ibubapa azza sentiasa sihat dan bahagia..

AiE bAhRi berkata...

Salam akak..
pasti terlerlerai rindu dengan insan2 tersayang..
mata saya berkaca saat membaca entri akak sebabnya perasaan rindu dengan orang2 yang tersayang memang sukar digambarkan...

Blog Eazy Izzuddin berkata...

salam kak..
lame x berupdate..
kerinduan..
ehehe
xD

Unknown berkata...

Salam Azza.

Lama gak di kampung! tentu rindu dendam terhapus.

Selamat pulang.

ILA berkata...

Harap ada kelegaan..selepas ketemu yg tersyang.
Selepas ini..bakal ada kerinduan lagi.Lantas menanti kelapangan yg bakal tiba;)

Unknown berkata...

aikkk... nape tak kayuh basikal balik kg.

duk TM... tak jejalan pun bachok... khaba2 dah kelik

Brahim Nyior berkata...

Hargailah mereka, Azza. Azza bertuah masih memiliki mak dan ayah untuk ditumpahkan kasih sayang, dan masih boleh melihat mereka tersenyum.

Jangan sekali-kali sedihkan hati mereka, sebab saya sudah tidak punya peluang untuk itu. Jika Azza berada di tempat saya, membaca entry ini sudah menjanjikan sebak yang tak terucap..

Salam..

Rashid berkata...

Salam azza,

hmmm sama azza. Apabila pulang kampung sekali sekala baru dapat tau.. satu-satu hilang.. pergi menyahut panggilanNya.

So bila ada kelapangan dan ruang utk bersama keluarga .. alangkah akan terasa begitu suka dan gembiranya. Saat itu pasti akan dibawa pulang dan akan bersama dalam ingatan ..


Azza,

Sesungguhnya mak & ayah tak pernah dan tak akan meluahkan rasa hati & kerinduan yang terpendam kerana tak mau anaknya terusik.. sedih.. itulah kekuatan dan kasih sayang mak dan ayah..

Moga kita sebagai anaknya akan mengerti..

Moga azza dapat lepaskan rindu semasa kat kampung tu..

iina berkata...

Seronok balik ke kg kan :).. selagi hayat mereka masih ada inilah peluangnya untuk meluangkan masa bersama mereka..

Teringat saya semasa melawat arwah nenek bila tiap kali saya balik ke kg.. kebetulan ada seorg lelaki singgah untuk menjual kek dan bertanya siapa saya.. dan saya katakan saya cucu dia.. dan terus lelaki itu kata pada saya.. 'baguslah adik melawat nenek adik ya' seolah ada makna yg mendalam dr kata-kata itu

Selamat berblog semula ;)

UnGu VioLet berkata...

kasih sayang ibu mmg tak pernah pudar.. syurga di bawah tapak kaki ibu, kan kak..

Sufi Idany berkata...

Resah di hati menantikan mu,
Tertanya di minda apa khabar mu,
Ruang kecil ini makin menyepi tanpa mu,
Makin menghimpit rasa tanpa bias kata dari mu,
dan aku kebingungan mencari kemana menghilang aduhai kakak ku....

huhuhu.... where r u sis? r u there?

Suzi berkata...

salam azza...bestnya balik kg melepas rindu...terasa makin rindu keluarga kat tanahair....

Tukang cerita berkata...

Salam kak...

sepanjang akak tak der nih...
saya datang gak ke rumah akak ni...
siram2 pokok bunga...
bagi makan ayam itik...
:)

TQ coz sudi tempek award saya... miss u too....

~sy pun dapat meleraikan rindu kat dada pada bonda....
Damai rasanya.....
:)

Cikgu Kool berkata...

Amboi...balik kampung melepas rindu...
Orang kat sini hampir-hampir menutup blog dah, tapi tak terdaya...

Bonda ke tuh? Saling tak tumpah gaya lentoknyer bile bergambar yer...hehehehe

AzmaMurni Aziz berkata...

Kenangan sememangnya indah walau kadangkala mampu mengusik tenang di hati dan menghambat resah di jiwa..

ONE ZABA berkata...

KB jugak yg sering menggamit mem besar untuk ke sana lagi.

cendawanintim berkata...

mestilah sonot dapat balik kampung..bukan setiap minggu dapat peluang sebegitu...

BEiB berkata...

Kampung adalah lambang jatidiri, leluhur dan warisan.
Balik kampung ialah kembali ke akar (roots). Di sanalah kita bermula...pulanglah menjenguk akardiri dengan membawa akalbudi..
*tak perlu sebab untuk jenguk Mak dan Abah...