Hati-hati yang berdetik..

24 Nov 2009

Lulus...Sijil...Pengalaman...

Salam sejahtera untuk semua...



Cabaran abg sy sambut dengan senyuman walau dalam hati sedikit berdebar.
jika di awal 20an dulu, mgkin sy sahut dengan sengehan panjang..tapi kini bila dan mencecah 33 tahun, banyak juga faktor yang perlu di ambil kira.

Namun setelah beberapa kali bertanya..akhirnya sy membuat persiapan bersedia untuk berada di luar sekolah selama seminggu.
alhamdulillah..kini segalanya telah selesai.
Kursus Asas Jurulatih selama 6 hari bermula 6-11 Oktober 2009 di Pusat Kokurikulum, Pusat Sukan Air Teluk Kumbar, Pulau Aman dan Pulau Gedung telah berjaya sy lepasi..

Walaupun usikan dan gurauan dari teman2 terdahulu yang bergelar JU merangkap 'tuan' dan 'puan' semasa kursus berkenaan 'kabel besar'...sy tahu sy tidak mendapat imuniti langsung dari abg sebagai PP di situ. awal2 lagi beliau telah berpesan, jangan sesiapa dari peserta tahu yang sy adalah isteri beliau...komunikasi juga seboleh mungkin beliau minta sy minimakan. Jaaaaatttt...

Padahnya..hari terakhir di Pulau Gedung, dihadap ke mahkamah agung...digari oleh 'puan polis' di minta masuk ke dalam kandang pesalah iaitu bakul buah tanpa dibenarkan melantik peguambela dan di baca pertuduhan ;

1- cuba menggoda pegawai atasan dengan niat utk mendapat imuniti
2- membawa peralatan outdoor yang lebih mahal dari para JU
3- mengalih tempat tido semasa solo kem kerana ada hubungan istimewa dengan salah seorang pegawai atasan..


siuttttttttttttt...
aduiiii..


kini sy dah punya kelayakan..punya sijil..
alhamdulillah...selepas ini bukan langkah abg saja yang panjang, langkah sy juga akan makin panjang. namun tugas yang di amanah tetap terlaksana. begitu juga perhatian dan ikatan yang terjalin takkan terabai. sebaik mungkin masa akan diagih dengan teliti agar tugas tidak pincang, perasaan tidak tercalar dan tiada yang akan rasa terpinggir dan berkecil hati.



alatan outdoor yang menyebabkan sy dihadapkan ke mahkamah agung...dushh..


repelling dalam hujan lebat di Pulau Aman..


balik dari repelling di Pulau Aman..

wall climbing di pusat..sy tengok saja..

ujian renang di SKPK...


paintball..dalam hujan lebat juga..

ujian berkayak tengah panas di Teluk Kumbar ke Teluk Bayu..


tali temali..


mahkamah agung dan hakim atas pokok yang makan rasuah..


malam persembahan..


lilin lambang persahabatan...


udang lipan...makan besar di Pulau Aman..


majlis penutup...





ada beberapa aktiviti yang tak sempat di ambil gambar..
ujian berbasikal..
ujian larian..
ujian flying fox..
ujian kawad..

namun alhamdulillah..
segalanya selesai kini..





Lulus.. Sijil.. Pengalaman..
bukan dibeli dan dikutip..
dari tepi sawah atau celah konkrit utuh..
perlu ditempuh dan disahut..
bermandi peluh terik mentari..
dengan keras hati dan tekal..
demi membuktikan kemampuan diri..



..Karang Camar Kerikil..
..Pantai Himpunan Pengalaman..
..ingin selalu ku menghias damaimu..




12 ulasan:

Cikgooden berkata...

Tahniah....

Maiyah berkata...

tahniah utk sijil tu :)

Unknown berkata...

mesti ramai yg nak mengorat masa kursus ni.... ada satu je peralatan yg ko lupa bawa... kasut muncung tajam ko.... hehehe

musim hujan sedap duk dlm selimut..... tak larat nak out2door nii

Kamsiah yusoff berkata...

azza..mau bertambah kurus badan tu....

Araz berkata...

Salam... Cikgu.... he..he.. tahniah2 lama dah tak join aktiviti mcm ni... teringin plak nak buat semua tu...

Tukang cerita berkata...

Salam kak azza...
Tahniah, sudah dpt pengiktirafan....
:)

ONE ZABA berkata...

shifu...

aku rasa kasut muncung tajam tu dibawaknya jugak. tapi simpan dalam beg je la. tak dan nak pakai.

HASNAH berkata...

Wah Azza..diam2 patut la pun..tahniah dah dpt sijil...yang sememangnya perlu pengorbanan yg hanya bukan sedikit...tahniah sekali lagi dan berkali2...

Unknown berkata...

Salam Azza

Uncle ucapkan tahniah!. Walau enam hari tetapi memang uncle tahu cabarannya boleh tahan juga.

ASH berkata...

salam,
azza,
lepas ni akak cadangkan azza dan abang apply masuk the amazing race asia!

mana tahu kut kut ada rezeki..

korang masih muda.
terlatih buat mender mender outdoor ni..

kalau akak, mahu ambik masa separuh hari buat repeling tu saja!!
ha ha ha..

TAHNIAH!!

章魚燒Steven berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
章魚燒Steven berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.