..backdated 29 april 2009..
salam sejahtera untuk semua..
alhamdulillah berakhir sudah Sukan Tahunan Pendidikan Khas. setelah 2 bulan berlatih utk 4 acara sukaneka SAHAJA...akhirnya bibir sudah boleh terukir senyum. seperti pengalaman tahun lalu, tahun ini tetap berulang kembali.
murid lari 50m...cikgu pasti sekali ganda, 100m. murid menyusup gelung, cikgu berpeluh2 tertunduk2 seolah2 ckgu yang nak merangkak melepasi gelung. dari bawah khemah jemputan, pasti ibubapa lihat cikgu yang terlompat2, terjerit2 di tengah padang.
biar pun terasa amat penat dan lelah berlari keliling padang, namun kepuasan yang dirasai sangat2 bermakna. berkejar ke hulu hilir apabila anak-anak itu terlepas dari pegangan, membuatkan rasa letih berlalu begitu saja. yang pastinya, bukan hanya anak2 itu yang digolek..sebenarnya cikgu turut sama tergolek. dan akhirnya masing2 ketawa mengekek..
itulah keistimewaan anak2 ini..jua sesiapa saja yang terlibat dengan mereka secara langsung atau tidak. usahlah takut menghampiri mereka kerana mereka jua manusia biasa yang dikurniai hati dan perasaan, yang punya rasa kasih dan sayang, yang punya jiwa untuk bermanja dan dimanja. hampiri mereka dengan penuh berhemah, pasti anda akan merasai ketulusan dan kesucian hati mereka..yang kadangkala sukar dicari pada kita yang sempurna akal dan anggota..

..the beauty of life does not depend on how happy u r..
but how happy others can be..bcoz of u..
..happiness always looks small when you hold it in your hands
..but when you learn to share it , you will realize how big and precious it is!!
..but when you learn to share it , you will realize how big and precious it is!!
9 ulasan:
Salam sahabat...
Patut lama benor tak update...tengah train atlit istimewa rupanya...
p/s: orang dah sibuk ngan program UPSR dah...
salam azza...
kiranya kalau azza tidak keberatan terimalah kad dan award selamat hari ibu dari akak sudi-sudikanlah iye terima kasih... terima kasih juga kerana sudi menjadi teman mengintai dari kejauhan.
patut la demam lepas sukan...dok pulun lawan taghik tali..ha ha ha
demo nih...macam2, haih...hi hi.
keseronokan-keseronokan itu lah yg tidak dapat dirasai kalau duduk dalam ofis macam aku ni ha..uhuuuuu!!! takat tengok dari jauh je la.
selamat akak tak ter'apigolek'...
hehehehe....
salam azza.. hehe.. akak pun nak tumpang seronok.. best, kann..
Pernah seorang teman merungut PENAT dan LETIH kerana aktiviti yang begini. Tapi 'end of the day' dia puas dan gembira kerana telah melaksanakan tugas dengan jayanya...harap cg Azza macam teman saya itu yang 'bertih' dalam letih...
Selamat Hari Guru buat cikgu Azza dan semua warga pendidik!
sowi...dh lama xtgk blog akak nih...dh hilang alamtnye...well....slmt hari guru...bru2 nih sek sy dtg bdk2 kelas pendidikan khas ni...mmg kesian mlihat mereka...sayu hati ini...ada yg nmpk mcm normal,but cikgu2 nye je laaa yg tau mcmna mereka sebnarnye...
Catat Ulasan