Hati-hati yang berdetik..

27 Jan 2010

Hanya Insan Biasa..Leka..


Salam..



..zieytt..: :(
saya..: bakpe ni
..zieytt..: mu je dok wish aku
saya..: aikkk
saya..: waaaaaaaaa
saya..: soryyy
saya..: aku bz giler lupa
saya..: sory
saya..: hepy bday jie..
..zieytt..: dr smlm aku tunggu
..zieytt..: ho mekasih
..zieytt..: aku dok dpt gaji lagi
saya..: moga panjang umur, murah rezki, diberkati dilindungi..diberi kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan..
..zieytt..: dokleh pos present mu
saya..: sungguh aku syg mu..
saya..: biar pun jarang2 dok chat ngn mu leni
..zieytt..: tunggu gaji deh
saya..: ho dakpe
..zieytt..: ho mekasih
..zieytt..: aku pun sayang mu



sy rasa bersalah.
Zieta ialah seorang sahabat maya yang menjadi sahabat akrab sy yang dekat di hati sejak bertahun dulu. sy mengenali beliau di salah satu chatroom sejak 2004, dan sehingga ke detik ini kami tidak pernah bersua muka. namun itu tidak membataskan ikatan terjalin erat seperti saudara sendiri.
beliaulah sahabat rapat yang sy kongsi segala cerita suka duka.
tiap kali hari lahir sy, beliau tak pernah lupa menghantar pesanan sms mahupun mengucapkannya di alam maya.

sy tahu beliau terkilan kerana tiada ucapan dari sy.
bukan sengaja melupakan tetapi tuntutan tugas seharian buat sy alpa dan leka. sedikit tekanan dari pihak atasan 2 3 hari ini buat perasaan sy tidak tenteram, masa yang ada hanya digunakan untuk menyiapkan kerja yang diamanahkan. sy tidak sedar sy telah membuatkan hati beliau rasa terabai..

begitu lah kadangkala kita, bernama insan..
bila seseorang itu dah dekat dan akrab, kita akan mudah terasa jika berlaku sedikit kesilapan dan kekhilafan. kita akan mudah jauh hati andai terasa diri tersisih dan tidak dihargai terutamanya pada hari-hari istimewa kita seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan mahupun pertemuan. kadangkala kita sedar, kesilapan dan kekhilafan itu berlaku tidak disengajakan, dan kadangkala kita amat faham tujuan dan kewajaran mengapa kesilapan itu berlaku. namun selagi kita bernama manusia, selagi itulah kadangkala hati dan emosi lebih menguasai. terasa diri terabai dan tersisih..

begitu juga kadangkala kita, masih bernama insan..
akibat terlalu leka dengan kerja atau sesuatu di depan mata, kita lupa pada yang terlindung dan jauh. selalu kita memikirkan perkara atau sesuatu yang sedang kita hadapi/lakukan sekarang lebih wajar, kita dahulu dan utamakan tanpa memikirkan kesannya pada yang jauh di mata.
memang kita, malah sy, langsung tidak berniat untuk membuat sahabat sy sedih dan hiba. tetapi kita tidak sedar kadangkala sikap/tindakan dan perbuatan yang kita fikirkan wajar @simple itu mampu mengusik hati orang yang rapat dengan kita...

mungkin inilah silap sy. walau wujud di hati, namun sy tidak nampak beliau di mata. jarak beratus batu jauhnya membuat sy terleka seketika dengan tugas yang tergalas di depan mata. alasan kerja mungkin wajar dari segi logik akal, tetapi dari segi emosi dan perasaan seorang sahabat yang akrab, ia lebih mengatasi sehingga menerbitkan rasa terkilan kerana kelekaan sy mengabaikan sesuatu seperti itu.
kadangkala terfikir, mungkin ke tindakan kita(mengutamakan kerja di depan mata) itu untuk membuktikan sesuatu..misalnya kita seorang yang sangat bertanggungjawab, setia dan amanah sehingga kita kadangkala mengabaikan perasaan orang yang rapat dengan kita..

ucapan sebegitu nampak seperti sgt simple.
sesetengah orang tidak mengendahkannya, namun bg segolongan pula ia sebagai satu lambang kasih sayang dan penghargaan..
memang silap sy disini.
dengan rendah diri sy pohon maaf..
maafkan sy..



..aku sayang mu sgt la jiee..mmuahss...



..sangat sukar untuk menduga hati orang lain..
..terkadang hati sendiri tidak tertelah..




..ada kalanya menghitung bintang di sunyi malam
lebih mudah dari menggenggam sebuah hati..




seperti status di FB..minggu yang sangat 'sakit'..


4 ulasan:

ONE ZABA berkata...

menjaga hati kambing lebih susah daripada menjaga hati ayam...

Tie berkata...

Azza ni amat istimewa, tentu dia rasa terkilan bila dia tak terima ucapan itu. Tak pe laa.. tentu ada hikmah di sebaliknya.

Diarihatiku1976 berkata...

realiti kehidupan kan.. menjaga hati dan perasaan orang lebih susah dari menjaga lembu satu kandang. ahahakss

BEiB berkata...

manusia punya perasaan/emosi yang kadang-kadang tak terduga...
amat payah dimengerti walau dasarnya sudah lama mengenali.
prasangka dan anggapan adakalanya tersasar...
yang afdalnya...
saling memaafi...