Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhasabah. Papar semua catatan

30 Dis 2011

Akhir 2011 | Halusi Anganan..

..Patong di waktu senja..



Jumaat terakhir untuk tahun Masihi 2011..
Alunkan surah Al-Kahfi, moga ketemu jumaat depan..
Dan semoga kita semua dijauhi dari fitnah,
terutamanya fitnah besar akhir zaman..
Mohon redha Allah dlm setiap desah nafas dan derap langkah.. Amin..

Lokasi | Patong Beach, Thailand...7-10 Dec 2009...


Kredit utk KakTiny Azleen atas perkongsian status...
kaki tetap melangkah..
moga hati semakin kuat dan kuat..




20 Mac 2011

Diari Hatiku..





As Salam..

Telah lama tidak menulis diari. Seingat saya sewaktu sekolah dahulu, bermula tingkatan satu sy sudah mempunyai diari. Isi Diari itu hanya dirahsia dari BONDA, tapi tidak kepada rakan-rakan. Setiap malam menulis Diari, esoknya dibawa ke sekolah dan saling bertukar Diari dengan teman-teman. Semua tahu kisah dan rahsia hati masing-masing..hehee...
itulah istilah Diari sewaktu sekolah dahulu.

Namun bukan sy ingin berkisah tentang Diari. Cuma entry kali ini, bentuknya mungkin lebih kepada Diari. Hanya catatan peribadi tentang cuti sekolah seminggu ini. Tidak hebat sehingga ke benua atau negara lain, hanya satu kebiasaan dan rutin, dan sy terjemahkan kesini untuk dokumentasi peribadi sahaja.

Cuti tidak seperti cuti.
2 minggu cuti terasa pantas berlari. Sedar-sedar hari ini sudah hujung minggu. Esok Isnin, bermakna esok kembali ke sekolah meneruskan amanah dan tanggungjawab.

Seawal cuti, saya dan abg bergerak ke kampung d TM. memang telah ada dalam rancangan. Kami harus bijak mengatur dan membahagikan masa cuti yang terhad ini. Segalanya telah sedia dijadualkan, bagaimana, bila, dimana kami harus berada pada tarikh-tarikh sepanjang cuti ini.



Alhamdulillah.
Segalanya berjalan lancar.
Kepulangan ke kampung walau hanya 5 hari(3 hari sebenarnya tolak 2 hari perjalanan pergi balik) cukup bermakna. Terima kasih abg kerana memahami situasi ini, dan kami meneruskan rutin kami sperti 11 tahun yang lalu. Apabila cuti yang amat singkat begini, kami berbagi rumah.

Malam pertama di rumah sy, malam kedua di rumah mertua, malam ketiga dan seterusnya..kami di rumah masing2...bersama BONDA dan family masing2. Sesekali pulang ke kampung, tentu sekali BONDA dan BONDA MERTUA ingin berlama-lama dengan anakanda nya. Bercerita, berkisah, meluah rasa, bermanja dan mengadu. Ini lah masa nya.
Alhamdulillah..inilah yang kami praktikkan sejak 11 tahun yang lalu..dan semua pihak berpuas hati. Tiada rungutan, tiada kesalan berbekas di hati.

Kedua BONDA mendapat sepenuh perhatian dari buahati mereka. Jika cuti panjang, kami memang akan berarak 2 malam di rumah BONDA, 2 malam di rumah BONDA MERTUA bergilir-gilir. Rutin kami telah menjadi kebiasaan bagi ipar duai dan adik beradik. Mereka tidak lagi hairan, walaupun awal-awal dulu agak kekok mereka lihat. Abg dan sy memang telah sediakan jawapan sejak 11 tahun yang lalu. Alhamdulillah..kini semua insan yang dekat dihati telah faham dan mengerti jika pasangan ini sendirian di rumah BONDA masing2. Kita hidup tidak lama bukan..inilah masa nya utk menghabiskan sebanyak mana masa yang diberi dengan insan-insan tersayang.

Mereka (BONDA dan KELUARGA) tidak mengharapkan duit ringgit kita. Tidak mengharapkan ditabur kemewahan dengan harta benda. Jauh disudut hati, apa yang diharap adalah kasih sayang dan masa berharga.
Anak-anak yang dibela sedari kecil..riuh rendah rumah, berebut makanan, tidur bergelimpangan di ruang tamu...kini rumah BONDA sunyi sepi. Tiada lagi anak kecil yang dulunya dibelai, dijaga, disuap makan. Dinasihat dan diturunkan segala ajaran untuk menjadi manusia sempurna. Diberi didikan agar menjadi sebenar-benar 'insan'.

Tentu sekali hati kecil BONDA sentiasa berdoa dan berbisik...alangkah bahagia jika anak-anak ini tetap anak yang kecil..pasti kan tetap nyata wujud disisi, dilihat dengan matakasar susuk tubuhnya, dipeluk dan dibelai seperti dulu. Erm..entah kenapa saya percaya hati BONDA pasti merindui saat-saat anaknya sewaktu kecil dahulu. Cuma hati seorang BONDA..takkan meluah, takkan meminta, takkan mengadu..biarpun hati kecil sentiasa mengharap dapat menghabiskan usia tua dengan hadir yang nyata anak-anak disisi..menemani tiap saat sepertimana beliau menatang kita sewaktu kecil dahulu.

5 hari mengayam rindu di kampung, terpaksa kembali ke Pulau Mutiara kerana tugas menanti. Sebaik sampai, abg terus berkemas-kemas kerana akan bertolak ke Kota Kinabalu malam itu. Abg membawa sekumpulan rakan JU untuk menawan Puncak Kinabalu.. puncak yang sy tawan pada Ogos 2010. Entrynya ada dimasukkan disini. Dan secara peribadinya, memang saya kagumi kerja keras abg yang tidak mengenal erti penat. Jika puncak berjaya ditawannya, ini adalah kejayaan nya kali ke 5. Saya iringi dengan doa, agar kejayaan dan tiada kemaslahatan sepanjang usahanya. Dan saya...

Disini..mengadap ini..sepanjang abg tiada sehingga ke saat entry ini ditaip. Kepala mula berat, mata berpinar-pinar. Semuanya gara-gara e-operasi dalam e_GTukar yang perlu dihantar pada Isnin 21 Mac sebaik sekolah dibuka. 5 hari bertapa dirumah, tidak menjejak tanah. Dan 5 hari ini juga sy berazam utk kembali diet (heheh). Alhamdulillah sehingga ke entry ini ditulis, telah 5 hari sy tidak menjamah nasi walaupun sebutir. Hanya oat, buah dan Kopi Kacip Fatimah berselang seli. Hasilnya...alhamdulillah..telah turun 1 kg ! Harap apabila abg pulang malam ini sy tidak tergoda dengan makanan-makanan yang dijanjikan lewat panggilan telefon tadi..hehe..



Terlupa..ini catatan peribadi..Diari.
Tentu sekali ada yang melibatkan perasaan dan emosi. Walau hanya seminggu cuti, namun emosi yang ada dalam diri sy sarat, penuh, melimpah ruah dan meledak. Dari gembira, sedih, bangga, geram, marah, kebetulan, ralat, kosong, penuh terisi...sehingga kepada bahagia dan teruja melimpah ruah.

Banyak yang tidak terduga terjadi tiba-tiba, membuatkan sy yang biasa-biasa...wahhhh..menguntum senyum tidak putus. Teruja dan bahagia. Indah nya hidup ..
Namun ada juga emosi mengusik hati..sehingga tidak dapat diselindung lagi rasa ini, menitis airmata berkongsi kesedihan dan kedukaan seorang teman maya tatkala melewati bait-bait kata pada sesuatu yang langsung tidak diduga.

Sedih berbaur penuh emosi tatkala terlintas ujian yang telah diturunkan buat dua teman blogger, Lemang dan Mawar. Buat Lemang..moga semakin kuat ..dan semakin kuat..insyaAllah..kebahagiaan milikmu akhirnya.

Buat Mawar..
Alfatihah dari kejauhan..di atas pemergian suaminya, juga seorang teman blogger yang sy ikuti tiap bait katanya dalam diam sejak akhir 2007.. arwah Nafastari..yang kembali ke Rahmatullah pada awal Mac 2011 sekembalinya dari Pakistan. Moga Mawar(isteri arwah) , Embun(anak sulung) dan Kekwa(anak ke 2) yang baru berusia beberapa bulan tabah dan terus tabah.
Entry Catatan Buat Anakanda Kedua, mampu menitiskan airmata bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan hidup arwah...pasti menjadi satu dokumen yang sangat berharga dan bermakna sy kira buat Kekwa tatkala dia mula mengerti apa itu erti hidup kelak.

Jodoh pertemuan dan hidup mati ketentuanNya, namun pemergian tanpa pesan ..Subhanallah..jangan lah saya diuji sebegini..

Semua nya perjalanan hidup.
Semua nya telah diatur sebaiknya. Jika dikurnia kebahagiaan dan kegembiraan yang tak tersangka, pasti alam akan berlagu irama indah..rerama berterbangan dengan girang dan syukur tak putus...alhamdulillah. Itulah bahagian dan rezeki yang Allah memang telah janjikan utk kita.

Namun jika berduka, ditimpa musibah dan wujud kekangan sehingga kita rasa benar-benar lemah, panjatkan lah doa, serahkan lah hati kepada yang ESA, nescaya Dia tahu apa yang terbaik untukmu..Dia tahu rezekimu bukan disitu dan untuk itu..mungkin ada cuma belum tiba masanya.

Siapalah kita utk menidakkan takdir yang telah tertulis di jalan Allah..?


Sesungguhnya...
cuti singkat ini satu perjalanan..
cuti singkat ini satu kehidupan..
Cuti singkat ini satu hamparan alam yang maha luas utk dimengertikan.
Terima kasih Ya Tuhan..kerana masih diberi peluang utk mengenal diri ..
dari pengalaman, dari perkongsian, dari pemerhatian...
Sesungguhnya..perjalanan himpunan pengalaman..



..muhasabah diri ..
aku bukan terbaik cuma mencuba utk menjadi yang baik.
walau masih sgt banyak khilafnya...




12 Mac 2011

Tsunami : HAYMM..

As Salam..
Allah berfirman: “Barangsiapa yang berdo’a kepada-ku, pasti akan ku-kabulkan, dan siapa yang memohon kepada-ku, pasti akan ku-beri,dan siapa yang mohon ampun kepada-ku pasti akan ku ampuni”. (HR.Bukhari, Muslim, Maliki, Tirmidzi )

Ya Allah, peliharalah kami dari musibah yang Engkau turunkan, berikanlah kami nikmat-nikmat-Mu dan jadikanlah kami hamba-hamba yang mendapatkan kebaikan, bukan hamba-hamba yang mendapat ujian, dengan rahmat-Mu, Wahai yang paling penyayang diantara yang penyayang. Anugerahkan kepada kami kesehatan lahir dan bathin. Amin


HAYMM : Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
..muhasabah...betapa kerdil diri ini..


LIVE update tsunami di Jepun boleh ditonton di BBC. Klik sini..



~hujan lebat..
..tenang dan damai di kampung bersama BONDA..

2 Feb 2011

Saya yang cuai..


Salam..

Cuti baru-baru ini sy berpeluang ke Bangkok secara backpackers bersama abg dan dua orang teman menaiki Tren 36 Ekspress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok.

Gembira, excited dan tentu sekali mengujakan kerana ini kali pertama ke sana. Segala persiapan dan kelengkapan diteliti agar tiada yang tertinggal. Berkali-kali dibelek, diteliti list yang dibuat, sy benar-benar berpuas hati.

Tentu sekali yang paling tidak sy lupakan adalah mypinkish..IXUS 95 IS. Walaupun abg membawa Nikon D90 nya, yang tentu sekali focus utamanya adalah sy, namun sy tetap tidak pernah meninggalkan mypinky..setia menemani di dalam handbag ke mana pergi..hatta ke sekolah.

8Dec ..bermulalah perjalanan kami ke Stesen Keretapi Butterworth…Tren 36 Ekpress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok. Mengujakan apabila dua orang teman sibuk merakam foto kami berempat berlatarbelakangkan stesen keretapi ini. Saya juga tidak manu ketinggalan. Mengeluarkan mypinky dengan rasa teruja untuk merakam detik-detik indah sebelum memulakan perjalanan selama 23 jam.

Bila saja mypinky dipetik…


Adesss…tiada memori kad!

Betapa cuainya saya…rupanya memory kad masih lagi terselit dalam lappy di rumah. Apa lagi nak dikata…terkilan benar rasa di hati kerana itu adalah gajet yang penting, yang tidak pernah sy tinggalkan selama ini..

Akhirnya..menumpang D90 abg (yang sememangnya gambar sy beratus..hiks..)..juga kamera dua teman yang ikut serta.

Untuk diri sendiri..memang satu pengajaran.

yang pasti..biar pun memori itu tidak dipetik jari saya untuk diabadi di kad memori...namun memori itu indah dan utuh terpahat..kemas terakam di minda..

~menaiki Tren 36 Ekpress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok...23 jam..


~Floating Market yang terbesar di Thailand...Damnoen Saduak, Bangkok..

~Pasar Chatuchak...
pasar terbesar yang mempunyai bilangan gerai melebihi 5 ribu..jenuh..


~Khoa San Road..tempat yang sangat popular di kalangan backpackers dunia..
..menginap di Ben's House, Khoa San..


~Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok..



Bangkok sangat menggamit sy untuk kembali ke sana...
insyaAllah..satu hari nnti..pasti akan sy jejaki lagi..

**Catatan lengkap perjalanan kami boleh dibaca di mytripadventure dan gambar-gambar boleh dilihat di Facebook sy..


Haiku:
Hua Lamphong sepi
bawa ku dalam mimpi
memori hilang



..3.57am..napa mata takleh lelap..


27 Jan 2011

13 januari mengusik hati..


..mengimbau entry Ah Fat episod ii...entry 15 Januari 2009..



13 januari 2009...

dua kisah di hari sama berlainan situasi. Jua mengundang dua rasa yang cukup menyentuh hati..

  • Gaya seorang aiman…

Keletahnya mencuit hati. Gerak lakunya membuatkan sesiapa saja pasti tersenyum. Sy menganggap kehadiran Amir Aiman sebagai murid baru di kelas kami adalah satu anugerah, menggantikan Fairos (Sindrom Down) yang telah melangkah ke sekolah menengah. Agak seiras dan gerak laku yang hampir sama. Sepanjang jamuan pada hari lahir sy, memang kami asyik bergelak ketawa. Aiman pantang melihat hp, pasti akan ada saja aksi yang tak disangka2. Paling disukai ialah meletakkan jari di dagu dengan muka blur seolah2 sedang berfikir. sangat2 manja…tapi kuat merajuk..larang sikit..mulalah muka masam, tak smpai seminit dia pulak yang cak cak kat kita…

Sewaktu jambangan bunga dari abg smpai, Aiman yang bersungguh nak pegang. Sy baru nak capai hp…dia yang menonong amik bunga tu minta sy snap…adehhh aiman… detik demi detik yang kami lalui..sesungguhnya mengundang rs sayang yang semakin menebal di jiwa..

  • Pedihnya Ah Fat..

Susah nak diungkap sebenarnya. Hati rasa tersayat. Dua cerita yang berbeza, hari yang sama dengan dua situasi yang berlainan. Selesai jamuan, bising2 kedengaran. Rupanya Ah Fat yang meraung. Ingatkan tangisannya seperti biasa, namun apabila didekati, darah dah bertitisan dari jarinya yang dah sedia lebam dan luka.

Paip PVC yang dimasukkan ke lengan Ah Fat (sendi-utk menghalang dia bengkokkan lengan) longgar dan menggelungsur turun menyebabkan Ah Fat berjaya menggigit jarinya sendiri sehingga berdarah! Meraung dia menahan sakit dan pedih. Erm..sepedih hati kami yang menyaksikannya. Beberapa orang guru berundur kerana tak tertahan melihat sakitnya dia, airmata bergenang. Luka akibat gigitan mengalirkan darah, mulut tak berhenti menyebut mummy…


Kematangan dan ketenangan Cek Wan (PK Khas) terserlah. Mungkin kerana beliau pernah memiliki anak istimewa yang telah dijemput pulang ke Rahmatullah. Didukungnya ah fat…dibelai dan digosok2 belakangnya. Beberapa minit ah fat kembali tenang, mgkin dapat merasai kehangatan kasih seorang ayah…

Hati siapa yang tidak pilu, hati siapa yg tidak terluka. Siapa yang memandang pasti kan berkaca mata. Ada duka yg pedih jauh di jiwa Ah Fat. Nak menyuarakan dia tidak mampu, hanya menangis meminta simpati. Sy pernah masukkan kisah Ah Fat disini dalam entry 'sebutir pasir kasih yang terluka.." Dua tahun ditinggalkan ibu, bibirnya masih setia menyebut mummy tanpa sedetik melupakan..

Jika tadi kami bergelak gembira dengan telatah aiman, wei kang, rui wen dan beberapa orang lagi murid, kali ini rs simpati dan sayu benar2 membuatkan hati menjadi hiba. Hati sy yang berbunga kerana hari ini hari lahir sy, benar2 terasa pedih.

Hati yang gembira…menerima hadiah dari abg, menerima hadiah dari teman2, ucapan2 yang tak putus2…menyambut hari lahir bersama anak2 istimewa ini..namun situasi Ah Fat buat sy terpana seketika..situasi Ah Fat yang realiti di mata benar2 menjadikan sy dan rakan2 lain terpaku. Mengenangkan Ah Fat, mengenangkan dukanya hidup seorang Ah Fat, terasa diri begitu kerdil. Terasa diri alpa seketika walaupun hari2 berhadapan dengan mereka. Mudahnya kita lupa ..sedangkan ada insan lain yang begitu menderita. Bagaimana agaknya nasib Ah Fat kelak..tuk dan neneknya sudah tua dan uzur..bagaimana nanti..

dan hari ini...15 januari 2009..

Sekali lagi Aiman menunjukkan reaksi manja dan bersahajanya yang semakin membuatkan hati sy dan guru2 lain bertambah selesa dan tercuit.

Dan sedetik dalam masa yang sama juga…Ah Fat mengulangi apa yang terjadi pada 13 januari 2 hari yang lalu. Bahunya digigit…berdarah…merah membasahi baju sekolah yang putih..
Merenung ke dalam mata Ah Fat..sekali lagi hati tersayat…kami terkedu…

tak terselam hati ah fat...tak terduga kasih aiman..

disini sy menumpang ..mencari kasih dan kekuatan mereka..

29 Okt 2010

PHB..Pintu Hati Baru..


Petikan dari majalah Solusi..


Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran.
Jika kau tidak temui, carilah

hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika kau tidak temui, carilah hatimu

ketika duduk bertafakur.
Jika kau tidak temui, berdoalah pada Allah

PINTU HATI YANG BARU.....

(kredit utk seorang teman, Nawal Shuhaida utk ungkapan ini..)


..Friendship is always a sweet responsibility, never an opportunity..



25 Okt 2010

Gema Bersatu di Bujang Melaka..


Salam..


Pintu akal kan terbuka bila anda mendekatkan jiwa dengan alam. Berdetik hati siapalah diri kita sekadar sebesar batang lidi jika dibandingkan dengan pohon umpama gergasi di hutan rimba. Besarnya kuasa Ilahi...

Alhamdulillah, sangat bersyukur masih diberi peluang mengenal diri dan belajar menghargai tatkala diri berada di tengah belantara...terasa sangat kerdil di bawah naungan pepohon merimbun. Diserak dedaun masih sukar untuk nampak berbalam cebisan cahaya...
Ya Rabbi..indah ciptaanMu mengatasi segala..

Melangkah tenang terasa amat kedamaian mendakap jiwa. melepasi denai mengharung jeram nan dingin , menjadikan diri begitu bersyukur...alam ini masih menyebelahi kita..masih menitip damai, masih menyanyi merdu alunan rimba...masih membisikkan perjalanan ini tidak kosong....perjalanan ini penuh liku dan duri, hanya yang benar-benar tabah sahaja akan smpi ke penghujung yang bercahaya...

Gemersik geseran dedaun, juga bertingkah suara unggas rimba seakan mencipta satu irama indah nan syahdu. Penat lelah dikuatkan jua melangkah, kerana tahu di puncak sana keajaiban Ilahi sangat istimewa utk dihadap...

Amat malang bagi insan yang hanya tahu berkata, namun pabila ditingkah.. berundur menyorok, berselindung di sebalik zon selesa..tidak berani berjuang demi sebuah cita..
sewajarnya, selagi mampu dan berkudrat..takkan terlerai genggaman mimpi..selagi puncak tidak dapat ditawan..




Biarlah gambar berbicara..rasanya itu lebih elok dari kita terlalu banyak berkata, risau disalah tafsir, niat disalahanggap. Kadangkala bila melihat sendiri dengan mata kasar dan matahati lebih baik dari bicara tanpa henti...
disitu kita kan serap dengan hati budi, memandang dengan penuh erti...bahawa setiap sesuatu itu punya nilai yang sangat tinggi...


Gunung Bujang Melaka, Kampar, Perak..
10-11 april 2010..
17 orang..12 group Penang, 5 group Manjung.

Group Penang~Kayrol, Ust Din, Ust Azan, Rozaimi, Haizul, Salahudin, Azza, Izan, Eilah, Liana, Laili, Zura.
Group Manjung~Kodin, Hafizudin, Lah, Omm, Adik Kodin.


Anda boeh melawat mytripadventure utk mengetahui dengan terperinci kisah perjalanan kami.
..juga dapat menyaksikan panorama indah sepanjang pendakian kami di myxpdtion.multiply juga di facebook sy.

Satu yang pasti..
kerdilnya kita bila berdiri di tengah-tengah ciptaanNya yang lain..


Sedikit Info Gunung Bujang Melaka

Gunung Bujang Melaka yang terletak di Tapah Perak, mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,048 kaki). Gunung Bujang Melaka mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terletak di Hutan Simpan Sahum Kampar. Ianya bermula dari Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai Kampar. Ketinggian yang mencecah 4048 kaki menyebabkan suasana sejuk dan dingin pada pengunjung yang bermalam dipuncaknya mahupun diCamp Lebah. DiCamp Lebah para pendaki yang tiba dinasihatkan agar berhati-hati semasa tiba dengan tidak membiarkan baju basah diletakkan merata-rata kerana lebah yang ada disana memang gemar menghurungnya.


Untuk kesana anda perlu menaiki bas dan turun di Stesen Bas Kampar. Kemudian anda mempunyai pilihan samaada untuk berjalan kaki (30minit) ke Air Terjun Batu Berangkai ataupun mengambil teksi terus kesana. (sumber : pelbagai website)



..bisikku pada bulan..
kembalikan temanku, kasihku, syurgaku..
bulan..jangan biar siang..
biar malam menjadi kelam
menyanyi sepi sepertiku..



..beranilah menjadi insan yang bertanggungjawab,
bukan menjadi insan yang membaling batu
tetapi sembunyi tangan..

..andai rindu ini milikmu..rinduilah ..




22 Okt 2010

Indah Bersamamu..


Salam..

Sy sekadar menegur nya tatkala melihat beliau terbelek-belek kertas di meja seorang teman..

Sy : Rafi buat apa tu..

(beliau mendongak memandang sy dengan tersipu-sipu, lantas menundukkan kepala sehingga muka mencecah kertas di meja)

Sejurus sy bangun dari kerusi, beliau melarikan diri ke stesen nya dan terus menyorok. Aiksss...apa ke hal..


jenuh dipujuk, jenuh dirayu..
beliau tetap malu pada sy.
makin dipujuk makin jauh ke bawah meja beliau mengensotkan badan.


sebab geram beliau taknak juga keluar...sy dan kawan2 mula menggiat...

Rafi..?
Ni Cikgu Irah lah....
ckgu bukan nak menggoda Rafi tauu...
ckgu cuma nak mengorat Rafi je..

hahaaaa...

hahaaaaa....makin beliau menyorok ke bawah meja dengan tertonggeng begitu...aduhhh...

Malu kat ckgu napa..
Rafi nak kawen ngn ckgu eh...
brapa hantaran..arini tarikh comei tau...20102010...

hahaaa..

Rafi jangan malu laaa...




aduiii...cikgu Irah nak mengorat Rafi eh..

Pecah gelak kami di kelas memandang gelagatnya..

Ternyata...Rafi dan anak-anak istimewa ini tidak pandai menipu. Rasa malu, sayang, sedih, sakit, cinta dan kasih dipamer dengan tulus tanpa perlu berselindung dan berhelah. Seiringan yang wujud dihati dengan tindakan dan perbuatan. Akal seiring langkah..

Sungguh mereka sangat istimewa. Sungguh mereka dekat di hati. Keletah mencuit rasa, tingkah membuai jiwa. Sy sgt tenang, sgt senang. Segala kekusutan dan gelodak di jiwa terasa melayang. Segala yang sangat berbaur akhir-akhir ini terasa dapat dipendam seketika bila airmata hampir keluar menyaksikan gelagat anak-anak ini.



Memang telah terdetik hati sekian lama sebenarnya, sy telah mengabaikan anak-anak ini. Lantaran kekangan dan amanah lain yang telah dipertanggungjawabkan ke atas sy, membuatkan tumpuan, fokus dan komitmen sy sendiri pada anak-anak ini agak terjejas. Tambahan pula masa mengajar sy juga dikurangkan lantaran amanah yang dipegang, menjadikan masa sy bersama mereka sangat terhad tahun ini.

Bukan niat, bukan tujuan..tetapi menggalas kepercayaan dan keyakinan orang pada kita, adalah satu tugas yang cukup berat. Kita cuma manusia biasa yang kadangkala leka dan alpa sehingga terlepas pandang. Khilafnya di pihak sy..masih tidak bijak membahagikan masa yang telah dikurniai Allah,

Namun alhamdulillah..Dia sentiasa sayangkan hambaNya. Waktu minda kita terasa sangat letih, keseorangan dan terabai, anak-anak ini hadir mengukir senyum mengubat hati. Disaat kita rasa dikhianati, anak-anak ini menghulur tangan menggenggam jemari. Terasa terbang dan lapang segala resah yang bersarang. Siapalah kita untuk memungkiri janji Allah dan menidakkan kehadiran mereka yang sememangnya sangat mengusik hati dengan cara tersendiri anugerah Ilahi..?

Dia telah aturkan yang terbaik untuk hambaNya. Kurang dan lebih rezeki kita telah disusun dengan penuh bijaksana. Lemah dan kuat kita Dia uji mengikut kemampuan.
Benar..kita diuji saat ini kerana kita sangat kuat ..dan Dia tahu kita mampu..





..kuatkan dan lapangkan hati kita seperti hati anak-anak ini..
..utk 'kamu'..kehadiran anda memerhati tidak diperlukan disini..dengan hormat..sila PERGI..



19 Okt 2010

..sedetikhati.. Berbicara Lagi..



..sedetikhati berbicara lagi..

hadir rindu sendiri..
kembali menguji hati..
setia kata terpatri..
insyaAllah.. janji Allah itu pasti..

biarlah kita bersahabat biasa-biasa sahaja..namun persahabatan kita tetap luar biasa..




serak mega senja
melarik garis suci putih
indah jauh setinggi awan
bebas terbang ceria berkicau

serak mega senja
saat sandar tak lagi kukuh
saat jejak tak lagi berbekas
tiba jua penghujung masa

serak mega senja
kian pudar beransur diri
merah bertukar kelam
hampiri Dia Yang Maha Esa

azza...: 21 mac 2007..
Darul Iman..


..percayalah..janji Allah itu pasti..

11 Jan 2010

Andai Hati mu Menangis..


Salam..


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu…

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah bersamamu untuk menenangkanmu…

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu…

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu… Allah sentiasa berada di sampingmu…

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu…

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah akan tersenyum kepadamu…

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu…



..mula belajar untuk redha..

..menyibukkan diri satu terapi..


8 Sep 2009

Saya, UPSR, Sejarah dan Tangga..


salam sejahtera untuk semua..



hari ini UPSR..
pasti anak-anak ini sangat gementar. terimbas saat2 dulu sewaktu kita menduduki peperiksaan. sejuk kaki tangan, dalam hati hanya Tuhan yang tahu. namun gementar kita, resah lagi hati ibu dan ayah. pasti saja mereka tidak menang tangan menyiapkan segala keperluan anak dari malam apatah lagi pagi menjelang peperiksaan. sudah pasti itu akan menjadi keutamaan, yang lain2 boleh 'KIV' dahulu.
moga anak-anak ini akan menjadi seorang yang 'kuat' selama 3 hari ini sebelum mereka 'merdeka' untuk seketika sementara menanti kaki melangkah ke alam menengah.




Sy sebagai Pengawas Peperiksaan..

dalam kalut anak n ibu ayah ini, sy dan ratusan lagi cikgu-ckgu lain juga kalut untuk ke tempat peperiksaan seawal pagi tadi. mata sedikit bengkak, akibat langsung tidak tidur malam tadi. begitu juga abang. silapnya sy sendiri, akibat dilayan mata tidak mengantuk, menonton tv sehingga ke sahur. sudahnya sewaktu memandang cermin untuk menyiapkan diri, mata agak sembab dan merah. terpaksa lah ditebalkan celak dan eyeshadow agar mata sedikit galak dan bersinar. Moral..paksa diri/mata utk rehat/pejam seketika ..

Tangga..
sy bertugas di Bilik 4, di salah sebuah pusat peperiksaan di BM. bilik itu berada di tingkat dua, sy terpaksa menaiki tangga lebih setingkat dari teman-teman lain. satu senaman di bulan puasa.



...dan tangga lagi..
beratus murid menanti untuk masuk ke dalam dewan untuk menduduki Kertas 022 - Bahasa Melayu Penulisan. sy berjalan pantas dari bilik Ketua Pengawas menuju ke tangga sebelum sampai ke Bilik 4. terpaksa menyelit di tengah puluhan murid yang berdebar2 melihat sy mengelek kertas peperiksaan di tangan kiri. tangga pertama kaki kanan..kiri...kanan lagi....

...gedebukkk....!!!!


2 lutut dan 2 lengan rapat dan kejap di atas simen tangga.
kedengaran bunyi-bunyi di belakang, mungkin gelak mungkin terkejut. terasa ada murid di belakang datang menolong...

...teacher...u ok aaaa...

cikgu tersembam..di belakangnya puluhan murid..
adeh...tangan kiri tak lepas memegang kertas soalan, tangan kanan macam terkehel..
paksa diri untuk bangun walau lutut sakit sangat..tanpa menoleh ke belakang sy meneruskan usaha menaiki tangga hingga ke bilik 4 dengan puluhan mata yang memandang...
dalam hati.............

makkkkkkkkkkk....malunyeeeeeeeeeeeee!!!!

adeh...


Sejarah..
hari ini...UPSR 2009.. Kertas Bahasa Melayu Penulisan.. 9.30am tersembam di depan puluhan murid.. ...lututku lebam..

Moral..
- nak melangkah tengok bawah sama..
- nak bergaya biar kena tempat dan masa..

- malam waktu tido..bukan on9..adehh..

- jangan ingat ngn budak 12 tahun anda tak akan malu..tebal 20 inci muka..adehhh..

- sungguh, sy tak pakai dah baju tu utk menghadiri apa2 majlis..

Muhasabah..
susah untuk mengaku kebenaran, namun disinilah silap sy dan sy akui. dalm seminggu ini 2 kali terlintas di fikiran..

' bagaimana kalau Si A, Si B dan Si C terjatuh longkang di kantin, atau tergolek tersembam di tangga? bagaimana reaksi mereka mengawal rasa malu? bagaimana riak muka mereka? adakah mereka akan senyum? akan hilangkah segala ayu anggun sopan santun yang turut dihayun sewaktu melangkah?

dan bila lintasan/bayangan itu hadir sy tersenyum sendiri..

astagfirullah...
sekelip mata Tuhan membalas nya..walau hanya dengan sekali sahaja lintasan di hati..

ampunkan aku Ya Allah..


....beritahu abg dan teman baikku...
sungguh takde rasa simpati...dushhhh..

14 Ogo 2009

sy jua akur..maaf dan terima kasih..

salam sejahtera untuk semua...


lewat tengahari tadi sy menerima sms daripada seorang teman. tepat jam 12.18 tengahari. mengamati patah demi patah..


..akur...maaf dan terima kasih..


sy faham dan amat faham. namun bagaimana harus sy balas..?..

seringkali kita tewas dan keliru dengan rasa sendiri. seringkali jua tindakan dan keputusan kita bukan berdasarkan logik akal tetapi lebih kepada emosi yang membelenggu jiwa. kewajaran dan pertimbangan seringkali kita letak ke tepi. ego menguasai diri..

sesetengah orang rela berpatah arang berkerat rotan dari mencari punca dan menjelaskan mengapa begitu dan begini...
setengah orang lebih suka mendiamkan diri dari membela diri..
dan setengah orang sangat2 degil..sehingga sanggup melepaskan segalanya..
mungkin itulah kita...itulah sy..


" Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.
Wahai Tuhan yang memalingkan hati-hati palingkanlah hati kami ke arah mentaatiMu....
"


sms teman itu sy balas akhirnya...
tetap membawa maksud dan pengertian yang sama..



..bahawa sy jua akur...maaf dan terima kasih..

















..azza..
cukup menginsafi dan mengakui kelemahan dan kekurangan diri..
silapnya adalah dari ego sy..

13 Ogo 2009

..muhasabah diri..

salam sejahtera untuk semua..





..keluar dari kelas dengan geram dan sebak berselirat di hati..
mungkin sy, anak-anak itu..jua mereka adalah sama. kecelaruan dan kehangatan beberapa hari ini dengan bebanan tugas dan sesuatu membuat fikiran sedikit terganggu. walau sedalam mana nafas ditarik dan dihela, rasa kesal yang bermukim di hati tidak mampu mengundang keceriaan seperti masa-masa dulu. lantas terdetik di hati...adakah kesukaran pada hari ini lantaran masih ada dosa-dosa lalu sy kepada mak dan abah yang sy terlepas pandang lalu terlupa meminta ampun..?...
mungkin kah kerana sy terlalu alpa dengan nikmat-nikmat yang pernah diberi olehMu sebelum ini sehingga sy tenggelam dengan ego sendiri...
terasa diri amat kerdil...

...harus sy mohon maaf dari mak..
...harus sy mohon ampun dari abah..


..mudah dan lancarkanlah segala urusan dan tugasan dalam menjalani kehidupan di bumiMu ini...


..terlalu banyak memory indah sewaktu masih bergelar sahabat..
namun memory itu hanya mampu dikenang kini, kerana sy tidak mampu lagi untuk mengulanginya
dan menerima kamu sebagaimana dulu...
biarlah ia kekal abadi di hati...