Hati-hati yang berdetik..

15 Mac 2009

Telaga Daeng... PTK...dan memory...(15mac)

Salam sejahtera untuk semua;

..tersemat di hati...IPKT...



seminggu cuti merupakan saat terbaik bagi sy utk kembali menjejak kenangan yang setiap detik semakin segar di ingatan walau telah lama ditinggalkan. memang kita tidak hidup dengan kenangan tetapi kenangan itu yang menjadi semangat dan pendorong diri untuk terus gagah melangkah di saat lelah dan hampir tersungkur.


hujan yang turun mencurah sejak dari TM bukan menjadi penghalang utk jejakkan kaki ke masjid yang berkilauan ini. dah lama sy menyimpan impian ke sini, setiap tahun ke terengganu ada saja kekangan utk sy smpai ke sana. kali ini alhamdulillah...walaupun jejak agak terhad, namun ia tetap berbaloi. mgkin akhir tahun ini sy akan ke sana lagi kerana pergerakan kali ini agak terhad akibat hujan yang terlalu lebat. lagipun abg dah berjanji...




kesempatan yang terluang(urusan di IPKT) sy gunakan sebaik mgkin untuk menyusuri kembali jalan-jalan kenangan kami sekeluarga lebih 16 tahun yang lalu. dan sudah pastinya kenangan peribadi sy sendiri sewaktu bergelar pelajar dan gadis remaja menyusuri setiap selekoh dan simpang di Telaga Daeng (rumah kedua), Ibrahim Fikri (rumah pertama), Telaga Batin, Teluk Ketapang, Seberang Takir, Bukit Tok Beng, , Gong Badak, Tok Jembal, Banggol Pauh, Bukit Tunggal, lapangan terbang.. kenangan yang cukup mahal..


..rumah yang menyimpan seribu memory zaman kanak-kanak..




PTK..
Pantai Terukir Kenangan..seribu memory yang selamanya abadi di hati. terlalu banyak memory disini. pantai yang meninggalkan sejuta rasa yang berbaur menjadi satu. terselam di jiwa dan akan tersemat selamanya sehingga ke nafas terakhir. biarlah ia bersatu jauh di dasar hati..yang pastinya akan sy kenangi sehingga ke hari tua..


PTK...Pantai terukir kenangan yang melakar seribu memory di hati..


terimbau sewaktu kecil dulu.. sy dan kawan2 suka sgt berbasikal dari Pantai Telaga Daeng berhampiran taman perumahan, menyusur lorong di tepi pantai sehingga lah ke PTK. dulu lorong tersebut hanya muat2 basikal dan motorsikal shj. berpuluh tahun ditinggalkan..kini dah banyak yang berubah. dasarnya, fizikal jauh berubah, namun kenangan yang melatari tetap sama, hidup dan mekar biar jarak waktu kian jauh dan luas jurangnya.



PTK...sehela nafas memendam rasa..




sesungguhnya sy rindukan saat2 dulu. butiran pasir putih yang dipijak terasa seolah baldu di kaki. ombak yang pecah tatkala menghempas pantai seolah satu irama yang begitu merdu alunannya di gegendang telinga. tiupan angin semilir yang berpuput lembut terasa dingin menampar pipi..mengalunkan tudung membawa melodi yang sungguh indah, seindah jaluran pelangi yang tak tergapai di kaki langit.


..keriangan di hati terserlah di wajah..(foto nov 2007)


begitulah realiti hidup. segalanya mengusik hati, mencipta memory yang bukan sedikit. yang indah tidak selamanya kekal, yang manis tidak kan selalu berpihak pada kita. hakikat hidup harus diterima sebagai salah satu rencah yang mengiringi perjalanan hidup kita sepanjang nafas ini. menuju pada yang Satu, pasti kan ada pelabuhan yang akan kita singgahi. duduklah sebentar.. melepaskan lelah, mengutip pengalaman, mencipta kenangan, berkongsi ilmu, kewajaran, memanfaat setiap detik agar segalanya yang sebentar itu akan memberi makna yang cukup dalam dan akan terabadi selagi hayat dikandung badan..




..sesungguhnya terima kasih..
utk abg..semoga pulau payar kali ini semakin menguat dan menguji kekentalan abg..
..hujan lebat di Alma begitu mendinginkan sebenarnya...fizikal dan emosi..

sedikit tertekan dengan sesuatu , bukan kerana tidak mahu menerima amanah namun terkilan kerana sesuatu yang sepatutnya diambil berat namun diabaikan ..
..adakah nilai
berterima kasih dan menghargai semakin hilang..?


20 ulasan:

Unknown berkata...

Menyusuri nostagia!

Indah, memang indah terkenangkan masa lampau yang manis. Manis juga mengenang masa lampau yang pahit sekiranya kepahitan dahulu sudah menjadi kemanisan hari ini.

Cikgu Kool berkata...

Adoi...ingatkan PTK tadi Penilaian Tahap Kecekapan ...Pantai rupanya! Hehehee....

Blog Eazy Izzuddin berkata...

memory mengamit...
=)
xD

Unknown berkata...

kawe dah tak sempat nak bernostalgia la ni... hehehe

cikgooden berkata...

nostalgia buleh...tapi jgn sampai tension, sebab memikir benda yg lepas..

Unknown berkata...

Assalamualaikum azza,

seronoknya pulang bertemu keluarga dan makan angin bersama-sama.

mengimbau semula kenangan lalu yang indah akan lebih mengeratkan hubungan sesama sendiri.

banyaknya kenangan.

ILA berkata...

Secara jujur,merindui KT....
PTK = adakah ianya Pantai ketapang??
klihatan dirimu mjamah sotong/udang goreng..sakit hati ku..huhukkk

Idalara berkata...

salam sayang azza...indahkan bila dapat bersama keluarga tersayang di tempat begitu..
maka tergamitlah kembali memoir indah kak ida sewaktu berbulan madu di tepi pantai...tapi segalanya dah menjadi memoir pahit..

Tukang cerita berkata...

Salam kak...
Best kan kak....
Sekali sekala menghirup angin laut...
saya ngan hubby sama~sama suka dok berjiwang tepi pantai.....
Romatika de namo....
:)

Tukang cerita berkata...

Kak....
akak tak teringin ker nak tulis novel...
suka baca ayat2 puitis akak....
ker, dah mula menulis...
cuma saya tak tahu.....???

13may berkata...

cantik :)

intan shaheera@ieyra berkata...

salam kak azza....foto tu diambil kat mana ek????

Suzi berkata...

salam azza...lama juga azza duk kat trg ye...dah lama saya tak ke kaw2 tu...sejak habis zaman sekolah...

bestnya dpt pergi semula ke kwa2 yg penuh kenangan...lagi2 bersama famili. pasti ada terungkit cerita2 lama....

Rashid berkata...

Salam azza,

Suka kenangkan memori yang indah dan yang melucukan..

Kekadang memori yang menyedihkan juga banyak ertinya..

cendawanintim berkata...

takder rezeki kita nak jumpa kan...Insyaallah, kita cuba pula lain kali..

Marzalina berkata...

bestnya..mesti kak happy kan..hehe

Tanpa Nama berkata...

daddy cool..tipah pun tertipu...

maklumla,skang ni kan musim PTK (peperiksaan)...

adoi!!

kakzana berkata...

salam melurr....

selama ini akak tak penah berpeluang singgah di mesjid KT, ntah bila dpt agaknya....

mesti seronok kan?

BEiB berkata...

Menjejak kaki di PTK seperti menginjak memori.Segalanya tersimpan di antara butiran pasir pantai.
"Ombak memukul pantai, pasir menangis tak siapa yang tahu"

mohd taufik abu bakar berkata...

Tak tahu pulak awak tinggal lama kat Terengganu. 16 tahun berlalu adalah satu tempoh yang panjang. sekali bah sekali pasir berubah. tentu sekali byk perubahan yang berlaku pada alam semulajadi, begitu juga dgn manusia dalam tempoh sepanjang itu.