Hati-hati yang berdetik..

13 Ogo 2009

Tabahkan Hati Ayahchik..



salam sejahtera untuk semua..


AZAHAR yang melecur di bahu mendukung anaknya, Mohamad Rahimi di hadapan rumahnya yang hangus terbakar di Kampung Kangkong, Pasir Mas.



sewaktu sedang sibuk menguruskan data pagi tadi, sy menerima panggilan telefon dari abg. abg meminta sy melihat Kosmo, ada sesuatu katanya. buka laptop...on KosmoOn9...terkejut apabila melihat sekeping gambar yang kukenali.

bapa saudara abg..rumahnya hangus terbakar. menurut cerita abg, kebakaran berpunca dari litar pintas. mujurlah semua ahli keluarga selamat. tinggal seminggu lagi untuk menyambut Ramadhan, Ayahchik dan keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang..ujian utk beliau..
tidak Allah turun kan ujian melainkan Dia tahu hambanya mampu menghadapi.

alhamdulillah dengan pengalaman berpuluh tahun sebagai anggota bomba serta ketebalan kasih sayang seorang ayah, dia berjaya menyelamatkan anaknya yang sedang tidur dari api yang semakin marak..
selama ini Ayahchik bertungkus lumus bertarung nyawa menyelamatkan nyawa dan harta benda orang dari dijilat api, tak terlintas kini api yang marak menyala membakar rumahnya sendiri..ujian Allah tiada siapa yang menduga..

buat Ayahchik dan Maksu Nani...tabahkan hati menerima ujian ini..kami mendoakan agar kalian sentiasa dalam kerahmatan dan dilindungi hari ini, esok dan selamanya..



petikan dari Kosmo..

PASIR MAS - Sejak 16 tahun lalu, dia sentiasa tabah dan tenang menunaikan tanggungjawab menyelamat dan memadamkan kebakaran di mana sahaja terdapat panggilan kecemasan.

Namun kelmarin, seorang anggota bomba, Azahar Ahmad, 39, diuji dengan kebakaran melibatkan rumah sendiri di Kampung Kangkong di sini kira-kira pukul 6.20 petang. Lebih mencemaskan apabila dalam kejadian itu, anaknya dikatakan terperangkap di dalam rumah berkenaan menyebabkan dia nekad mempertaruhkan nyawa meredah api marak sehingga melecur di bahu.

Menceritakan detik cemas itu, Azahar berkata, dia sedang melihat ternakan ikan di belakang rumahnya apabila tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan isterinya, Rohani Salleh, 41, yang memberitahu rumah mereka terbakar.

Lebih mengejutkan, katanya, isterinya yang menjual burger di depan rumah ketika itu memberitahu anak keenamnya, Mohamad Rahimi, 4, sedang tidur di ruang tamu.


" Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan diriku dari apa-apa yang diujikan kepadamu dan yang telah melebihkan diriku dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Dia ciptakan," nescaya ujian tersebut tidak akan menimpa dirinya. (Hassan, At-Tirmidzi (3432), Sahihul Jami' (6248)

14 ulasan:

ONE ZABA berkata...

ujian mendatang....sabar dan tabah besar ganjaranNya.

Luth Textile berkata...

cabaran kak.. sabar jela..

Rashid berkata...

Moga tabah..
ujian dariNya tanda kita disayangiNya..

Shifu67 berkata...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

semoga tabah mengahadapi musibah

UnGu VioLet berkata...

sedihnye.. alhamdulillah, selamat.. hidup ini Allah yang tentukan.. kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada diri kita esok dan mendatang.. hanya mampu berdoa dan bertawakkal..

azza_irah berkata...

terima kasih untuk semua komen di atas..
moga anda sentiasa dilindungi dan dirahmati..

eriey berkata...

sabar yer..ini ada hikmah d sebaliknya..huhu

Bapak berkata...

tak sangka pulak En. Azahar tue bapa saudara hubby Kak Azza.

moga tabah ngan ujian yang melanda. setiap yang berlaku ada hikmahnya...

azza_irah berkata...

eriey n Bapak..
tq..moga kita juga dilindungi..

~0~ berkata...

seoga tabah menghadapi dugaan Nya

whitetulip berkata...

salam kak azza..

simpati dan terkejut membaca n3 kak pagi ni. semoga keluarga ayahcik dalam keadaan yang tenang menghadapi ujian tuhan yang kita sendiri tak tau hikmah disebalikNya...salam penuh kasih sayang buat kak azza sekeluarga..

azza_irah berkata...

~O~ ..
tkasih..

tulip...
tq...kadangkala kita takkan tahu bila kita akan kehilangan org yg kita syg..

NoRT berkata...

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan yang sebenarnya

Tukang cerita berkata...

Semoga dia tabah....