backdated 26 july...
salam sejahtera untuk semua..
panggilan telefon yang sy terima dari seorang rakan sejawat sewaktu sy menziarahi seorang teman di Hospital BM, membuatkan sy tergamam. dia sekadar memaklumkan..tanpa bertanya NAK atau TIDAK. namun belum habis dia memaklumkan kepada sy berita itu, laju saja mulut ini menjawab...NAKKK...tanpa berfikir panjang.
sy tidak dapat melihat wajah dia di hujung talian, namun dari nada suara nya sy tahu dia tersenyum mendengar jawapan sy. cuma katanya...jangan terlalu mengharap..semua masih dalam perbincangan.
setelah memberi persetujuan, barulah sy terfikirkan abg. sepatutnya sy perlu meminta kebenaran beliau dulu baru memberi keputusan. namun barangkali terlalu excited, langsung sy lupa segalanya. namun sms balasan dari abg menenangkan hati sy..
hati sy cukup berdebar tika itu. menunggu panggilan telefon dari rakan sejawat membuat sy resah teramat. rasa nak menangis pun ada. antara percaya dengan tidak. antara harapan jua kegelisahan. benarkah ini semua akan jadi kenyataan? macam2 terlintas dalam fikiran.
bagaimana nanti...?
mampukah sy..?
adakah rutin harian sy akan berubah.?
sy dan abang akan punya tanggungjawab baru..?
bagaimana penerimaan Mak, Abah dan family di kampung..?
sy menelefon seorang rakan baik. meminta pendapat dan pandangannya sebagai seorang yang lebih berpengalaman. memang beliau berupaya membuat sy tenang seketika. satu persatu isu ini dikupas, dijelas dengan terperinci segala prosedur. Pro dan kontra, jua kesan, akibat dan hikmah yang tersembunyi. namun debar di hati masih tidak reda..
penantian amat menyeksakan. lewat petang, telefon berbunyi. sayup di corong telefon, rakan sejawat menjelaskan satu persatu dengan teliti dan tenang. sy tahu beliau mahu sy mendengar dengan lebih rasional. sy menarik nafas panjang. terdiam, tak tahu apa yang patut katakan. semuanya telah tertulis, semuanya telah ditentukan oleh Allah swt. setiap insan pasti punya keinginan dan impian. begitu jua sy dan abg. namun sy yakin, sesuatu yang terjadi itu pasti ada sebab musababnya. sy menerimanya dengan hati yang lapang dan tenang. pasti saja ada hikmah yang sy tidak tahu dan pasti jua Dia mengatur yang terbaik utk sy. sy harus redha..
sy telefon abg.. sekadar untuk memberitahu..
18 ulasan:
Teruskan berusaha dan berikhtiar. Insyallah, bila tiba masanya, pasti dia akan datang juga!Yang pasti, jangan putus asa!Berdoalah pada Allah SWT!Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui!
sabar dan tabah itu besar ganjarannya...
assalamualaikum
salam perkenalan, salam ramadhan dan salam merdeka.
Terharu saya melihat ketabahan dan kekuatan puan dan suami mengharungi dugaan ini dengan sabar.
Berdoa dan berusaha...
InsyaAllah, ada rezki akak nanti...
kami hnya mampu mendoakan....
salam cik azza...sayu hati cikmin baca..cikmin doakan..satu hari cepat atau lambat..ada rezeki cik azza nnt...cikmin akan sentiasa panjatkan doa tuk kalin berdua...
berdoa dan terus kan berusaha
jgn berhenti berharap...pnah sorang akak bloggers tanya jugak hal nih...serupa sgt... tp akhirnya..dia pon trima ketentuan... biarlah hati berdetik...biarlah bulan berbicara..... asalkan ianya masih ada di ruang rindu....
jgn berhenti berharap...pnah sorang akak bloggers tanya jugak hal nih...serupa sgt... tp akhirnya..dia pon trima ketentuan... biarlah hati berdetik...biarlah bulan berbicara..... asalkan ianya masih ada di ruang rindu....
salam.. semoga kak tabah dan terus usaha setiap yg berlaku ada hikmahnya
kalau sudah takdirnya tak ada rezeki... redha je dgn ketentuannya
salam merdeka
terima kasih utk komen2 di atas..
ummu doakan satu hari nanti 'die' akan hadir jua.....
sabar lah teman.
ummu..
tkasih atas doa ummu..
belum tiba masa lg
insyaallah rezeki Kak Azza & hubby akan tiba jua nanti.
berusaha & berdoa...Bapak di sini turut doakan yang terbaik buat Kak Azza sekeluarga..
luth..
bila nak mai umah akak lagi..
Bapak..
tkasih..
mg Bapak dan keluarga sehat2 selalu..
Insyaallah masanya akan tiba...
semoga rezeki itu menjadi milik juga nanti, Amin...
Catat Ulasan